JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Ahad, 30 Disember 2012

ADUN CHANGKAT JONG SUMBANG BEG SEKOLAH


TELUK INTAN, 30 Disember - Prihatin akan persiapan ibu bapa terhadap anak-anak yang bakal bersekolah maka PAS Kawasan Teluk Intan bersama Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Teluk Intan telah menganjurkan majlis Sumbangan Kembali ke Sekolah. Majlis telah diadakan di Jalan Kampung Banjar dekat sini.




Menurut Timbalan Ketua DHPP Teluk Intan, Sdr. Sarguna, sumbangan berupa beg sekolah dan peralatan tulis itu melibatkan 30 orang pelajar sekolah. Beliau berharap, sumbangan tersebut dapat mengurangkan beban ibu bapa di dalam melakukan persiapan sebelum sesi persekolahan bermula.

Turut hadir ialah ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin, Naib Yang Di Pertua PAS Kawasan Teluk Intan, Sdr. Ahmad Kabir Mahdin dan ahli jawatankuasa DHPP kawasan serta pimpinan masyarakat India sekitar.

intanhijau.blogpsot.com

Sabtu, 29 Disember 2012

(video) JOM TOLAK BUDAYA SAMSENG

KENYATAAN TPM YANG PALING TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

PUTRAJAYA: Beberapa hari lagi menjelang tahun baru 2013, tarikh sebenar Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13) masih menjadi teka-teki umum.

Namun begitu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muyhiddin Yassin menyifatkan ia sebagai satu keseronokan untuk membuat teka-teki mengenai tarikh sebenar PRU Ke-13.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi gambaran yang sangat jelas bahawa PRU Ke-13 akan diadakan pada tahun depan.

"Bolehlah buat teka-teki tarikhnya bila... Seronok juga kerana ada peluang dengar teka-teki dan kalau kita dah buat (umum tarikh sebenar), kita tak ada 'fun' lagi," katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat di Majlis Interaksi Timbalan Perdana Menteri Bersama Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Muda di sini, Jumaat.

(Dia tak sedar ke...merahsiakan tarikh PRU13 telah menyusahkan rakyat yang terpaksa berhati-hati memilih tarikh bagi majlis-majlis tertentu bimbang bertembung dengan PRU13.Spekulasi tarikh PRU13 telah mengakibatkan kegiatan ekonomi negara tidak menentu.. Boleh pulak dia kata boleh menimbulkan 'fun'...)

(mstaronline 29 Dis 2012)

Rabu, 26 Disember 2012

KERABAT TELUK INTAN ANJUR BOLA SEPAK TUJUH SEBELAH


TELUK INTAN, 25 Disember - Kebajikan Rangkain Bekas Anggota Tentera (KERABAT) Teluk Intan telah berjaya mengadakan Pertandingan Bola Sepak Tujuh Sebelah bawah 18 tahun baru-baru ini. Ia merupakan anjuran bersama  KERABAT Teluk Intan, Bagan Datoh dan Pasir Salak. Pertandingan tersebut telah diadakan Padang Kg. Bahagia dekat sini.

Menurut Pengerusi KERABAT Teluk Intan merangkap Pengerusi penganjur, Lt. Kdr. Mohamad Za'ba b. L. Sharip TLDM (B) di dalam ucapan aluan, antara objektif pertandingan ialah untuk mencungkil bakat-bakat terpendam pemain bola sepak di sekitar Teluk Intan, Pasir Salak dan Bagan Datoh.
Lt. Kmr. Za'ba menyampaikan ucapan selaku pengerusi penganjur.

Pertandingan yang bermula seawal 9.00 pagi itu telah dirasmikan oleh ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin yang telah menyampaikan ucapan serta melakukan sepak mula sebagai tanda bermula pertandingan.

Di dalam ucapan di hadapan para pemain, ADUN Changkat Jong telah mengingatkan mereka agar mengambil iktibar dalam perlawanan bola sepak. Antaranya ialah pengamalan disiplin diri pemain kepada peraturan permainan bola sepak yang mana ia menunjukkan betapa sebagai muslim, individu muslim perlu mematuhi apa sahaja peraturan yang disyariat oleh agama Islam.


"Jika kita sanggup mematuhi peraturan di dalam perlawanan bola sepak demi mencapai kemenangan, apatah lagi hidup di dunia ini, kita juga perlu mematuhi apa sahaja perintah Allah demi mencapai keredhaanNya dan seterusnya mencapai kemenangan di akhirat."

Di samping itu, YB Anuar Sudin juga menasihati para pemain agar sentiasa berusaha meningkatkan ilmu agar mampu bersaing dalam bidang pekerjaan serta yang penting ialah apabila berilmu, mereka akan dapat membuat pilihan terbaik seperti memilih pemimpin negara dan sebagainya.

