JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Jumaat, 31 Mei 2013

PRU13 TELAH DEDAHKAN KELEMAHAN KETARA BN

Pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini telah mendedahkan "kelemahan ketara" dalam jentera BN, kata Ahli Parlimen Umno dari Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

NONEBercakap dalam satu forum pasca-PRU di Kuala Lumpur semalam, Nur Jazlan (kiri) mengakui bahawa Pakatan Rakyat menggunakan media sosial lebih baik daripada BN untuk menyampaikan mesej kempen mereka.

Pakatan menyampaikan mesej mereka lebih baik kerana adanya Internet, kata Nur Jazlan dalam forum anjuran Kelab Wartawan Asing Malaysia (FCCM) di ibunegara.

Katanya, pada masa lalu, BN kalah di kawasan bandar sahaja tetapi sekarang ia juga kalah di kawasan pinggir bandar.

Oleh itu, katanya, amat perlu bagi BN untuk mengkaji semula strategi pilihan rayanya.

Beliau mengingatkan jika BN gagal untuk menukar strategi untuk menangani kelemahan tersebut, Malaysia akan terus menjadi negara berjurang.

Katanya, jurang bandar dan luar bandar akan terus membesar dan BN perlu merapatkan jurang tersebut.(malaysiakini)

8 PUNCA KEKALAHAN PAS - MAT SABU



KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu memberikan lapan sebab yang biasanya menjadi punca kekalahan PAS dalam setiap kali pilihan raya.

Sebab-sebab itu adalah:

1. Media yang tidak adil.

2. Pemerintah (BN) gunakan jentera kerajaan dalam kempen sebelum dan semasa pilihan raya.

3. Parti pemerintah (BN) menggunakan wang terlalu banyak dalam sogokan kepada pengundi.

4. Politik ugutan, projek dan pembangunan terhadap rakyat yang disyaki enggan mengundi kepada parti pemerintah.

5. Daftar pemilih yang tidak bersih dan dimanipulasikan daftar pemilih oleh BN.

6. Masa berkempen yang pendek, sebelum hari mengundi dan halangan berkempen sebelum pilihan raya terutama di kawasan Felda.

7. Polis didapati memihak dan ejen pula mengugut rakyat untuk kepentingan parti pemerintah (BN).

8. Undi pos yang amat diragukan kesahihannya.
(harakahdaily)

Khamis, 30 Mei 2013

terkini : BERIKUT SENARAI EXCO DAN SPEAKER SELANGOR


SHAH ALAM 29 Mei: Sepuluh anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco) mengangkat sumpah hari ini di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mereka terdiri daripada empat wakil Pas, tiga dari KEADILAN dan DAP mengangkat sumpah di Istana Alam Shah, Klang.

Menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengetuai portfolio Kewangan, Pembangunan Tanah & Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Penerangan, Jawatankuasa Adat Melayu.

Turut mengangkat sumpah ialah Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh yang dilantik sebagai speaker dewan.

Manakala Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dilantik sebagai timbalan speaker.

Berikut senarai penuh anggota Exco Selangor:

Wong Keat Ping @ Elizabeth Wong (KEADILAN, Bukit Lanjan) – Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar

Dr Daroyah Alwi (KEADILAN, Sementa) – Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi Dan Inovasi

Rodziah Ismail (KEADILAN, Batu Tiga) – Kebajikan, Hal Ehwal Wanita

Datuk Teng Chang Khim (DAP, Sungai Pinang) – Kerajaan Tempatan, Kajian Dan Penyelidikan

Ganabatirao Veraman (DAP, Kota Alam Shah) – Pekerja Ladang, Kemiskinan, Kerajaan Prihatin

Ean Yong Hian Wah (DAP, Seri Kembangan) – Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu & Pemutihan Kilang Haram

Sallehin Mukhyi (Pas, Sabak) – Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa

Dr Halimah Ali (Pas, Selat Klang) – Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan

Dr Ahmad Yunus Hairi (Pas, Sijangkang) – Belia Dan Sukan, Infrastruktur Dan Kemudahan Awam

Iskandar Abdul Samad (Pas, Cempaka) – Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar.
(keadilandaily.com)

Masa depan Malaysia cerah apabila pembangkang kuat, kata Guan Eng


KUALA LUMPUR 29 Mei — Masa depan Malaysia kekal cerah apabila pembangkang yang kuat akan membantu menjaga kerajaan dan memastikan akauntabiliti lebih tegas, kata pemimpin DAP Lim Guan Eng dalam ucapannya di Oxford University's Merton College. 

Setiausaha agung DAP tersebut juga menggesa rakyat Malaysia yang belajar diluar negara pulang ke tanahair serta menolak hujah mengatakan ahli pembangkang ramai di dalam Parlimen akan menggugat kestabilan politik negara yang mungkin menggugat ekonomi.

"Saya menolak pendirian yang mengatakan bahawa prospek masa depan negara akan terjejas dengan kehadiran pembangkang yang kuat," kata beliau (gambar)  dihadapan pelajar Malaysia disebuah institusi pendidikan unit semalam, salinannya dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini.

Baca selanjutnya di sini ...

Rabu, 29 Mei 2013

TIADA PENYATUAN PAS-UMNO SELAGI SAYA HIDUP - MURSYIDUL AM

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi beliau masih hidup.

Menurut bekas Menteri Besar Kelantan itu, PAS adalah milik semua ahlinya dan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan daripada semua ahli khususnya melalui muktamar.

“Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli.

“Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily semalam.

Tuan Guru berkata Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS.

Tambahnya, selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka.

“Untuk itu tidak ada sebab kita ingin bersama mereka dan saya peringatkan pada yang lain jangan ada usaha ini,” ujarnya lagi.(harakahdaily)

Selasa, 28 Mei 2013

LAMPU PADAM : SPR NAFI

KUALA LUMPUR: Tindakan Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang membuat penafian melulu terhadap dakwaan berlakunya 'lampu padam' di beberapa kawasan ketika pengiraan undi pada 5 Meli lalu, hanya memalukan bukan sahaja diri beliau malah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sendiri.

Bagi Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, tindakan Timbalan Pengerusi SPR itu hanya menunjukkan sikap angkuh beliau seperti tidak mahu mangakui wujudnya kepincangan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

"Saya nak ingatkan beliau (Wan Ahmad), jangan cepat sangat buat penafian, selidik lah dahulu dakwaan-dakwaan yang di kemukakan.

"Jangan ambil sikap mudah anggap semua dakwaan dari rakyat ini sebagai fitnah, sekurang-kurangnya dengar dan selidik lah dahulu sebelum buat kenyataan balas," katanya kepada Harakahdaily.

Sebelum ini beberapa pihak memuat naik sekeping gambar di internet mendakwa berlaku insiden lampu padam ketika proses pengiraan undi pada PRU13 lalu.

Tidak berapa lama kemudian, Wan Ahmad tampil dengan kenyataannya bahawa gambar tersebut adalah fitnah.

Malah beliau dengan tegas mendakwa gambar itu hanya lakonan pihak tertentu yang dirakamkan sebelum PRU-13 lagi.

Sehari selepas penafian Wan Ahmad itu, Adun PAS Seri Serdang Noor Hanim Ismail mengadakan sidang media mengatakan sememangnya insiden lampu padam itu berlaku di salah satu pusat mengundi di kawasannya.

Menurut Noor Hanim, kejadian itu berlaku pada 5 Mei lalu di Sekolah Kebangsaan Serdang, dan dirakam oleh ejen penjumlahan undi dari parti tersebut.

Selain beliau, satu lagi bukti laporan polis turut ditampilkan ketua pasukan #SiasatPRU13 Rafizi Ramli dengan mendakwa insiden sama turut berlaku di Parlimen Kulim Bandar Baharu.

Hari ini pula, Wan Ahmad dengan nada berbeza membayangkan kenyataannya sebelum ini tidak tepat kerana penafian itu dibuat berdasarkan laporan 24 yang diterima selepas hari pengundian.

Katanya, pihak SPR telah menghubungi pegawainya, polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan dimaklumkan tiada laporan lampu padam diterima.

Mengulas lanjut, Mohd Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Kerai berkata, SPR jangan menganggap bahawa PRU13 kali ini paling 'perfect'.

Sebaliknya segala dakwaan kepincangan serta bukti yang ditampilkan oleh rakyat harus didengar dan disiasat dengan baik.(harakahdaily)

PM Salah Pilih Penasihat Pilihan Raya - Daim


Tun Daim
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin berkata Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan kesilapan dengan memilih penasihat yang salah hingga menyebabkan kerugian kepada parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Selain itu menurut Daim, satu lagi penyebab utama kepada kekalahan BN ialah berkaitan masalah dalaman parti itu sendiri.

Daim berkata demikian dalam satu temu bual bersama China Press. Artikel berkenaan turut dimuat naik ke dalam blog wartawan veteran Datuk Abdul Kadir Jasin.

Temu bual itu turut diterbitkan semula dalam beberapa portal berita.

Selain itu Daim yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata Najib terlalu mengharapkan populariti peribadinya bagi membantu BN mendapatkan kembali majoriti dua per tiga kerusi Parlimen yang hilang pada tahun 2008.

"Ini adalah pilihan raya parlimen, bukan pilihan raya presiden.

"Penasihat PM harus dipecat. Jika anda kaitkan undi BN sebagai undi untuk Najib, maka keputusan BN yang lemah juga akan memberi kesan kepadanya.

"Memilih kerajaan adalah perkara yang serius, jadi tinggalkan penasihat badut ini dan jangan ikut permainannya," kata Daim.

Menerusi temu bual itu juga, Daim turut menyalahkan BN yang disifatkan gagal menggunakan sumbernya dalam usaha menawan kembali kerusi di kawasan yang majoritinya adalah pengundi Cina.

"Kawasan majoriti Cina sukar untuk ditawan dan BN tidak sepatutnya membuang masa serta wang di kawasan berkenaan tetapi perlu memberi tumpuan di kawasan yang mereka kalah dengan majoriti tipis pada 2008. BN juga sepatutnya perkukuhkan penguasaan di kerusi yang mereka menangi pada PRU-12.

"Terlalu banyak masa dan wang disia-sia di kawasan bandar yang keputusannya sudah boleh dijangka," kata Daim bagi mengulas mengenai perbelanjaan besar untuk majlis makan malam percuma dan konsert.

Tambah Daim, BN sepatutnya memberi tumpuan kepada isu yang dekat di hati rakyat, seperti rasuah, urus tadbir yang baik, keselamatan, pendidikan, kadar inflasi, kemiskinan bandar dan graduan muda.

mstaronline

Sabtu, 18 Mei 2013

BANYAK KOMPONEN BN TIDAK PUAS HATI LANTIKAN KABINET NAJIB



KUALA LUMPUR, 18 Mei — Tidak semua parti Barisan Nasional (BN) gembira dengan pembahagian jawatan Kabinet seperti PRS dari Sarawak yang telah menolak pelantikan sementara SPDP tidak berpuas hati dengan kemenangan empat kerusi Parlimen mereka tidak diberikan apa-apa ganjaran.

Beberapa ahli Parlimen kanan Umno Sabah juga merungut mereka tidak diberikan peluang untuk pelantikan Kabinet sementara terdapat juga penggubal undang-undang Umno yang menyelar pemilihan P Waythamoorthy walaupun pernah cuba menggulingkan kerajaan satu ketika dahulu.

Media melaporkan Datuk Joseph Entulu Belaun tidak menerima pelantikannya sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Datuk Joseph Salang Gandum secara terbuka menolak dilantik sebagai timbalan menteri sekali lagi. 

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu Utusan Malaysia hari ini gabungan itu telah menerima keengganan Salang untuk menerima jawatan timbalan menteri itu. 

Presiden PRS James Masing mengatakan majoriti ahli majlis tertinggi parti itu bersetuju untuk menolak tawaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mengatakan mereka merasa “dipinggirkan” dan “seharusnya dilayan dengan lebih baik”. 

PRS mendapat enam kerusi Parlimen dan SPDP empat membantu BN mendapat 133 kerusi Parlimen, lebih baik daripada parti BN di Sabah, Sarawak dan semenanjung yang diberikan ganjaran lebih baik.
MIC yang menang empat kerusi mendapat dua jawatan menteri dan dua timbalan menteri sementara SUPP dan PBRS mendapat jawatan menteri penuh walaupun hanya menang satu kerusi Parlimen. 

“PRS dan SPDP yang mempunyai kekuatan di pedalaman tidak dilayan dengan betul oleh kerajaan hari ini. 

“Kawasan pedalaman di Sarawak adalah ‘deposit tetap’ Barisan Nasional. Jika anda tidak mengambil berat, orang lain akan datang dan menariknya keluar,” kata Masing memberikan amaran dalam laporan Free Malaysia Today. Masing yang mempengerusikan mesyuarat tergempar ahli majlis tertinggi mengatakan, majoriti ahli PRS merasakan jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak sesuai dengan PRS yang berasaskan kawasan pedalaman. 

Portal berita itu juga memetik timbalan setiausaha agung SPDP Paul Igai sebagai berkata,” Saya tidak boleh menyalahkan ahli parti jika mereka marah, kerana sukar untuk menerima keputusan perdana menteri.
“Mereka juga telah bertanya sama ada ia adalah satu percubaan yang sengaja untuk tidak melibatkan kita atau sama ada perdana menteri telah terlepas pandang,” katanya. 

Terdapat rekod 13 menteri dari Malaysia Timur dalam kabinet Najib yang diumumkan Rabu lepas. 

The Malaysian Insider difahamkan ahli Parlimen kanan Umno tidak gembira mereka dipintas oleh ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menjadi menteri dalam penggal keduanya sebagai ahli Parlimen. 

Ahli Parlimen Umno lain marah dengan tindakan Najib melantik Waytamoorthy sebagai timbalan menteri menegaskan, lelaki yang menjadikan dirinya sebagai pelarian itu selepas perhimpunan Hindraf 2007 berkempen di peringkat antarabangsa menyelar Malaysia kerana dikatakan memberikan layanan buruk kepada kaum India. 

Mereka mengatakan pentadbiran Najib seharusnya memberikan ganjaran kepada yang bekerja keras untuk memenangkan gabungan itu daripada golongan tidak pernah menyumbang dan menentang mereka satu masa dahulu.
malaysianinsider

Jumaat, 17 Mei 2013

MUHASABAH PASCA PRU13

 

Perjuangan kita tidak sekadar pilihanraya

Perjuangan kita tidak sekadar pilihanraya. Justeru itu, janganlah kita bertindak, bertugas, bekerja atau lebih jelas saya sebut, berjuang hanya pada musim pilihanraya. Sebaliknya pilihanraya itu hanyalah menepati sebahagian dari tugas wajib yang perlu kita lakukan. Ertinya di sana masih terlalu banyak perkara yang mesti kita lakukan bagi melengkapkan amanah dan tanggungjawab perjuangan Islam yang kita dokong ini.
 
Bukan kerana penat atau jemu lantaran prinsip kita berjuang ialah ” sehingga Islam tegak berdaulat atau aku mati kerananya” , tetapi kerana bimbang kita hilang keseimbanganantara :
  • tumpuan masa mengendali strategi dan operasi untuk memenangi pilihanraya dan
  • tumpuan untuk mengkaderkan anggota jamaah agar layak dan menepati piawaian sebagai ansoorullah [ pejuang - pejuang agama Allah swt ]
Sebagai sebuah Gerakan Islam yang melibatkan diri secara rasmi dipentas politik di negara kita, kedua – kedua aspek tersebut sangat penting dan perlu diberi tumpuan seimbang. Pincang salah satu darinya, membuatkan kita hilang keseimbangan dan mudahlah kita tersungkur meskipun kita mendokong kebenaran.
 
Kita perlu memantapkan sekurang – kurangnya 3 perkara asas :
  • Pemantapan fikrah Islami yang syumul
  • Pengukuhan dan pemerkasaan parti [ organisasi ]
  • Pembinaan sumber manusia [ murabitun - ahli atau pimpinan ]
 
Hindarilah dari terjebak dalam sebarang bentuk konspirasi yang merosakkan keutuhan jamaah dan kesatuannya. Sebaliknya bantu jamaah agar ia semakin mantap dan kuat bersendikan ukhuwwah Islamiyyah yang kukuh. Bukan menyusahkan jamaah dan mengkucar – kacirkannya dengan idea dan tindakan yang tidak menepati akhlak Islami.
 
Kita mesti berfikir positif jika kita mahu jamaah yang kita dokong ini maju dan tabah meredah zaman yang semakin kompleks namun zaman ini memerlukan bahtera penyelamat. Fikir positif pada nokhtah – nokhtah di bawah insyaallah, sedikit sebanyak akan membantu jamaah kita mara selangkah kehadapan.
  • Jangan kecewa dan melatah kerana kalah pilihanraya.
  • Usah resah berdepan fitnah dan tohmahan musuh.
  • Segera selesaikan masaalah yang dihadapi oleh jamaah.
  • Bantu dan beri kepercayaan kepada pemimpin yang dipilih.
  • Hidupkan budaya tegur dan nasihat namun beradab.
  • Pamerkan akhlak Islami kepada kawan dan lawan.
  • Asaskan tindakan berpandu wahyu dan sunnah.
  • Senantiasa berfikir dan merangka strategi
  • Santuni masyarkat dan menangi hati mereka

Ahad, 12 Mei 2013

SOKONGAN PAS MENINGKAT WALAUPUN KALAH DI CHANGKAT JONG



TELUK INTAN, 12 Mei - Musim kenduri meraikan para petugas sudah menjadi agenda wajib selepas pilihan raya walaupun tidak diberikan kemenangan mempertahankan DUN Changkat Jong. Baru-baru ini, PAS Cawangan Kg. Sungai Samak telah mengadakan majlis tersebut bertempat di kediaman ketua cawangannya, Hj. Saifudin Abdul Hamid dekat sini.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh para petugas dari Ladang Sungai Samak dan Ulu Bernam di mana kebanyakannya petugas India. Tetamu istimewa ialah bekas calon N56 Changkat Jong, Hj. Mohd. Anuar Sudin yang juga merupakan mantan bagi ADUN bagi kawasan itu.
Sebahagian petugas kaum India yang hadir.


Di dalam ucapan, Anuar Sudin mengucapkan terima kasih kepada semua petugas terutamanya di kawasan pesisiran yang banyak membantu menggerakkan jentera pilihan raya di sepanjang musim kempen yang lepas.
Hj. Anuar Sudin menyampaikan ucapan terima kasih.

"Biarlah kita kalah tetapi di dalam kekalahan bermaruah. Apa yang penting kekalahan kita ini dalam kekalahan yang Allah redha. Sebaliknya, amatlah malang jika kemenangan itu adalah kemenangan yang tidak bermaruah, penuh dengan penipuan dan rasuah. Sudah pastinya kemenangan sebegini adalah kemenangan yang tidak diredhai oleh Allah SWT," tambah beliau.
Seorang wakil pemuda menyerahkan borang keahlian PAS.

Bergambar dengan para petugas Kg. Sungai Samak.
Walaupun UPU Kg. Sungai Samak mengalami kekalahan, namun ia terubat juga apabila 20 orang anak muda di kampung tersebut menyerahkan borang keahlian PAS kepada Hj. Mohd. Anuar Sudin. Semoga momentum tersebut berlanjutan dengan anak-anak muda bersama-sama PAS. Pada masa yang sama juga, kaum India di pesisiran juga turut berhasrat menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Majlis telah dimulai dengan bacan tahlil dan doa selamat dan para petugas menikmati jamuan yang disediakan.

intanhijau.blogspot.com

Isnin, 6 Mei 2013

PRESTASI PAS MEMUASKAN


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat sehingga kini berjaya membentuk tiga kerajaan negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan manakala hilang kerajaan negeri Kedah. Pakatan paling berjaya di Selangor apabila menang dengan banyak kerusi di mana PAS sahaja berjaya menang di 15 daripada 20 kerusi DUN yang ditandinginya. 

Selain Selangor, PAS juga membuat pencapaian baik di Terengganu apabila menang 15 kerusi DUN berbanding BN 17 kerusi. PAS juga menang empat kerusi Parlimen daripada lapan kerusi di Terengganu. Empat kerusi Parlimen itu adalah Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun. PAS juga membuat pencapaian sulong di Melaka apabila menang satu kerusi DUN iaitu Bukit Baru di bawah Parlimen Bukit Katil. 

Sehingga kini PAS menang 22 kerusi Parlimen, PKR 26 manakala DAP 36 kerusi. 

Ahli Parlimen baru PAS adalah Ketua Pemudanya, Nasrudin Hassan (Temerloh), Setiausaha Dewan Ulamak Dr Khairudin Aman Razali (Kuala Nerus), Datuk Raja Bahrin (Kuala Terengganu), Wan Hassan (Dungun), Timbalan Ketua Pemuda. Nik Abduh Nik Abdul Aziz (Pasir Mas), Mohamad Hanipa Maidin (Sepang), Ustaz Idris Ahmad (Bukit Gantang), Ahmad Marzuk (Bachok) dan beberapa nama lagi.