JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Rabu, 31 Oktober 2012

SAMBUNG PERJUANGAN ISLAM BILA SAYA TIADA - TGNA


KOTA BHARU: "Apabila ketiadaan saya nanti, pemimpin lain hendaklah sambung dan teruskan perjuangan memarbatkan Islam. Saya berharap generasi pelapis hari ini meneruskan perjuangan Islam," pesan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pesanan ini dibuat beliau melalui wartawan Harakah, Salmah Mat Husein dan Rizal Tahir ketika kedua-duanya menemubual beliau baru-baru ini.

Beliau juga melahirkan rasa syukur kerana di Kelantan dan di negeri-negeri lain golongan profesional semakin ramai menyertai PAS termasuk juga di Sabah dan Sarawak. Ramai yang meninggalkan Umno dan menyertai PAS.

"Rakyat boleh lihat sendiri apa yang berlaku di Kelantan, di mana pemimpinnya tidak pentingkan diri sendiri, sebaliknya mengutamakan kebajikan rakyat dan tidak rasuah.

"Ini menjadi model kepada masyarakat untuk lebih mempercayai perjuangan PAS," kata beliau.(harakahdaily)

Isnin, 29 Oktober 2012

Pelaksanaan AES Di Empat Negeri PR Ditangguhkan


KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di empat negeri yang diperintah Pakatan Rakyat (PR) akan ditangguhkan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, pelaksanaan AES akan ditangguhkan sehingga kajian mendalam dijalankan dan maklum balas daripada rakyat diperolehi.

"Kita memang tidak setuju dengan pelaksanaan AES.

"Kita akan menilai kembali pelaksanaannya di empat negeri PR. Jika dikira sebanyak 331 biji kamera di empat negeri PR daripada 831 kamera yang akan dipasang di seluruh negara. Dengan penangguhan ini pengguna jalan raya akan berasa lega dan tidak stres apabila memandu di negeri PR," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen pada Isnin.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata keputusan tersebut diambil bagi memastikan rakyat yang tidak bersalah menjadi mangsa.

"Sebab itu kita hendak tahu sudah berapa banyak saman yang sudah dikeluarkan dan bila saman ini dihantar kepada pesalah," katanya.

Beliau turut mengesahkan bahawa kerajaan Pulau Pinang telah menulis surat kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Long See Wool bagi memaklumkan tindakan penangguhan itu dan mahu mengadakan perbincangan lanjut bersama kementerian itu mengenai maklum balas pelaksanaan AES.

Guan Eng berkata setakat ini kerajaan Kedah dan Kelantan sudah pun memaklumkan keputusan menangguhkan pelaksanaan AES dan Selangor dijangka mengumumkannya dalam tempoh terdekat.

"Kita mahu tangguhkan dulu, sehingga kajian mendalam dijalankan.

"Saya juga tidak lihat apa kebaikannya kamera AES ini hendak dikembalikan kepada kerajaan Persekutuan selepas tempoh lima tahun," katanya.

Jelasnya, kerajaan negeri tidak bersetuju dengan beberapa perkara dalam pelaksanaan AES terutamanya yang melibatkan penetapan had laju.

"Ada kawasan had lajunya 60 kilometer sejam. Kita mahu tahu adakah had laju ini praktikal pada masa sekarang.

"Ia perlu disemak semula. Kalau tidak lebih baik jangan pakai kereta, tolak kereta lebih baik," katanya.(mstaronline)

SAYA SEBUT TUTUP AURAT UNTUK ISLAM - TG NIK AZIZ


KOTA BHARU: “Saya sebut tutup aurat untuk orang Islam tidak kepada bukan Islam. Kalau tak tutup aurat “padanlah” kalau kena rogol pun.

“Tapi oleh sebab dia pandang serong awal-awal lagi kepada Islam, maka dia beremosi. Ini sesuailah dengan Umno yang juga pandang serong terhadap Islam,” kata Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAS berkata, tohmahan yang dilempar MCA terhadapnya jelas sangat beremosi dan menampakkan pandangan serong mereka terhadap Islam.

Ia juga sama dengan Umno yang memandang serong Islam, bahkan menolak Islam dalam dasar perjuangan partinya.

Beliau ditemui pada rumah terbuka sempena Aidiladha di kediamannya di Pulau Melaka semalam. Pada majlis itu Menteri Besar mengorbankan tiga lembu dan dagingnya diagih kepada penduduk kampung.

Baru-baru ini Pengerusi Wanita MCA, Heng Seah Kie dilaporkan mendakwa Tuan Guru  Nik Aziz membenarkan wanita bukan Islam dirogol sekiranya tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

“Apabila Umno tolak Islam, takkan pula MCA nak bantu Islam. Dengan automatik parti itu akan buat perkara-perkara yang melemahkan Islam.

“Jadi mereka tidak layak memimpin negara. Negara barat marah kepada Islam, Umno pun begitu juga. Jadi apa beza Umno dengan pandangan barat,” ujarnya.(Harakahdaily)

Ahad, 28 Oktober 2012

MAJLIS BBQ BERSAMA ANAK MUDA DI KG. CHANGKAT JONG


TELUK INTAN, 27 Oktober - PAS Cawangan Changkat Jong melalui usaha Jawatankuasa Pemuda Cawangannya telah mengadakan majlis santai BBQ bersama anak muda. Program telah diadakan di Bengkel Sdr. Salleh Ibrahim, Batu 9, Kg. Baru Changkat Jong dekat sini.


Majlis tersebut telah diadakan sebelah malam dan telah menarik sebilangan besar para anak muda di sekitar Batu 7, Batu 8 dan Batu 9 Jalan Changkat Jong. Menurut Setiausaha cawangan Sdr. Azizi Tajuddin, ini adalah usaha pertama pihak cawangan itu meraikan anak-anak muda yangs selama ini telah memberikan sokongan pada setiap program cawangan.



Majlis santai tersebut diserikan lagi dengan kehadiran ADUN Changkat Jong YB Mohd. Anuar Sudin dan isteri. Mereka mengambil peluang beramah mesra dengan anak-anak muda sambil menikmati hidangan istimewa yang disediakan.

intanhijau2.blogspot.com

MAJLIS QURBAN PAS TELUK INTAN


TELUK INTAN, 27 Oktober - Pada hari kedua Aidiladha, kebanyakan tempat masih lagi mengadakan ibadah qurban. PAS Kawasan Teluk Intan sendiri bersama PAS Cawangan Kg. Padang Tembak telah melakukan ibadah qurban pada hari kedua di mana melibatkan sebanyak tujuh ekor lembu.



Majlis tersebut telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk di Kg. Padang Tembak dekat sini. Kehadiran para petugas yang ramai dari kawasan sekitar telah menjadikan ibadah qurban tersebut berjalan dengan lancar. Proses penyembelihan telah dilaksanakan sebaik sahaja selesai solat Subuh.



Pada masa yang sama, PAS Cawangan Kg. Bahagia turut melakukan ibadah qurban yang melibatkan lapan ekor lembu. Pada waktu tengah harinya, jamuan dan agihan daging telah dilakukan kepada masyarakat sekitar kampung tersebut. Menurut Ketua Cawangan, Sdr. Sayuti, kerja-kerja telah dilakukan dengan  amat lancar dan disiapkan sebelum tengah hari hasil kerja sama ahli-ahli cawangan dan para penduduk kampung yang turut sama membantu.

ADUN Changkat Jong, YB Mohd. Anuar Sudin telah hadir sama menikmati jamuan bersama para hadirin dan mengagihkan daging kepada para penduduk kampung.

Jumaat, 26 Oktober 2012

NGO ISLAM PERAK BANTAH KEBIADAPAN PEMIMPIN MCA


IPOH, 25 Oktober  - Menyedari akan kelantangan pimpinan MCA menghina hukum hudud dan Islam maka beberapa NGO Islam di negeri ini telah mengadakan himpunan aman bagi membantah pimpinan MCA itu terutama Presidennya Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang secara berterusan menghina Islam.

Menurut jurucakap NGO Islam, Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Negeri Perak (Jamai'y) Ustaz Zulkifli Ibrahim, himpunan aman itu adalah bertujuan untuk menghantar memorandum bantahan umat Islam khususnya di Perak bagi menunjukkan akan keprihatinan dan kepekaan umat apabila agama mereka disentuh dan dihina sedemikian rupa dengan tanpa mendapat pembelaan dari mana-mana pihak khususnya pihak pemerintah.
Timbalan Pengerusi Jamaiy menyampaikan memorandum kepada wakil MCA Perak.


Himpunan yang bermula jam 9.30 pagi itu bermula dengan para peserta berkumpul di hadapan Wisma MCA Perak di Ipoh. Seterusnya, wakil-wakil NGO telah memasuki ke Wisma MCA Perak dan telah berjaya menyerahkan memorandum tersebut kepada seorang wakil MCA negeri yang juga merupakan Setiausaha Pemuda MCA Perak. Sejurus memorandum diserahkan, wakil MCA negeri itu tidak mahu mengeluarkan sebarang ulasan.





Dr. Khairuddin menyampaikan ucapan bersemangat.
Ustaz Nor Azli mengetuai bacaan doa.

Kemudian, para peserta berkumpula semula di hadapan bangunan Wisma MCA Perak dengan penyampaian ucapan oleh beberapa orang wakil NGO seperti Ustaz Zulkifli sendiri, Ustaz Nor Azli Musa, Ustaz Akmal Kamaruddin dan Pengerusi Jamai'y, Dr. Khairuddin. Masing-masing menyatakan rasa kesal dan kecewa akan penghinaan dan kebiadapan pemimpin MCA ke atas hukum Islam serta memberikan amaran keras kepada MCA agar tidak mengulanginya lagi atau berdepan dengan kemarahan umat Islam di negara ini yang akan mnegadakan himpunan bantahan lebih besar lagi.
Ustaz Zulkifli menunjukkan laporan polis yang telah dibuat.

Himpunan diakhiri dengan bacaan doa diketuai oleh Ustaz Nor Azli Musa. Kemudian, para peserta bergerak ke Ibu Pejabat Polis Ipoh untuk membuat laporan polis atas kebiadapan pimpinan MCA itu.

intanhijau2.blogspot.com

Khamis, 25 Oktober 2012

PAS TELUK INTAN ANJUR MAJLIS IFTAR PUASA SUNAT HARI WUKUF


TELUK INTAN, 25 Oktober - Sebagai menyahut seruan Lujnah Tarbiyah PAS Pusat, PAS Kawasan Teluk Intan telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersempena Hari Wukuf. Majlis tersebut telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak dekat sini.

Antara tujuan majlis tersebut adalah untuk menjana kekuatan ruhiah para ahli dan memohon restu Allah untuk menghadapi PRU13.
Majlis tahlil.

Berbuka puasa.

Majlis bermula dengan bacaan tahlil yang dipimpin oleh Ketua Urusan Ulama PAS Kawasan Teluk Intan. Kemudian diikuti dengan majlis berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah. 
Bacaan al ma'thurat dan zikir munajat.

Seusai solat, para jemaah bersama-sama bertakbir serta diikuti dengan bacaan al ma'thurat dan zikir munajat. Selepas itu, Ketua Urusan Ulama telah menyampaikan tazkirah bagi menanamkan fikrah akan pengorbanan Nabi Ibrahim dan anakanda, Nabi Ismail A.S yang dikaitkan dengan perjuangan masa kini dalam berhadapan golongan penyokong taghut.

Turut hadir ialah pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan dan cawangan-cawangan, ahli-ahli serta penyokong parti.

intanhijau2.blogspot.com

X-PRESI HIJAU ANAK MUDA TELUK INTAN BERJAYA


TELUK INTAN, 20 Oktober - X-presi Hijau Anak Muda peringkat Teluk Intan telah berjaya diadakan dengan pelbagai aktiviti diadakan di sekitar Teluk Intan. Antara objektif program ialah untuk menggerakkan anak-anak muda bersama-sama gerakan Islam khusus menjadikan PAS dan PR sebagai pilihan utama anak muda. Ia juga menepati dengan slogan 'Anak Muda Geng Kite'.





