JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Sabtu, 13 Oktober 2012

UMNO TERUS TIUP API PERKAUMAN - DS NIZAR


TELUK INTAN, 12 Oktober - Gabungan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera (KERABAT) Teluk Intan telah berjaya mengadakan ceramah umum di Markaz PAS Kg. Bahagia dekat sini. Ia juga merupakan anjuran bersama KERABAT Bagan Datoh dan Pasir Salak.

Ceramah penerangan isu-isu semasa tersebut telah menampilkan beberapa orang penceramah utama yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Penaung KERABAT Perak DS Hj. Nizar Jamaluddin, Timbalan Speaker DUN Selangor YB Haniza Md. Talha, ADUN Changkat Jong YB Anuar Sudin dan wakil DAP Sdr. Terence Naidu serta Penasihat KERABAT Negeri Perak Laksamana Pertama (B) Tn. Hj. Mohd. Imran Abd. Hamid.





Di dalam ucapan, DS Nizar telah menyatakan bahawa UMNO terus meniupkan api perkauman kepada rakyat dengan memainkan isu kerjasama PAS dan DAP. Sedangkan, menurut beliau, DAP jelas melalui kerajaan PR Pulau Pinang begitu konsisten menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Malahan, usaha kerajaan Pulau Pinang telah mengatasi sewaktu BN memerintah.

"Tetapi saya percaya rakyat tidak mudah termakan akan segala tohaman UMNO itu. Malah saya yakin, semakin banyak fitnah yang dibuat oleh UMNO, semakin kuat Pakatan Rakyat dengan sokongan rakyat seluruh negara," tambah beliau.

intanhijau2.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan