JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Rabu, 17 Oktober 2012

LETAKKAN MUSLIM SECARA JEMAAH DAN PERJUANGAN


TELUK INTAN, 17 Oktober - Islam perlu diletakkan dalam jemaah, harakah dan perjuangan. Oleh itu,  setiap individu muslim bukan sahaja meletakkan diri sebagai muslim yang 'abidin malah ia perlu menjadi seorang muslim yang haraki. Demikian ditegaskan oleh Ustaz Jamaluddin Ahmad selaku naqib jemputan program bulanan Liqa Fikri PAS Kawasan Teluk Intan. Program tarbiyyah kawasan itu telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak dekat sini.

Menurut beliau yang juga merupakan Yang Di Pertua PAS Kawasan Padang Rengas, muslim haraki di sini bermaksud muslim yang dapat mengembangkan nilai-nilai perjuangan di tengah masyarakat serta senitasa bergerak dan bersifat dinamik.

"Malahan, kita yang hidup di dalam negara berbilang etnik dan agama ini sepatutnya melihat kepelbagaian dan kerencaman ini sebagai satu peluang dakwah. Jangan sesekali kita melihatnya sebagai satu ancaman yang menyebabkan kita menjadi jumud dan tidak bergerak," tambah beliau.

Tambah beliau lagi, ahli-ahli PAS juga perlu meneruskan usaha-usaha kemasyarakatan sehingga anggota masyarakat begitu terasa akan kehadiran mereka.


Program liqa kawasan telah dihadiri oleh ahli-ahli dan penyokong di sekitar Teluk Intan. Turut hadir ialah Yang DiPertua PAS Kawasan Ustaz Ismail Che Nik dan ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin.

intanhijau2.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan