JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Khamis, 30 Ogos 2012

Ulasan Najib pasal tema 'Janji Dicapati'


ALOR SETAR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan tiada sebab untuk sesiapa mempertikaikan tema sambutan Hari Kebangsaan 'Janji Ditepati' kerana ia merupakan asas yang mulia.

Beliau berkata 'Janji Ditepati' merupakan prinsip dalam agama Islam, sesuatu yang universal dan sebagai orang Islam, perlu untuk mengikat janji.

"Tiada sebab untuk pertikai tema ini melainkan orang itu tak biasa tunaikan janji. Saya akan pertahan prinsip ini sebagai teras asas yang mulia.

"Janji dengan Allah adalah yang terbesar. Janji sesama manusia, orang akan percayakan kita kalau janji itu ditunaikan," katanya ketika berucap pada Majlis Aidilfitri 1Malaysia Bersama Perdana Menteri di perkarangan Stadium Darul Aman di sini Khamis.

Perdana Menteri berkata soal janji juga bukanlah terhad kepada kerajaan atau wakil rakyat semata-mata, malah rakyat biasa turut perlu berjanji.

Najib berkata sekiranya mahukan negara aman, stabil dan bertambah makmur, rakyat mesti berjanji untuk menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran.

"Semua pihak ada janji masing-masing, pada Allah, manusia dan kerajaan, maka manusia akan bertambah maju dan berjaya. Sebagai kerajaan kalau berjanji, perlu ditunaikan," katanya.(mstaronline)

Pemuda PAS Lancar Kempen Selamatkan Malaysia 'Bankrap Negara'


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan melancarkan kempen 'Selamatkan Malaysia dengan slogan 'BN (Bankrap Negara)' sepanjang September dan Oktober nanti.

Menurut Ketuanya Nasruddin Hassan kempen itu bertujuan mendidik dan menyedarkan masyarakat bahawa kewangan negara berada di tahap yang sangat kritikal.

Jelasnya, masalah kewangan berpunca daripada salah urus dan salah guna kuasa dalam pengurusan ekonomi negara.

"Apa yang berlaku ini, sangat menepati jangkaan oleh Idris Jala yang mana negara akan bankrup pada tahun 2019 nanti.

"Perkara ini tidak mustahil kerana hutang negara pada hari ini sudah mencecah RM437 billion," katanya kepada pemberita  di Pejabat Agung PAS di sini.

Dalam siri ini, DPPM akan menyediakan risalah yang berbentuk grafik dengan fakta dan data-data semasa bagi mempermudahkan rakyat faham dan memahami hakikat sebenar kewangan negara.

Dalam pada itu katanya, DPPM turut mengira detik-detik terakhir pentadbiran kerajaan Umno BN  bermula pada hari ini sehinggalah pada tanggal 24 April 2013.

"Kita akan buat 'count down', pada tarikh itu mahu tidak mahu parlimen mesti dibubarkan, maka tamatlah kerajaan BN mentadbir negara," katanya.

Beliau menggalakkan setiap pengguna facebook, pengamal media dan penyokong Pakatan Rakyat untuk turut 'count down' sebagai desakan bahawa masa Umno BN perintah negara ini semakin suntuk.

Bermula hari ini, katanya Umno BN hanya tinggal 236 hari untuk mereka tamatkan pemerintahannya.

"Jadi ini menjadi tekanan kepada kerajaan Umno BN untuk mempercepatkan PRU  atau sehingga terpaksa tunggu detik-detik akhir parlimen dibubarkan. Mereka mempunyai tempoh yang tidak banyak," katanya.(harakahdaily)

Najib gagal jadikan Merdeka ke-55 peristiwa bersejarah


KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin (gambar) memperlihatkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal menjadikan sambutan 55 tahun kemerdekaan sebagai satu peristiwa yang bersejarah kepada negara ini.

Menurutnya lagi, rakyat telah menunjukkan bantahan mereka terhadap sambutan kemerdekaan tanpa bersembunyi dengan tidak mengibarkan Jalur Gemilang seperti mana yang dilakukan sebelum ini.

"Saya melihat satu yang begitu aneh berlaku apabila rakyat tidak mengibarkan Jalur Gemilang sedangkan esok adalah sambutan hari kemerdekaan negara.

"Mood rakyat cukup muram dan mereka telah menunjukkan bantahan secara terbuka terhadap sambutan kali ini yang dilihat lebih terjurus kepada agenda parti Barisan Nasional," jelasnya ketika ditemui di lobi Mahkamah Kuala Lumpur.

Tambahnya lagi, rakyat menunjukkan tanda kecewa serta marah mereka terhadap kerajaan apabila sambutan kemerdakaan kali ini telah diperalatkan sepenuhnya oleh Barisan Nasional untuk mencari populariti mereka.

"Malapetaka kepada rakyat Malaysia yang tidak pernah berlaku sebelum ini apabila sambutan kerajaan pincangkan maksud sebenar kemerdekaan.

"Saya melihat rakyat sekarang hanya menunggu untuk membuat perubahan besar pada pilihanraya yang akan datang dan mereka sudah mula bosan dengan apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional tidak meletakkan hak rakyat sepenuhnya tetapi lebih kepada agenda parti," ujarnya yang juga mantan Menteri Besar Perak.

Dalam pada itu, beliau juga turut melahirkan kekesalan apabila wujud paksaan kepada kakitangan awam agar hadir pada himpunan Janji Ditepati di Stadium Bukit Jalil.

"Pada sebelah pagi mereka diarahkan ke Dataran Merdeka tetapi sebelah malamnya pula sekali lagi arahan dikeluarkan agar hadir ke himpunan di Bukit Jalil.

