JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Isnin, 3 Disember 2012

KENAPA DATUK ABDUL RAHMAN MAIDIN MASUK PAS ?


TASEK GELUGOR: Bekas Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Rahman Maidin bersedia jadi ombak untuk menghempas benteng lama sehingga pecah.

Ujarnya, biar pecah benteng lama yang sudah tidak kukuh dan membina kembali dengan benteng yang kuat dan padu.

"Jika digambarkan suasana di lautan, saya pilih ombak sebab ombak dia boleh bersihkan pantai bahkan bukan setakat bersih, dia boleh hancurkan benteng yang tak kukuh, " ujarnya ketika ditanya selepas berucap di majlis makan malam anjuran Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pulau Pinang dengan kerjasama PAS Kawasan Tasek Gelugor di Taman Desa Murni, Sungai Dua semalam.

Beliau berkata, sudah sampai masanya, benteng usang diganti supaya rumah atau pokok yang ada berdekatan pantai dapat diselamatkan.

Jika ombak kuat berlaku di tengah lautan pun tegasnya, alunannya boleh menenggelamkan kapal besar yang muatannya berlebihan.

"Kemasukan saya dalam PAS bukan untuk apa-apa tujuan melainkan ingin membantu PAS bersama Pakatan Rakyat menjatuhkan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke 13 nanti," katanya yang juga bekas Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang.

Berucap sama dalam program tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Pengerusi DHPP Pusat, Hu Pang Chaw.(harakahdaily)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan