JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Khamis, 31 Januari 2013

"Satukan perkara sama, raikan perkara berbeza"


KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang penuh yakin, konsep pakatan yang dilaksanakan dalam Pakatan Rakyat akan memberikan hasil yang terbaik untuk rakyat dan negara ini.

Ini kerana, kata beliau, konsep yang diterima oleh Pakatan adalah "mengambil pendekatan menyatukan perkara yang ada persamaan dan meraikan perkara yang berbeza.

"Memang kita ada perbezaan tetapi dengan pakatan kita akan dapat capai yang terbaik," kata beliau dalam wawancara khas dengan Harakahdaily hari ini.

Beliau mengulas pendapat yang mengatakan Pakatan sukar untuk memerintah negara akibat dari perbezaan yang ada dalam Pakatan Rakyat.

Bagi beliau, sekiranya Pakatan  tidak boleh bersama, sudah lama berkecai Pakatan Rakyat ini tetapi sampai kini masih boleh bersama.

"Kita masih dapat bermesyuarat bersama, berhimpun bersama, dapat anjur Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka secara bersama dan pelbagai lagi.

"Apa yang berlaku adalah berbeza pendapat. Ya memang ada perbezaan pendapat, tetapi kita memilih titik-titik pertemuan yang boleh menyatukan.

"Kita menerima konsep pilihan raya yang adil, yang telus, pilihanraya yang sebenarnya, menentang kezaliman, keadilan untuk semua. Ini konsep yang diterima oleh semua pihak," jelas beliau.

Beliau mengakui memanglah halal dan haram berbeza antara Islam dan bukan Islam "tetapi Islam membenarkan kita berniaga dengan bukan Islam, membenarkan kita bermuamalah dengan bukan Islam. Ini semua diajar oleh Islam."

Menurut beliau, Pakatan mengambil pendekatan menyatukan perkara yang ada persamaan dan meraikan perkara yang berbeza.

"Dengan sebab itu kita namakan Pakatan bukan Barisan. Pakatan ini bermakna kita berpakat dalam perkara yang sama. Dalam perkara yang berbeza masing-masing berpakat juga," katanya.

Bagi beliau, konsep ini wujud sejak zaman Nabi Muhamad saw lagi apabila menyatu Islam dan bukan Islam di bawah negara Madinah.

"Semua diizinkan bebas dengan syarat tidak menimbulkan huru hara. Apa yang penting tidak menimbulkan huru hara," katanya.

Bagi beliau perbezaan pendapat dan perbalahan ada di mana-mana.

"Dalam satu keluarga pun ada tetapi jangan bercerai. Inilah pendekatan yang kita ambil dalam Pakatan," katanya.

Menurutnya, dalam melaksanakan semua ini, ada flexible dan ada juga konsisten.

Dalam pelaksanaan sebuah kerajaan jika Pakatan memerintah juga satu perkara yang mudah, tegasnya.

"Ini perkara mudah. Kita apa sistem federalisme. Ada kuasa negeri ada kuasa pusat.

"DAP misalnya boleh melaksanakan dasarnya di negeri Pulau Pinang yang dia perintah. Dalam masa yang sama kerajaan negeri memberikan hak kepada orang Islam dalam bidang agama kita.

"Kita (PAS) pula boleh menunjukkan konsep Islam di Kelantan yang kita perintah. Dalam masa yang sama orang bukan Islam tidak tertindas di Kelantan," katanya.

Di peringkat pusat pula, katanya, pelaksanaan dibuat secara pakatan.

"Dalam masa yang sama, kita ada kerajaan pusat yang boleh menyelaraskan perkara-perkara yang umum. Saya yakin ia sangat mudah," katanya.

Bagi beliau, ia tidak berlaku semasa BN kerana tidak menangani hal ini dengan baik dan berlaku kecelaruan.

"Negeri-negeri yang kaya seperti Sabah, Sarawak, Terengganu paling miskin rakyatnya, paling ketinggalan infrastruktornya daripada negeri-negeri lain.

"Negeri pantai barat lebih maju dari negeri pantai timur. Negeri Malaysia Timur lebih teruk, ini warisan British dan Umno dan BN tidak boleh selesaikan warisan Bristih ini dalam kadar yang sepatutnya selepas 50 tahun kita mencapai kemerdekaan," jelas beliau lagi.(harakahdaily)

Rabu, 30 Januari 2013

DUN SELANGOR AKAN DIBUBAR AWAL


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, pihaknya akan menimbang untuk membubarkan Dun Selangor lebih awal dari parlimen sekiranya pusat masih berteka-teki dengan tarikh pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Katanya, kerajaan negeri akan membawa cadangan itu kepada Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat dalam masa terdekat.

"Sekiranya Perdana Menteri belum buat pengumuman berkenaan tarikh pilihanraya selepas Chap Goh Meh, kami akan mempertimbangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor lebih awal dari Parlimen.

"Rakyat tidak harus dibiarkan tunggu terlalu lama," katanya melalui Facebook hari ini.

Kenyataan terbaru itu sekaligus memperlihatkan tahap kesediaan kerajaan negeri berdepan pilihan raya kali ini.

Selangor sehingga kini antara negeri yang diserang hebat oleh Umno BN dalam usaha mereka merampas kembali negeri itu selepas tewas pada pilihan raya 2008 lalu.

Pelbagai usaha dilakukan bagi membangkitkan kemarahan rakyat kepada kerajaan negeri pimpinan Abdul Khalid.

Bagaimanapun dalam banyak hal, Selangor sering mendapat pujian termasuk dalam Laporan Ketua Audit Negara sejak ditadbir Pakatan Rakyat.

Selangor juga dikatakan 'pusat perang' pada pilihan raya kali. Ianya juga digelar 'lubuk emas' memandangkan kekayaan hasil bumi dan kepesatan industri di sini.

Sebelum ini Abdul Khalid menyatakan, sebab utama Selangor membuat keputusan sama ada bubar DUN serentak atau tidak kerana mahu memastikan pengundi dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) benar-benar bersih.

Oleh sebab itu, kerajaan negeri mewujudkan Program Pengukuhan Demokrasi.

Program Pengukuhan Demokrasi dilaksana Kerajaan Selangor bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai hak demokrasi rakyatnya termasuk membantah pengundi tidak sah atau diragui dalam daftar pemilih SPR.(Harakahdaily)

Isnin, 28 Januari 2013

KAMI MEMAHAMI DAN MENERIMA PERBEZAAN - KARPAL


KUALA LUMPUR: Sikap positif yang ditunjukkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengunjungi Pengerusi DAP Karpal Singh disambut air mata gembira oleh para penyokong Pakatan Rakyat.

Ini kerana, bagi mereka hubungan erat antara pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat akan menambahkan keyakinan rakyat untuk mentadbir negara dengan baik apabila Pakatan berjaya ke Putrajaya nanti.

Petang semalam, Tuan Guru Nik Aziz mengunjungi Karpal Singh di Gelugor Pulau Pinang dalam suasana perayaan Thaipusan sedang meriah di kawasan kediaman Karpal itu.

Tuan Guru Nik Aziz dengan ditemani Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man, disambut gembira oleh Karpal dan keluarganya.  Tuan Guru Aziz berkunjung ke rumah Karpal dalam rangka lawatan beliau ke Pulau Pinang semalam dan malam tadi.

Tuan Guru Nik Aziz kemudiannya memotong kek hari jadinya yang ke 82 di rumah anggota Parlimen Bukit Gelugor di Jalan Scotland itu.

Setiausaha Dewan Ulamak, Ustaz Khairudin Aman Razali ketika menyambut baik berita ini berkata, beliau pernah membuat kenyataan sebelum ini, ahli PAS wajib mengundi calon DAP di kawasan mereka.

"Ia perlu sekiranya ia membantu untuk menjatuhkan kezaliman dan menegakkan kebajikan," katanya.

Ia juga dipersetujui oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Ustaz Riduan Mohd Nor.

Karpal ketika mengulas kunjungan ini berkata, "Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku.

"Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," kata Karpal kepada media selepas kunjungan itu.

Kegembiraan ini tidak dikalangan penyokong PAS dan orang Islam sahaja bahkan di kongsi bersama oleh orang bukan Islam yang ingin melihat Malaysia yang lebih baik.

Vivek Vairakkannu dalam komennya di Facebok TG Nik Aziz menulis: "Semoga Tok  menyambut hari jadi selama-lamanya. Saya anggap Tok adalah tunggak utama untuk menyatukan rakyat Malaysia dengan aman dan makmur. Harap saya jabat tangan Tok satu hari dimana saya anggap Tok bersamaan dengan Mahtma Gandhi."(harakahdaily)

Jumaat, 25 Januari 2013

ZIARAH JUMAAT ADUN CHANGKAT JONG KE KG. SUNGAI CAWANG


TELUK INTAN, 25 Januari - Saban Jumaat, ADUN Changkat Jong akan menunaikan solat Jumaat di masjid-masjid di sekitar kawasan DUN Changkat Jong. Ia adalah sebagai satu cara bagi beliau bertemu rakyat di samping menerima apa sahaja aduan rakyat. Ini adalah salah satu misi bagi 'DUN Changkat Jong, DUN Sejahtera' yang telah dilaksanakan sejak kemenangan pada PRU12 2008 lepas.


Kali ini, YB Anuar Sudin telah menunaikan solat Jumaat di Masjid Ganda. Selepas itu, YB Anuar telah dibawa ke Kg. Sungai Cawang untuk menziarahi seorang wanita yang baru kematian suami. Kemudian, YB Anuar telah dibawa bertemu seorang penduduk yang tinggal di Rumah Pangsa Ganda di mana penduduk tersebut mengalami pelbagai penyakit.

Menziarahi Ketua PAS Cawangan Sungai Kerawai.
Singgah minum di kedai.
Dalam perjalanan, rombongan Ziarah Jumaat telah singgah di sebuah kedai minum. YB Anuar dan rombongan telah disambut oleh beberapa pelanggan kedai tersebut. Selepas itu, beliau telah menziarahi Ketua PAS Cawangan Ganda Sungai Cawang,Sdr. Tarmizi Mat yang baru pulih daripada sakit jantung.

Turut sama ialah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan serta ahli jawatankuasa PAS cawangan.

intanhijau.blogspot.com

Ahad, 20 Januari 2013

ISLAM AGAMA PERJUANGAN


TELUK INTAN, 19 Januari - Islam adalah agama perjuangan dan sudah semestinya Islam itu wajib diperjuangkan.Sudah pastinya juga, PAS berjuang adalah untuk memenangkan Islam. Demikian dinyatakan oleh Ahli Jawatankuasa Lujnah Tarbiyyah dan Perkaderan PAS Pusat, Ustaz Mohd. Noor Omar semasa membentangkan tajuk 'Tugas dan Akhlak Ahli PAS' dalam program Liqa Fikri PAS Kawasan Teluk Intan. Majlis telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan di Kg. Padang Tembak dekat sini.
Ustaz Mohd. Noor bersama YDP PAS Teluk Intan, Ustaz Ismail Che Nik.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Melaka turut menggariskan lima perkara yang patut ada pada setiap ahli PAS iaitu ikhlas, istiqamah, taat, wala' dan disiplin. Menurut Ustaz Mohd. Noor lagi, paling minimum lima perkara berkaitan dengan akhlak dalam jemaah yang patut ada pada setiap ahli dan jika ia tiada maka jemaah akan menghadapi pelbagai masalah.

Kata beliau, ikhlas dalam perjuangan kerana Allah amat penting demi mendapat ganjaran besar di akhirat kelak. Sebaliknya, jika bekerja tidka ikhlas maka Allah tidak memandang kita di akhirat nanti.

Istiqamah pula bermaksud berterusan di atas prinsip perjuangan dan beramal dengan segala tuntutan agama dan jemaah dan tidak sekali-kali berpaling dan condong ke arah lain, apa lagi melompat ke parti lain.

Manakala taat adalah lahir daripada sikap percaya mempercayai antara pimpinan dan pengikut dalam semua keadaan sama ada lapang atau sempit. Antara tuntutan dalam perkara taat ialah menunaikan arahan pimpinan, mengimbangi pelbagai sikap ahli-ahli serta menyelaraskan gerak kerja secara berjemaah dengan tanpa mengikut selera sendiri.

Wala pula bermaksud memberikan kesetiaan kepada jemaah dengan tidak mendahului Allah dan Rasul dan jemaah yang dipimpin oleh ulama. Kempimpinan ulama bermaksud kepimpinan ilmu kerana hanya orang yang berilmu sahaja yang dapat memimpin jemaah dan ummah ke arah redha Allah.

Akhir sekali, setiap ahli patut memenuhi akhlak berdisiplin seperti patuh kepada setiap peraturan parti, melakukan kerja hingga selesai dan sempurna, taat akan hukum-hukum agama, patuh kepada perlembagaan parti, taat kepada arahan dan perintah pimpinan, menjaga rahsia parti ddan dapat mengawal diri dari melakukan perkara yang merugikan jemaah.

Majlis liqa kali ini telah dihadiri oleh para ahli PAS di sekitar Teluk Intan.

intanhijau.blogspot.com


Khamis, 17 Januari 2013

ADUN CHANGKAT JONG MELAWAT KG. SUNGAI SAMAK


TELUK INTAN, 9 Januari - Demi merealisasikan slogan DUN Changkat Jong, DUN Sejahtera, ADUN Changkat Jong YB Anuar Sudin kerap melakukan lawatan kawasan. Baru-baru ini, beliau telah melawat Kg. Sungai Samak bemula waktu petang.
YB Anuar bersama Mudir Sekolah Agama Rakyat Sg. Samak.
YB Anuar menyapa seorang pengunjung pasar Rabu.


YB Anuar menyantuni seorang warga emas.
Turut serta ialah Timbalan Ketua Muslimat kawasan yang juga merupakan isteri YB, Pn. hjh. Faridah Rajiah dan pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan dan PAS Cawangan Sungai Samak. Bermula dengan solat berjemaah di Masjid Kg. Sungai Samak, YB Anuar serta rombongan telah pergi ke Pasar Rabu. Sebelum itu, YB Anuar sempat melawat Sekolah Agama Rakyat Aziziah Kg. Sungai Samak. Beliau turut berkesempatan bertemu mudir sekolah agama tersebut.
Menziarahi warga emas yang uzur.

Puan Faridah mendengar rintihan.

Selepas itu, YB Anuar telah menziarahi  pasangan warga emas yang hidup melarat di mana suami pasangan tersebut telah terlantar begitu lama tanpa mendapat sebarang bantuan. Mereka tinggal di dalam sebuah rumah yang sangat uzur. YB Anuar telah menyampaikan sumbangan serta PAS Cawangan Sungai Samak telah merancang bergotong-royong bagi membaik pulih rumah tersebut.
Bersama penduduk di kedai kopi.


Singgah sebentar solat Maghrib di sebuah surau.

Kemudian, YB dan rombongan telah melawat seorang penduduk yang baru kembali dari menerima rawatan jantung dari Institut Jantung Negara. Sebelum pulang ke Teluk Intan, YB Anuar telah singah minum di sebuah kedai dan mengerjakan solat Maghrib di sebuah surau.

intanhijau.blogspot.com