JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Sabtu, 13 Oktober 2012

PEMIMPIN UMNO GAGAL MENYAINGI KEPIMPINAN PR SELANGOR


TELUK INTAN, 12 Oktober - Sehingga kini UMNO Selangor gagal menyaingi kepimpinan PR Selangor yang ada sekarang. Itulah yang menjadi dilema kepada UMNO yang cuba bermatian-matian merampas kembali Selangor namun tiada pemimpin UMNO yang berwibawa menyaingi PR. Demikian dinyatakan oleh Timbalan Speaker Selangor YB Haniza Talha semasa menyampaikan ceramah di Markaz Kg. Bahagia dekat sini. Ceramah adalah anjuran Gabungan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera (KERABAT) Teluk Intan.

Isu Talam Corporation menurut beliau merupakan salah satu contoh bagaimana kerajaan PR Selangor telah berjaya mengutip semula hutang RM392 juta yang telah dikutip secara bijaksana.
YB Haniza bersama isteri ADUN Changkat Jong, Pn. Hjh. Faridah Rajiah.

Menerima cenderamata KERABAT daripada DS Nizar.

"Isu Talam ini, jelas membuktikan pada masa BN perintah, mereka gagal kutip (hutang) tetapi semasa PR, kita telah berjaya. Ini menimbulkan rasa cemburu kepada BN," jelas beliau.

Menurut beliau lagi, sebenarnya semakin kuat fitnah dan tekanan diberikan oleh BN semakin kuat sokongan rakyat kepada PR bukan sahaja di Selangor malah di seluruh negara.

ADUN Taman Medan ini juga meminta rakyat menyuarakan bantahan terhadap segala kepincangan BN melalui kertas undi pada PRU akan datang.

Turut sama berceramah ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang DS Nizar Jamaluddin dan ADUN Changkat Jong YB Anuar Sudin.

intanhijau2.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan