JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Khamis, 27 November 2014

Najib kekal Akta Hasutan, kita tetap lawan - Mohd Sabu



KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai pendirian apabila menegaskan Akta Hasutan 1948 dikekalkan dengan cadangan pindaan.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, Perdana Menteri itu tidak mempunyai kekuatan untuk memberi dan melakukan perubahan walaupun beliau telah berjanji dengan rakyat untuk memansuhkan akta tersebut.

"Janji dia sebelum ini hanya untuk melunakkan sahaja, Najib tidak kuat. Tidak ada pendirian. Macam isu ISIS dulu pada awalnya dia sokong, sekarang buat auta, tidak ada pendirian!" tegas Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu.

Beliau juga percaya Akta Hasutan itu gagal dimansuhkan kerana ia satu-satunya akta yang menjadi senjata untuk menyelamatkan Umno.

"Akta untuk Umno semata-mata, bukan untuk rakyat," katanya kepada Harakahdaily.

Bagaimanapun beliau yang juga Pengerusi Lajnah Demokrasi dan Mobilisasi PAS tidak sekali mengalah dan akan tetap melawan akta itu yang sering disalahgunakan oleh Umno BN.

"Kita tetap akan lawan. Kita akan buat gerakan seperti kita gerakan rakyat menentang ISA dan juga Akta Polis sehingga kerajaan beralah dan memansuhkan Akta Hasutan," katanya.

Hari ini, pada Perhimpunan Agung Umno Najib berkata Akta Hasutan 1948 dikekalkan dengan cadangan pindaan untuk memasukkan dua peruntukan khas bagi menguatkan dan memperkukuhkan akta itu.

Presiden Umno itu juga berkata kedua-dua peruntukan khas itu bertujuan melindungi kesucian Islam dan agama lain serta mendakwa mereka yang menghasut agar Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Reaksi pendirian itu, membuatkan 2,752 perwakilan berdiri dan bersorak sebagai tanda menyokong keputusan Presiden parti Melayu terbesar di negara ini yang kini dianggotai 3.47 juta orang.

Sebelum ini Najib Tun Razak dilaporkan telah berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan pada 11 Julai 2012 dan sekali lagi pada 3 Julai 2013. - HARAKAHDAILY 27/11/2014

Ahad, 9 November 2014

MUSLIMAT PAS TELUK INTAN ANJUR SAMBUTAN MAAL HIJRAH



TELUK INTAN, 9 November - Sempena kehadiran bulan Muharram 1436, majlis sambutan tahun baharu Islam itu masih terus berjalan. Baru-baru ini, Dewan Muslimat PAS Kawasan Teluk Intan bersama Nisa' Teluk Intan dan Ameerah Teluk Intan telah mengadakan Sambutan Maal Hijrah di Surau Kg. Selat Manggis, Sungai Kerawai dekat sini. Ia telah diadakan di surau kampung tersebut.

Antara objektif program ialah untuk menanamkan sifat mengenali bulan-bulan kebesaran Islam dan seterusnya mengeratkan hubungan di antara pihak Muslimat PAS dengan masyarakat khususnya kaum wanita. Menurut Ketua Dewan Muslimat Kawasan Teluk Intan, Pn. Robiatun Mohd. Abas, program keagamaan tersebut merupakan susulan daripada aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan surau pada bulan lepas.

"Kami merancang akan mengadakan beberapa lagi program di surau ini secara bulanan untuk membimbing masyarakat khususnya kaum ibu dan anak-anak dengan ilmu keagamaan, " tambah beliau lagi.
Sebahagian kaum wanita yang hadir mendengar ceramah Maal Hijrah.

Majlis bermula jam 9.00 pagi itu dimulai dengan ceramah Maal Hijrah yang telah disampaikan sendiri oleh Ketua Dewan Muslimat kawasan Pn. Robiatun Mohd. Abas. Kehadiran kaum wanita ke majlis tersebut amat menggalakkan. Mereka hadir bersama-sama anak masing-masing.
Peserta pertandingan mewarna.

Aktviti membimbing bacaan doa turut diadakan.
Gembiran mendapat hadiah mewarna.
Bergambar beramai-ramai.
Selain itu, pertandingan mewarna dan bimbingan bacaan doa turut diadakan untuk kanak-kanak yang dikendalikan oleh Nisa' dan Ameerah kawasan. Para pemenang pertandingan telah disampaikan oleh Ketua Nisa' Kawasan Teluk Intan.

intanhijau.blogspot.com

Isnin, 3 November 2014

PAKATAN RAKYAT TELUK INTAN GOTONG-ROYONG BERSIH RUMAH OKU



TELUK INTAN, 26 November - Kerjasama dalam kalangan parti di dalam Pakatan Rakyat bukan sahaja di dalam politik malah ia telah melangkau ke dalam kerja-kerja kebajikan. Ini terbukti apabila Sekretariat Pakatan Rakyat Teluk Intan telah menganjurkan Program Gotong-royong dan Ramah Mesra di Rumah Ashraful Rohaniah, Kg. Selabak Luar dekat sini baru-baru ini.

Antara objektif program adalah untuk mencurahkan khidmat kebajikan dan kemasyarakatan kepada penghuni rumah kebajikan tersebut. Di samping ia bertujuan mendekatkan pimpinan PR dengan masyarakat.
Wakil Rumah Asharful Rohaniah, Pn. Rohana menyampaikan taklimat.
YB Terence menyampaikan ucapan mewakili PR Teluk Intan.
Program yang bermula awal pagi itu telah dihadiri oleh Pengerusi PR Teluk Intan iaitu ADUN DAP Pasir Bedamar YB Terence Naidu bersama dua orang Timbalan Pengerusi PR Teluk Intan, YDP PAS Teluk Intan Ustaz Ismail Che Nik dan Sdr. Mohammad Hashim selaku Ketua Cabang PKR Teluk Intan. Di samping turut ialah beberapa orang Ahli Jawatankuasa PR Teluk Intan, Unit Amal Teluk Inbtan serta Dewan Muslimat PAS Kawasan Teluk Intan.
Sebahagian penghuni OKU sedang bersarapan.

Program bermula dengan ucapan yang disampaikan oleh wakil Rumah Ashraful Rohaniah, Pn. Rohana binti Saidin, 60 yang banyak menceritakan tentang sejarah dan latar belakang rumah berstatus Rumah OKU itu. Menurut beliau, rumah tersebut telah ditubuhkan pada tahun 2005 dan kini mempunyai seramai 70 orang penghuni yang terdiri daripada warga emas, dewasa dan kanak-kanak.

Kemudian, YB Terence telah menyampaikan ucapan mewakili PR Teluk Intan yang menerangkan bahawa usaha murni tersebut merupakan salah satu usaha PR untuk membantu golongan yang kurang mampu yang merupakan rakyat Malaysia.

Muslimat sibuk menyediakan hidangan tengah hari.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah pembersihan dan pengemasan kawasan sekitar rumah serta membuang sampah-sarap. Manakala, pihak muslimat pula sibuk menyiapkan juadah untuk makan tengah hari.
Penghuni menikmati makan tengah hari.
Ketua Muslimat kawasan, Pn. Robiatun sedang menyantuni seorang warga emas.
Pada sebelah tengah hari, para pimpinan PR telah melayani penghuni rumah OKU itu makan tengah hari. Kelihatan suasana meriah dan mesra apabila pimpinan PR sama-sama makan tengah hari sambil menyuapkan makanan ke mulut penghuni.

Semoga program dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

intanhijau.blogspot.com.