Sebanyak 12 pasukan telah menyertai pertandingan tersebut. Perlawanan akhir pada sebelah petang pula telah menyaksikan pertemuan di antara pasukan Seri Perkasa dan Darul Mas yang berkeputusan pasukan Seri Perkasa menjadi johan pertandingan.

Upacara penutupan telah disempurnakan oleh Penaung KERABAT, YB Dato' Seri Ir. Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin dan Penasihat KERABAT Laksamana Hj. Imran Hj. Abdul Hamid. Turut sama hadir ialah Ahli Parlimen Teluk Intan YB Manogaran, ADUN Hutan Melintang YB S. Kesavan dan pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan, Pasir Salak, Bagan Datoh serta KERABAT.

intanhijau.blogspot.com

Selasa, 25 Disember 2012

FAUZI SHAARI TAK PERNAH MENYESAL SERTAI PAS


KUALA LUMPUR, 25 Dis — Bekas pemimpin tertinggi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Datuk Fauzi Shaari menafikan pernah mengeluarkan kenyataan beliau menyesal menyertai parti komponen Pakatan Rakyat (PR) PAS. 

“Kenapa saya perlu menyesal bersama PAS. Saya sudah buat pilihan yang tepat. 

“Kenapa masih ada yang pertikai dan ragu-ragu dengan tindakan saya ini. 

“Saya rasa tindakan saya menyertai PAS membuatkan ada beberapa pihak tidak senang hati. Sebab itu mereka sengaja mencipta isu ini,” kata bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) itu dipetik dari Sinar Harian Online. 

Sebelum ini tersebar mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), mendakwa Fauzi menyatakan penyesalannya menyertai PAS. 

Mesej itu berbunyi: “Kalau saya tahu begini keadaan PAS taubat saya tidak akan menyertainya. 

“Masuk PAS umpama masuk parti DAP. Belum apa-apa saya disuruh bersumpah baiah cerai isteri talak tiga jika saya tinggalkan PAS.” 

Fauzi menafikan SMS tersebar itu yang menurutnya dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak gembira dengan tindakannya menyertai parti pembangkang. 

“Saya amat gembira dan bersyukur atas apa yang saya hadapi dan nikmati sejak bersama PAS,” katanya. (malaysianinsider)

Dalam masa 2 jam, 60 rumah ditenggelami banjir

(Skuad Banjir PAS Indera Mahkota yang diketuai Ustaz Fadhil Nor [berkopiah] membawa mangsa banjir yang lumpuh di Bukit Pelindung ke tempat selamat)

KUANTAN: Dalam tempoh 2 jam saja hampir 60 buah rumah di tenggelami banjir kilat beserta lumpur yang terburuk dalam sejarah taman yang terletak di kawasan Bukit Pelindung, Beserah dekat sini.

Hujan lebat bermula sebelumnya membuatkan semua penduduk di situ berada dalam keadaan resah memikirkan keselamatan harta benda dan keluarga memandangkan banjir di perumahan tersebut seolah-olah ‘acara wajib’ tahunan.

Pada sekitar jam 7 pagi air mulai naik selepas hujan lebat seketika namun ianya surut segera sebaik hujan reda.

(Taman perumahan Bukit Pelindung ditenggelami banjir lumpur)


Namun pada jam 10 pagi hujan mulai lebat dan dalam tempoh yang singkat, kawasan tersebut bertukar menjadi lautan lumpur di sertai arus yang laju memusnahkan banyak harta benda penduduk.

Kekecewaan penduduk jelas terpampar di wajah mereka lantaran masalah ini telah berlarutan bertahun-tahun lamanya dan pelbagai laporan dan sidang media telah di buat namun tiada perubahan yang di buat oleh pihak berwajib.

Seorang wakil penduduk yang di temui berkata mereka memang teramat kecewa dengan sikap yang di tunjukkan oleh pihak agensi yang terbabit dalam menangani isu ini.

Justeru beliau mengharapkan agar Pakatan Rakyat dapat memainkan peranan menekan pihak kerajaan untuk menyelesaikan segera masalah mereka ini walaupun terpaksa meminta campurtangan pihak istana.

(Jalan Pelindung Perdana menjadi kawasan perdana dilanda banjir kilat)

Mengulas isu berkenaan, Timbalan Pengarah Skuad Banjir PAS Indera Mahkota, Encik Mahmud Yaakub menyatakan rasa simpati yang mendalam terhadap kesulitan yang di alami oleh penduduk Taman Pelindung Perdana yang sehingga kini tidak di pedulikan oleh kerajaan BN.
Pihak kami secara konsisten memantau keadaan di sini bermula malam sebelumnya dan pada pagi kejadian dan bertindak semaksimum mungkin dalam membantu penduduk serta menghubungi pihak berwajib.

"Sepatutnya jika pihak kerajaan prihatin sudah tentu ada pemantau dari agensi terlibat berada di sekitar kawasan ini bukan hanya bertindak selepas air surut,” katanya kesal.

(Pasukan Unit Amal bermesyuarat sebelum turun membantu mangsa banjir)

Selain skuad banjir, Unit Amal menjadi tenaga penting dalam menghadapi banjir kali ini.

Mereka bersedia dan mengadakan perbincangan bagaimana mahu membantu mangsa banjir.(harakahdaily)

Ahad, 23 Disember 2012

PAS cabar Najib saman jika Deepak bohong


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dicabar mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli perniagaan, Deepak Jaikishan yang membuat beberapa dakwaan ke atas beliau dan ahli keluarganya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Najib harus berbuat demikian kerana dakwaan yang dibaut Deepak bukan sahaja mencemarkan imejnya sebagai Perdana Menteri tetapi turut melibatkan nama baik negara.

"Rakyat menanti keberanian Najib untuk tampil mengambil tindakan undang-undang terhadap Deepak.

"Rakyat tidak boleh terima pemimpin yang mempunyai masalah peribadi yang begitu berat jika benar apa yang didakwa Deepak itu," kata beliau dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini .

Mahfuz juga berkata, najib seharusnya mencontohi keberanian bekas pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Robert Phang yang berkemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan.

"Saya 'salute' dengan Robert Phang yang (mahu) menyaman Tan Sri Musa kerana punya keberanian untuk membersihkan nama dia. Seharusnya Najib juga ada keberanian itu," katanya yang juga Ahli parlimen Pokok Sena.

Deepak sebelum ini dalam temuramahnya dengan beberapa media antaranya Harakahdaily mendakwa Najib mempunyai kaitan dalam isu penarikan balik pengakuan berkanun (SD) pertama penyiasat persendirian P Balasubramaniam pada tahun 2008.

Deepak juga sebelum ini mendedahkan beberapa perkara antaranya melibatkan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor serta adiknya Datuk Nazim Razak.(harakahdaily)

Khamis, 20 Disember 2012

AHLI UMNO TELUK INTAN TAK PUAS HATI UMNO BAGI KRONI


TELUK INTAN, 20 Disember - Sepucuk surat telah dihantar kepada PM, TPM dan MB Perak tentang isu rasa tidak puas hati atas pengagihan lot-lot rumah di Teluk Intan. Surat yang tidak bernama tersebut dipercayai telah ditulis oleh salah seorang ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Teluk Intan.

Surat tersebut juga telah diberikan kepada UMNO Bahagian Teluk Intan, PAS Kawasan Teluk Intan, PAS Kawasan Bagan Datoh, PAS Kawasan Tapah dan PAS Kawasan Pasir Salak.


Menurut surat bertarikh 3 Disember 2012 itu mendakwa AJK UMNO Bahagian Teluk Intan tidak berpuas hati atas pengagihan lot-lot tanah rumah di Lot 8660 Jalan Kg. Banjar, Teluk Intan kepada kroni-kroni beberapa orang pemimpin dan wakil-wakil rakyat UMNO.

Menurut surat tersebut, antaranya ialah :
1. Lima lot kepada kroni ADUN Rungkup
2. Lima lot kepada kroni ADUN Kg. Gajah
3. Lima lot kepada kroni Ayer Kuning
4. Lima lot kepada kroni Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan
5. Lima lot kepada kroni kakitangan Pejabat Tanah Teluk Intan, dan
6. 11 lot kepada kroni ADUN Sungai Manik.

Mereka juga akan bertindak membuat tunjuk perasaan atas dasar pembahagian lot-lot tersebut telah diberi kepada kroni-kroni pihak tertentu tanpa mempertimbangkan pihak yang berkhidmat di UMNO Teluk Intan.

Surat itu juga menegaskan tidak akan bertanggungjawan jika ada sebarang tindakan dalam kalangan ahli-ahli yang tidak puas hati yang dirasakan tidak diambil peduli oleh pihak UMNO Perak.

Apa yang menarik ialah tajuk surat tersebut ialah TIDAK PUAS HATI DAN AKAN BOIKOT PRU13.

intanhijau.blogspot.com

Rabu, 12 Disember 2012

(video di dalam) PENGAKUAN BERANI DEEPAK...

BERITA INI BUAT NAJIB dan BN SABAH LANGSUNG TAK BOLEH TIDUR ...


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Panglima Lajim Ukin membuat Akuan Bersumpah (SD) hari ini dengan mendakwa pemimpin BN Sabah telah menggunakan balak untuk kekayaan ahli politik utama dan pemimpin kerajaan Sabah.

Menurut Lajim dalam SD itu, buat sekian lama, pembalakan telah menjadi sumber untuk mengkayakan diri bagi segelintir ahli politik dan pemimpin kerajaan Sabah.

"Dari pengalaman saya sendiri sebagai Timbalan Ketua Menteri, saya mengesyaki bahawa lesen pembalakan sering dianugerahkan kepada individu yang rapat dengan pemimpin kerajaan Sabah," katanya.

Beliau juga berkata, wang haram dari kegiatan rasuah ini disyaki disimpan di luar negara menggunakan ejen yang mengendalikan penjualan balak pada harga yang rendah dan merugikan Kerajaan Negeri.

Keuntungan dari penjualan balak pada harga rendah ini kemudiannya disalurkan sebagai rasuah dan dimasukkan ke pelbagai akaun di luar negara, yang akhirnya dipindahkan semula untuk manfaat ahli politik utama dan pemimpin kerajaan Sabah, katanya.

"Saya bersedia untuk memberi kenyataan kepada mana-mana pihak berkuasa dari mana-mana negara yang menyiasat perkara ini untuk menghentikan jaringan rasuah yang melibatkan anugerah lesen pembalakan yang telah lama merugikan rakyat Sabah," tegas Lajim dalam SD itu.


Berikut adalah akuan bersumpah Lajim Ukin. Baca selanjutnya di sini.

Selasa, 11 Disember 2012

Gagal Bayar Sewa, Yahya Sulung & Isteri Diarahkan Keluar Rumah

PETALING JAYA: Penderitaan pelakon veteran Datuk Yahya Sulung, 84, yang sedang sakit bertambah parah apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkannya dan isteri, Datin Alisah Ali agar mengosongkan rumah mereka, di flat Bandar Baru Sentul dekat sini.

Ia berikutan kegagalan pasangan itu untuk menjelaskan tunggakan sewa rumah sejak lapan bulan lalu yang berjumlah RM800.

Alisah,65, berkata, fikirannya semakin buntu selepas menerima notis berkenaan kerana dia mempunyai perbelanjaan yang terhad bagi menampung hidup.

"Benar kami telah menerima notis untuk keluar daripada rumah tersebut kerana gagal menjelaskan sewa selama lapan bulan kerana mengalami masalah kewangan," ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Alisah memberitahu dia kini menghidap kanser paru-paru.
Alisah berkata, sewa bulanan rumah itu ialah RM100 dan sebelum ini dibayar daripada hasil wang bantuan Baitulmal yang diterima sebanyak RM400 sebulan serta wang pencen daripada bekas isteri Yahya yang terdahulu dalam jumlah yang sama.

Katanya, disebabkan kedua-dua mereka mengalami keuzuran kebanyakan wang yang diperoleh itu digunakan bagi tujuan mendapatkan rawatan hospital selain perbelanjaan harian rumah.

Ujarnya, Kesusahan yang dialami mereka itu semakin bertimpa apabila dia disahkan menghidap kanser paru-paru selepas membuat pemeriksaan selepas Hari Raya Aidiladha lalu.

“Suami saya yang menghidap asma terlalu uzur sementara saya pula sering mengalami kesakitan.

"Tetapi syukurlah apabila salah seorang anak saudara saya yang tinggal di Setapak membantu untuk menjaga Yahya dan hal seharian,” katanya yang begitu sedih dengan ujian itu.

Alisah memberitahu, dia malu untuk meminta sumbangan daripada orang ramai kerana selama ini telah banyak pihak yang menghulurkan bantuan.(mstaronline)

KENAPA NAJIB TAK BOLEH TIDUR MALAM...?


Ahad, 9 Disember 2012

HARI TERBUKA DEEPAVALI PAKATAN RAKYAT PERAK MERIAH


TELUK INTAN, 9 Disember - Kemeriahan nyata terserlah, sokongan rakyat tidak berbelah.  Begitulah gambaran yang diberikan tentang suasana Hari Terbuka Deepavali Pakatan Rakyat Perak. Majlis tersebut telah diadakan di Padang Taman Desa Bernam, Batu 10 Hutang Melintang dekat sini.
Ratusan rakyat telah hadir...


Seawal jam 3.00 petang, orang ramai telah mulai membanjiri khemah-khemah yang disediakan. Majlis bermula dengan nyanyian Lagu Negaraku dan disusuli dengan ucapan aluan oleh ADUN Hutan Melintang, YB S. Kesavan selaku tuan rumah.

Tarian tradisional India...

Sementara menunggu kehadiran tetamu-tetamu khas, para hadirin telah dihidangkan dengan tarian tradisional India iaitu tarian barathanatyam. Para tetamu juga berpeluang menikmati jamuan di khemah-khemah yang tersedia.




Kebanyakan pimpinan utama PR Perak telah hadir dan memberikan ucapan bersemangat di hadapan ratusan tetamu hari terbuka tersebut. Antara yang telah menyampaikan ucapan ialah mantan Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Hj. Mohd. Nizar Jamaluddin merangkap Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Perak, Dr. Mohd. Nur Manutty selaku Pengerusi PKR Perak serta Datuk Ngeh Koo Ham, Pengerusi DAP Perak.

Selain itu beberapa wakil rakyat serta pimpinan parti yang lain turut hadir seperti Ustaz Misbahul Munir Masduki, Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Perak merangkap Yang DiPertua PAS Bagan Datoh, Sdr. Madhi Hassan Ketua Cabang PKR Bagan Datoh, ADUN Teja YB Chan Lih Kang, ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin dan beberapa orang pemimpin PR dan DHPP negeri.


Walaupun majoriti yag hadir adalah dalam kalangan masyrakat India, namun atas nama perpaduan kaum Melayu dan Tionghua turut sama hadir meraikan. Kehadiran yang mencapai ratusan manusia pelbagai kaum itu turut membuktikan bahawa sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat masih utuh dan bersatu untuk menumbangkan Barisan Nasional di dalam PRU13 nanti.

intanhijau.blogspot.com

PAS pertimbangkan tindakan undang-undang atas laporan ‘khalwat’


KUALA LUMPUR, 9 Dis – PAS menafikan empat orang bukan Islam ditangkap kerana berkhalwat di Kelantan dan mengatakan bahawa kerajaan negeri mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap akhbar The Star kerana laporan yang tidak berasas untuk mewujudkan rasa takut di kalangan orang-orang bukan Islam.

Parti Islam itu turut berkata, akhbar milik MCA itu mengeluarkan laporan sedemikian untuk tuan politik mereka oleh kerana pilihan raya umum (PRU) yang bakal diadakan tahun hadapan.

Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengecam keras laporan dalam The Star semalam sebagai “tidak berasas” dan “penipuan yang jelas” dengan mendakwa akhbar tersebut hanya bekerja demi tuan politiknya.

“Tanpa sebarang bukti, The Star melaporkan berita membuta tuli dan saya percaya kerajaan negeri Kelantan mempunyai asas untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar tersebut,” kata Mustafa kepada portal rasmi online PAS, Harakahdaily.

Beliau menjelaskan khalwat adalah kesalahan “yang hanya tertakluk dibawah pegawai penguatkuasa Islam dan perlu melalui mahkamah Syariah sebelum hukuman dijatuhkan”, sambil menambah laporan saman dikenakan ke atas orang bukan Islam kerana berkhalwat menunjukkan “kejahilan” pengarang akhbar tersebut mengenai undang-undang di negara ini.

Akhbar Bahasa Inggeris itu melaporkan bahawa empat orang bukan Islam – dua lelaki yang tengah melihat pesawat berangkat serta satu pasangan yang bersiar-siar di sebuah taman di Kelantan – ditahan kerana “berkhalwat”, satu jenayah di bawah undang-undang syariah.

PAS juga berkata mereka tidak menyokong amalan rasuah seperti didakwa dilakukan oleh pegawai penguatkuasa dengan menegaskan pesalah wajar dihukum.

Ahli parlimen Kuala Selangor Dr Dzukefly Ahmad menyifatkan kenyataan oleh pemuda MCA negeri Gan Han Chuan semalam sebagai “tuduhan tidak bertanggungjawab” kerana mengatakan PAS cuba untuk mengenakan undang-undang Islam kepada bukan Islam.

“Ini adalah kali pertama dalam sejarah apabila bukan Islam dikenakan saman kerana berkhalwat,” Gan dilaporkan berkata oleh The Star semalam.

“Kenyataan itu sangat biadap dan cuba mewujudkan kekeliruan bukan Islam terhadap agama Islam,” kata Dzulkefly.

“Saman ini adalah kerana kelakuan kurang sopan dan bukannya khalwat, persoalannya kenapa MCA mahu mengaitkan ia dengan undang-undang Islam?” soal beliau lagi.

Rakannya dari PAS, Dr Siti Mariah Mahmud juga berkongsi pandangan dengan berkata: “Ini adalah cubaan untuk menakutkan bukan Islam dengan menunjukkan undang-undang Syariah akan dikenakan kepada mereka.”

 Beliau menerangkan bahawa kesalahan kelakuan kurang sopan dikuatkuasakan oleh semua pihak berkuasa tempatan (PBT), manakala khalwat pula hanya dikuatkuasakan ke atas orang Islam menerusi penguatkuasa agama.

“Kelakuan kurang sopan dikuatkuasakan oleh PBT dengan undang-undang. Malahan negara Barat juga mempunyai undang-undang ini. Ia adalah universal.

“Sila periksa semua undang-undang PBT di Malaysia. Semua ini mempunyai klausa melibatkan kelakuan kurang sopan.

“Khalwat adalah terma yang digunapakai ke atas muslim dan dikuatkuasakan oleh Jabatan Agama,” kata ahli parlimen Kota Raja (PAS) itu  kepada The Malaysian Insider semalam.

“Tapi jangan takutkan orang bukan Islam dengan menggunakan terma khalwat kerana ia hanya digunapakai dalam undang-undang  Syariah kepada orang Islam. Jangan kelirukan orang ramai dengan menggunakan terma yang tidak terguna ke atas mereka,” tambah beliau.

Menurut The Star, dua daripada mereka yang disaman mengadu pegawai penguatkuasa meminta RM500 daripada mereka “untuk menyelesaikan masalah”.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan semalam menggesa PAS untuk mengambil tindakan segera ke atas penguatkuasa yang menyalahguna kuasa itu untuk membuktikan kerajaan negeri Kelantan tidak rasuah.

Dzulkefly berkata pengeluaran saman itu adalah dalam bidang kuasa PBT di bawah undang-undang, tetapi berkata adalah menjadi satu kesalahan untuk pegawai penguatkuasa meminta rasuah.

“Ia salah untuk penguatkuasa mengambil kesempatan meminta wang.

“Jadi, bagi memastikan keadilan kedua-dua belah pihak satu siasatan perlu dijalankan.

“Jika penguatkuasa itu bersalah, hukuman perlu dijalankan. Dan jika individu yang disaman itu bersalah, mereka juga perlu dihukum,” kata beliau apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider semalam.

Baru-baru ini, pendandan rambut bukan Islam di Kelantan dilaporkan disaman kerana mempunyai pelanggan jantina berlainan, melanggar undang-undang majlis tempatan pendandan rambut wanita daripada bekerja unruk lelaki dan sebaliknya - mencetuskan kekecohan berkenaan kedudukan undang-undang Islam itu.

Malaysia mengamalkan dua sistem mahkamah tetapi undang-undang syariah hanya boleh dikuatkuasakan ke atas orang Islam, bukan Islam dikecualikan.

Dengan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir, gabungan Barisan Nasional (BN) cuba untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Islam daripada mengundi PR dengan mengatakan bahawa PAS akan melaksanakan kod keseksaan Islam, hudud, dan mewujudkan sebuah negara Islam.(malaysianinsider)

Sabtu, 8 Disember 2012

BEKAS OCPD TN HJ ABDULLAH OMAR TELAH MENINGGAL DUNIA


Al fatihah...Bekas OCPD Slim River Hj. Abdullah Omar telah pun mengadap Illahi pukul 6.00 pagi tadi. Semoga ruhnya di tempatkan dalam kalangan para solihin. Setiap kali berceramah (termasuk semasa terlibat dalam perbahasan di Muktamar Tahunan PAS di Putik) allahyarham sering mengungkap permohonan maaf semasa beliau berkhidmat dalam polis. Di Teluk Intan, allahyarham pernah berceramah di Markaz PAS Kawasan, Kg. Padang Tembak bulan Jun lepas...


Solat jenazah selepas zohor di masjid Kg Expo, Kamunting, Taiping. 

Jumaat, 7 Disember 2012

Hanya samseng sanggup sekat royalti Kelantan



SHAH ALAM: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin menegaskan hanya samseng sahaja yang sanggup menyekat pemberian royalti kepada Kelantan.

Beliau menyatakan perkara tersebut pada wacana anjuran Sinar Harian bertajuk 'Politik Samseng Di Mana Maruah Kita' di sini, petang semalam.

Kata beliau lagi, budaya politik samseng itu sebenarnya diwujudkan oleh kerajaan apabila bertindak membuli rakyat Kelantan dengan menafikan hak mereka walaupun pemberian royalti itu sudah terkandung di dalam perjanjian.

"Politik samseng dan kita lihat apa yang dilakukan di Kelantan, siapa yang sanggup menyekat royalti kalau bukan bersifat samseng.

"Sikap membuli rakyat Kelantan dengan menafikan hak mereka walaupun perjanjian sudah ada, hanya samseng sahaja yang sanggup mengkhianati perjanjian," kata beliau.

Katanya, politik samseng sebenarnya telah wujud sejak lama dan bukannya dalam senario politik sekarang.

Beliau merujuk kepada peringkat awal Kelantan diambil alih pemerintahan oleh PAS, segala hak dan peruntukan dianaktirikan.

 "Lagi satu kita lihat di Terengganu bila PAS menang pilihanraya perkara pertama dilakukan adalah mansuhkan tol, adakah itu samseng.

 "Tetapi tidak kepada kerajaan Umno Barisan Nasional apabila mereka menarik balik pemberian royalti dan menukarkan kepada wang ehsan, ini adalah contoh samseng yang diamalkan apabila menafikan hak dan sanggup melanggar perjanjian," sambung beliau lagi.

Beliau menambah, pengalaman Pakatan Rakyat memerintah empat buah negeri dan paling lama di Kelantan akan memberi jaminan bahawa apabila Putrajaya diambil alih nanti, pentadbiran akan menjadi lebih baik.

"Saya rasa reformasi yang kita ingin buat akan dapat dilakukan dengan lebih baik.

"Pengalaman yang kita ada dan rakyat telah melihat akan terus memberi keyakinan kepada Pakatan untuk membawa perubahan dalam lanskap politik demokrasi negara," jelas beliau.(harakahdaily)

Khamis, 6 Disember 2012

(video) WACANA SINAR : POLITIK SAMSENG, DI MANA MARUAHKAH KITA ?

NAK HAPUS RASUAH; HANCURKAN KUASA BN


KUALA LUMPUR: Menghancurkan kuasa Umno Barisan Nasional (BN) adalah satu-satunya jalan untuk menghapuskan rasuah di negara ini, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Tidak ada dua jalan, hanya itu sahaja satu-satunya cara untuk mengurangkan rasuah ke tahap minimum di negara ini, iaitu dengan menghancurkan kuasa Umno BN," kata beliau ketika menyatakan kebimbangannya tentang laporan terbaru mengenai rasuah yang kian kronik di negara ini.

Pengerusi Transparency International-Malaysia, Datuk Paul Low Seng Kuan mendedahkan maklumat kaji selidik yang menunjukkan separuh dari syarikat yang beroperasi di Malaysia melaporkan bahawa mereka kehilangan kontrak atau peluang perniagaan kepada pesaing mereka akibat rasuah sejak setahun lalu.

"(Bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) sendiri yang mengingatkan kita bahawa Umno sudah jadi parti perasuah.

"Apa yang dilaporkan oleh Transparency International-Malaysia tentang betapa kroniknya rasuah di negara itu ternyata adalah akibat langsung dari pemerintahan Umno BN," kata Mahfuz sambil menyifatkan pemerintahan Umno BN adalah pemerintahan untuk rasuah, demi rasuah dan dengan rasuah.

Serentak dengan itu, Ahli Parlimen Pokok Sena itu menolak rayuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat supaya jangan menukar kerajaan dengan alasan "jangan kerana marah kepada nyamuk, kelambu dibakar".

"Pelik sungguh Najib. Dia tak tahukah rakyat bukan nk bakar kelambu, tapi nak tukar tilam dan katil?

"Kalau paksa juga diri tidur atas tilam dan katil yang reput dimakan anai-anai, bila katil itu runtuh, dengan kita sekali sama-sama melingkup.

"Sebelum melingkup, baik rakyat buang jauh-jauh katil dan tilam Umno yang busuk dan reput, barulah selamat dari melingkup dan tidak lagi sakit belakang," kata Mahfuz yang turut memberikan tamsilan.(harakahdaily)

Rabu, 5 Disember 2012

PEMUDA UMNO GOMBAK SENGAJA MEMBUAT PROVOKASI...!!!

Pemuda UMNO memasang bendera BN dan membuat provokasi.
 Berdasarkan berita yang dibaca nyatalah, puak UMNU sengaja mencari pasal. Mereka sengaja hadir dan mengganggu ceramah Jelajah Merdeka di Gombak. Mereka sendiri mengaku menunggu di sana. Sila rujuk blog UMNO Gombak ini...
Buktinya, blog ini sendiri mengaku bahawa Pemuda UMNU memang sengaja berkumpul di situ. Lihat di sini....http://gombakgempur.blogspot.com/2012/12/video-pertempuran-pemuda-umno-gombak.html
Ceramah akan berjalan baik dan lancar sekiranya Pemuda UMNU tidak hadir dan menggangu serta membuat provokasi kepada para penyokong PR.

UMNO GUNA PESILAT GANGGU CERAMAH DI GOMBAK ?


KUALA LUMPUR, 5 Dis – Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali mengecam Ketua Pemuda Umno Gombak Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang mengetuai sekumpulan samseng menyerang ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi.