"Kesal kenapa ini berlaku, kakitangan awam ada yang bantah kerana cuti umum sepatutnya digunakan untuk menziarahi saudara mara sempena Hari Raya namun sebaliknya berlaku," kata beliau.

Beliau juga turut menjangkakan sambutan Janji Bersih pada malam ini akan memperlihatkan kehadiran yang cukup ramai kerana rakyat sekarang berada dalam keadaan ingin melakukan perubahan.(harakahdaily)

KES WWW1 : UTUSAN DIPERINTAH BAYAR GANTI RUGI

Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd membayar gantirugi kepada bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atas saman yang difailkan ke atas penerbit akhbar tersebut pada Julai lalu.

Peguamnya Mohd Zamri Ibrahim berkata, keputusan interlocutori hari ini memerintahkan demikian memandangkan Utusan tidak diwakili peguam untuk pendengaran kes tersebut.

Sehubungan itu, pendaftar mahkamah Mazuliana Abdul Rashid memerintahkan Mohammad Nizar memfailkan taksiran bagi ganti rugi berkenaan untuk tuntutan daripada Utusan, katanya.

"Kita kena kemuka taksiran kerana saman ini kita tak tentukan berapa yang kita hendak," katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, Utusan tidak lagi berhak untuk merayu keputusan tersebut namun masih berpeluang untuk mengenepikan keputusan hari ini yang dibuat tanpa kehadirannya itu.

Mohammad Nizar pula ketika dihubungi berkata, ketidakhadiran peguam Utusan hari ini menunjukkan akhbar tersebut tidak dapat membela laporan yang didakwa memfitnahnya itu.

"Mereka tak hantar peguam, melambangkan mereka tak boleh bela diri mereka," katanya lagi.

Mohammad Nizar mendakwa, Utusan pada 31 Mei menerbitkan menerbitkan pernyataan fitnah berhubung kenyataannya berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor.

Mohammad Nizar mendakwa pernyataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang penderhaka kepada sultan amnya, dan Sultan Johor khususnya, beliau adalah ahli politik yang anti-sultan dan seorang ahli politik yang cuba menghasut rakyat untuk membenci Sultan Johor.

Sementara itu, satu lagi saman Mohammad Nizar berhubung kes serupa ke atas stesen penyiaran Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) akan diputuskan pada 19 September, kata seorang lagi peguamnya, Mohd Fitri Asmuni.

"TV3 baru kemuka pembelaan. Jadi kita beri jawapan dan pada masa sama, mahkamah minta TV3 cadang penyelesaian (dengan Mohamad Nizar)," katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, TV3 mengemukakan pembelaan pada 22 Ogos lalu untuk kes yang didengar di hadapan hakim Datin Yeoh Wee Sian itu.

ADUN Pasir Panjang itu mendakwa TV3 pada 30 Mei lalu mengeluarkan berita melalui rancangan Buletin Utama pukul 8 malam, berhubung satu kenyataannya di Twitter.

CERAMAH MERDEKA DI KG. BAHAGIA


Semua dijemput hadir.
Tarikh : 31.8.2012 (Jumaat)
Acara : 5.00 petang - Jamuan Aidilfitri PAS Cawangan Kg. Bahagia, Teluk Intan di Bilik Gerakan PAS Kg. Bahagia.
9.15 malam - Ceramah.

Rabu, 29 Ogos 2012

SELAMAT DATANG KE BLOG I N T A N H I J A U 2

Selamat datang ke blog //intanhijau2.blogspot.com/
Ini adalah blog ke-2 bagi intanhijau di mana setiap berita terkini boleh dilayari ke blog ini.
Terima kasih atas sokongan tuan-tuan dan puan-puan terhadap blog terdahulu.

ADUN CHANGKAT JONG HADIR PERJUMPAAN RAYA RAKAN FB SEDOLOR ANAK KG. SG. SAMAK

TELUK INTAN, 24 Ogos - Walaupun Kampung Sungai Samak jauh terpencil namun kewujudan media sosial baru seperti facebook telah menjadikan kampung tersebut mempunyai ramai rakan fbnya. Dengan adanya media sosial baru itu, setiap perkembangan yang berlaku di kampung tersebut telah dapat diketahui melalui facebook Sg. Samak oleh anak-anak kampung di perantauan.
Memandangkan sambutan yang menggalakkan, maka pihak pengendali fb dan pemilik kafe cyber di kampung tersebut telah melakukan inisiatif mengumpulkan para rakan facebook mereka dengan mengadakan perjumpaan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
Kehadiran YB Anuar disambut mesra.

Majlis dimulai dengan tahlil dan doa.

Majlis telah diserikan lagi dengan kehadiran ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd/ Anuar Sudin dan isteri, Pn. Hjh. Faridah Rajiah serta beberapa orang ahli jawatankuasa PAS Kawasan Teluk Intan dan Dewan Pemuda PAS Teluk Intan.
YB Anuar sedang mengambil juadah.


Duit raya untuk anak-anak.

YB Anuar menyampaikan sumbangan kepada pemilik CC.

Bergambar kenangan bersama sedolor anak kampung Sg. Samak.
Perjumpaan rakan facebook sedolor anak Kg. Sungai Samak itu telah berjaya menarik ramai ahli-ahlinya serta penduduk di sekitar kampung tersebut.
Selain ucapan selamat hari raya disampaikan, para tetamu telah dijamu dengan pelbagai jenis juadah raya yang menyelerakan. Pihak YB Anuar sendiri turut mengambil kesempatan beramah mesra dengan para hadirin. Beliau juga turut menyampaikan sumbangan kepada pihak penganjur.
intanhijau.blogpsot.com