Antara aktiviti yang telah diadakan ialah konvoi bermotosikal dan kereta yang melibatkan sebahagian besarnya anak-anak muda. Konvoi bermula dari Masjid Kg. Air Hitam selepas solat Asar. Konvoi telah diketuai sendiri Ketua Dewan Pemuda PAS Teluk Intan, Ustaz Abdul Fattah Awang. Turut sama ialah ADUN Changkat Jong YB Anuar Sudin, Timbalan Yang DiPertua PAS kawasan serta pimpinan kawasan, pemuda dan cawangan. Apa yang menarik ialah kehadiran tetamu istimewa yang turut menyertai konvoi iaitu Ikon Anak Muda, Sdr. Leman Raja Lawak.



Setibanya di bandar Teluk Intan, para peserta konvoi telah berhenti di tapak Pasar Minggu. Di sana, mereka bersama-sama ADUN Changkat Jong dan Sdr. Leman Raja Lawak mengedarkan risalah kepada orang ramai.

Pada sebelah malamnya, beberapa aktiviti diadakan iaitu majlis tazkirah oleh Sdr. Leman di Surau Kg. Pisang, Batak Rabit dekat sini. Kemudian acara kemuncak E-presi Hijau Anak Muda peringkat Teluk Intan ialah ceramah perdana yang menampilkan penceramah hebat seperti Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Ustaz Nik Abduh Nik Aziz, Sdr. Leman Raja Lawak dan ADUN Changkat Jong, YB Anuar Sudin.



Secara umumnya, E-presi Hijau Anak Muda ini telah berjaya mencapai objektif serta misi yang telah ditetapkan. Semoga ia dapat menyemarakkan lagi semangat anak-anak muda bersama PAS dan PR khususnya di Teluk Intan.

intanhijau2.blogspot.com

Rabu, 24 Oktober 2012

JELAJAH PERAKITE DI TELUK INTAN


TELUK INTAN, 21 Oktober - Demi membangkitkan minat dan gelombang kebangkitan rakyat terhadap PR khususnya PAS serta menyemarakkan gelombang Tawan Perak maka dua lujnah iaitu Lujnah Penerangan dan Lujnah Pemerkasaan Parti berpadu tenaga menganjurkan Siri Jelajah Perakite baru-baru ini.




Jelajah tersebut melibatkan dua kumpulan yang menjelajah ke seluruh negeri Perak. Kumpulan Dua yang diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya 1, YB DS Hj. Nizar Jamaluddin telah menuju ke zon selatan. Lokasi pertama ialah Bagan Datoh dan singgah di Teluk Intan.

Lebih kurang jam 9.30 pagi, rombongan Jelajah Perakite telah sampai di pekan Teluk Intan. Selain DS Nizar, turut serta ialah Timbalan Pesuruhjaya 2 Ustaz Misbahul Munir Masduki, Setiausaha BPPN Perak Dr. Muhaimin Sulam, Ketua Penerangan Ustaz Nuri Al Amin serta ahli-ahli Badan Perhubungan PAS negeri dan dewan-dewan.








Kehadiran ahli-ahli rombongan telah disambut oleh pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan serta ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin. Lokasi yang dilawati ialah Pasar Tani dan Pasar Minggu di bandar Teluk Intan. Para peserta jelajah telah mengedarkan nasi dagang dan risalah kepada para pengunjung Pasar Tani dan Pasar Minggu.

Di samping, ia telah diambil kesempatan oleh pimpinan PAS negeri untuk beramah mesra dan menyantuni warga Teluk Intan. Daripada pemerhatian, para pengunjung telah menerima kehadiran pimpinan parti dengan baik dan mesra. Apatah lagi, dengan kehadiran DS Nizar yang begitu bersahaja menyapa dan bertanya khabar setiap orang yang ditemui. 


Setelah hampir sejam, para peserta jelajah berkumpul untuk bergambar beramai-ramai di hadapan Menara Condong Teluk Intan. Kemudian, mereka meneruskan jelajah menuju ke Tapah.

intanhijau2.blogspot.com