Beberapa orang Pemuda UMNO sedang membuat provokasi.

Pergaduhan bermula kira-kira jam 10 malam semasa ahli parlimen Gombak tersebut memulakan ucapannya yang menyaksikan batu dan kayu dibaling ke arah orang ramai di  Dataran Sharuddin, Batu 8 ½.

”Saya sangat kesal dengan sikap biadap Umno ini, malahan ada juga yang cedera akibat sikap samseng ini,” kata Azmin ketika ditemui The Malaysian Insider selepas ketegangan diantara penyokong Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) reda malam tadi.

Menurut Azmin lagi, lebih mengecewakan lagi kerana Megat yang merupakan anak guru silat, Tan Sri Omar Din Mauju yang sengaja merancang provokasi semasa ceramah.

Timbalan presiden PKR itu mendakwa Megat dan kumpulan yang diketuainya melontar kata-kata kesat dan membaling objek ke arah lokasi ceramah.

“Mereka (Umno) menggunakan ahli silat untuk mencetuskan provokasi.

“

Md Haidir Samsuddin
Megat sendiri mengetuai kumpulan tersebut mencetuskan provokasi dan bergaduh dengan sukarelawan Pakatan Rakyat (PR) disini,” tambah beliau lagi.
 
Dalam serangan tersebut, beberapa sukarelawan cedera di kepala akibat dibaling batu dan ada juga yang ditusuk dengan benda tajam semasa insiden.

Antara mangsa tersebut ialah Md Haidir Samsuddin, 48 yang cedera di kepala akibat terkena batu yang dibaling oleh samseng tersebut.

“Saya ketika itu di tepi jalan sedang mengawal keadaan semasa samseng Umno cuba buat kecoh.

“Tiba-tiba batu besar daripada seberang jalan jatuh mengenai kepala saya,” kata Haidir berdarah dikepalanya.

Ekoran kekecohan itu, sekumpulan Polis Bantuan Persekutuan (FRU) yang berada di lokasi dengan cepat mengawal keadaan dan membentuk perisai bagi memisahkan antara kedua-dua kumpulan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Rosly Hassan berkata pihaknya masih belum menerima sebarang laporan daripada individu yang tercedera serta mendakwa keadaan terkawal semasa insiden berlaku.

”Tiada laporan polis setakat ini dan keadaan terkawal,” kata Rosly semasa ditemui The Malaysian Insider ditempat kejadian.

Insiden serangan ke atas ceramah PR ini bukan yang pertama, sebelum ini di Lembah Pantai turut berlaku kejadian sama apabila ceramah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibaling batu sehingga menyebabkan ada hadirin yang tercedera.

Bas Jelajah Merdeka Rakyat yang membawa pemimpin Anwar dan pemimpin PKR berceramah ke seluruh negara turut menjadi mangsa apabila beberapa kali disimbah dengan cat dan dibaling batu.

Dalam ceramah malam tadi, selain Azmin dan Anwar, turut hadir adalah Tamrin Ghafar dan Adun Batu Caves, Amirudin Shari.(malaysianinsider)

INILAH ANGKARA PARTI (kononnya)YANG DIRESTUI ALLAH..


GOMBAK 5 DISEMBER: Seorang penyokong Pakatan Rakyat cedera ditikam samseng Umno pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Parlimen Gombak malam tadi.
Mangsa luka di bahu kiri akibat tikaman yang dipercayai menggunakan senjata – kerambit, sebelum dirawat petugas KEADILAN.
Ia berlaku ketika sekumpulan samseng Umno yang sebahagiannya membawa bendera BN mengganggu ceramah di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di sini.
Kumpulan samseng Umno yang sebahagiannya didakwa sebagai pesilat, selain berbuat bising menggunakan kata kesat turut melempar batu ke tapak ceramah.
Mengulas kejadian itu ketika berpidato, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam keras perbuatan zalim itu.
“Ikut sejarah Islam, yang baling batu ini siapa? Puak Jahiliyah!” katanya yang turut mendesak polis menjalankan siasatan sehingga pihak bertanggungjawab dikenakan tindakan.
“Kalau tak ambil tindakan, saya sendiri datang cari Ketua Polis (Daerah) Gombak,” katanya dengan nada tegas.
Beliau juga meminta penyokong Pakatan tidak membalas kezaliman itu, sebaliknya menjaga akhlak dan istiqamah dalam perjuangan.
“Kalau kita pun balas baling batu, kita sama dengan mereka. Kita nak menang jaga akhlak, Kita nak menang pertahan Semangat Perlembagaan” katanya.(keadilandaily.com)
*** VIDEO suasana kekecohan yang ditimbulkan samseng Umno (KLIK)