JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Ahad, 14 April 2013

BENDERA PAS DIROSAKKAN DI KG. BAHAGIA



TELUK INTAN, 13 April - Keghairahan parti-parti politik mengibarkan bendera di merata-rata kini telah menjadi perkara biasa. Masing-masing berhak memacak dan mengibarkan bendera mengikut usaha termampu. Namun janganlah akibat kelemahan sendiri menyebabkan mensabotaj usaha orang lain.

Inilah yang telah berlaku kepada bendera-bendera PAS di Kg. Bahagia yang telah dicabut dan dipatahkan. Perbuatan yang tidak beretika dalam politik dan tidak bertanggungjawab tersebut telah menyerlahkan lagi tindakan yang tidak matang oleh pihak tertentu.

Buluh bendera telah dipatah.



Menurut Setiausaha PAS Cawangan Kg. Bahagia, Zaidi Basiran, kejadian tersebut telah disedari pada pagi Ahad di mana bendera yang baru mereka pacakkan di persimpangan Kg. Bahagia itu telah musnah.

"Kami dapati, bendera PAS ada yang telah dicabut dan sebahagian besarnya telah dipatahkan tiangnya. Kami sebenarnya mempunyai saksi yang melihat kejadian merosakkan bendera di mana saksi tersebut telah terlihat sekumpulan remaja sedang merosakkan bendera. Dianggarkan antara 30 hingga 50 bendera telah dirosakkan," kata beliau.
Zaidi dan pemuda cawangan telah membuat laporan polis.

Ekoran dari kejadian tersebut, pihak PAS Kg. Bahagia telah membuat laporan polis pada pagi itu juga dengan diketuai oleh Setiausaha PAS cawangan, Zaidi Basiran dan Ketua Pemuda cawangan Isma Hafiz.

intanhijau.blogspot.com

Selasa, 2 April 2013

ADUN CHANGKAT JONG RASMI PERTANDINGAN PANCING UDANG GALAH



TELUK INTAN, 31 Mac - Pertandingan Memancing Udang Galah telah diadakan baru-baru ini. Ia adalah anjuran Persatuan Pemancing Lorong Masjid (PaLM) di Jeti Awam, Lorong Masjid Kg. Bahagia dekat sini.

Pertandingan tersebut bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang. Ia telah dirasmikan oleh ADUN Changkat Jong, YB Mohd. Anuar Sudin. Pertandingan tersebut telah berjaya menarik lima puluh orang preserta di sekitar Teluk Intan.

YB Anuar meniup wisel sebagai tanda pertandingan bermula.

Sebahagian daripada peserta sedang bergerak menuju ke tempat memancing.
Di dalam ucapan perasmian, YB Anuar Sudin telah menekankan aspek aktiviti riadhah menurut Islam.

"Sebenarnya di dalam Islam, riadhah yang kita lakukan bukan sekadar memberi manfaat dari sudut kesihatan sahaja malah ia mengjangkau lebih daripada itu iaitu akhirat. Kita perlu ingat bahawa jika sebarang aktiviti riadhah yang dilakukan demi kebaikan dengan niat baik maka ia dikira sebagai satu ibadah," jelas beliau.

YB Anuar juga sempat meninjau suasana pertandingan dengan menaiki bot menyusuri Sungai Bidor.


Di jeti Sungai Bidor, para peserta telah dilepaskan oleh ADUN Changkat Jong dengan tiupan wisel. Menurut salah seorang wakil penganjur, jeti tersebut kini telah dinaik taraf dan semuanya adalah hasil usaha pihak ADUN Changkat Jong dan Ahli Parlimen Teluk Intan, YB Manogaran yang membawa isu keusangan jeti di parlimen. Akhirnya, ia telah diperbaiki pada Jun tahun lepas.

Keadaan jeti yang lebih selesa selepas dinaik taraf.
"Telah berpuluh-puluh tahun jeti ini wujud, barulah kali ini ia dinaik taraf dengan hasil usaha wakil-wakil rakyat PR," ujar beliau.

"Pihak kami juga mengucapkan terima kasih kepada pihak YB Manogaran yang telah memberikan sumbangan untuk menjayakan program ini," tambah beliau lagi.
Udang galah hasil tangkapan para peserta.

Proses pengadilan sedang berjalan.

YB Anuar bersama pemenang udang galah terberat.


Pada sebelah tengah harinya, YB Anuar telah menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang mengikut kategori seperti kategori udang terberat, ikan misteri serta pemenang teka kacang dan cabutan bertuah.

intanhijau.blogspot.com