JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Ahad, 30 September 2012

EZAM KATA UMNO SEMAKIN LEMBIK ...


Senator Ezam Mohd Noor mendakwa kekuatan Umno kini semakin lemah dan dapat dilihat secara jelas yang kepentingan parti teras Barisan Nasional (BN) ini boleh terancam disebabkan sikap kaum itu sendiri. Menurut Ezam, walaupun Umno merupakan parti yang cukup lama memerintah negara ini, perpecahan kecil akan memberi impak besar.

 "Apa yang saya dapat lihat, Umno sekarang semakin lemah. Perpaduan dalam parti juga semakin menurun dan ini boleh menyebabkan parti veteran negara ini berada di ambang perpecahan," katanya pada Majlis Himpunan Ke Arah Penyatuan Ummah bertajuk “Dakwah Menjana Kesatuan Ummah". Beliau berkata demikian ketika menjadi panel sesi "Agenda Penyatuan Ummah Fakta atau Auta?". Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR ini berkata, kaum Melayu negara ini tiada pilihan lain melainkan mesti bersatu bagi memastikan kuasa Melayu tidak terlepas kepada kaum lain.

 "Kita mesti bersatu atas nama perpaduan ummah bagi memastikan demokrasi yang kita nikmati sekarang mampu dikekalkan dan diwarisi kepada generasi akan datang," tegasnya yang menyertai Umno lebih tiga tahun lalu. Tambah beliau, rakyat mesti melihat suatu gagasan besar yang mampu memimpin negara dan wajar melakukan pilihan bijak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). "Penyatuan ummah ini mesti digalas oleh pemimpin-pemimpin yang berjiwa besar bagi memastikan setiap objektif dapat digapai secara bersama. "Jika pemimpin berjiwa kecil, bakal berlaku pemimpin yang hanya berfokuskan pada parti semata-mata, bukan kepada kebajikan rakyat," tegasnya.

Tambah beliau, pemimpin yang mampu mendominasi tampuk kepimpinan negara juga tidak boleh mementingkan diri semata-mata. "Jika pemimpin negara pentingkan diri, bagaimana mahu capai kemajuan negara?" katanya. Dalam pada itu, penganalisis politik, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat menegaskan, PRU13 bakal menjadi cabaran terbesar kaum Melayu bagi memastikan Umno kekal menjadi parti pemerintah negara ini.

 "Jika tiada perpaduan dalam parti, saya yakin Umno sendiri tidak mampu melakukan transformasi dalam negara kita," kata beliau yang turut bertindak sebagai ahli panel. Beliau menambah, rakyat sendiri boleh menilai dan faham dengan realiti polemik politik masa kini bagi memastikan masa depan negara terjamin dengan memilih parti yang benar dalam PRU13./~utaranews.com

Sabtu, 29 September 2012

ANWAR MAHU NAJIB HADIR SESI BAHAS BAJET ISNIN INI


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir pada sesi perbahasan bajet minggu depan dan sekaligus berdebat berkaitan dengan bajet yang beliau bentangkan petang semalam.

Tegasnya lagi, Najib sepatutnya hadir untuk mendengar apa yang ingin dibahaskan nanti bagi untuk mengetahui apa yang tidak kena dengan apa yang telah dibentangkan.

"Sebagai negara demokrasi, Najib perlu hadir pada sesi saya berbahas bajet 2013, saya tahu Najib mesti berani untuk mengetahui apa yang ingin saya bahaskan nanti," usul beliau.

Anwar ketika mengulas bajet 2013 memberitahu sepatutnya pada bajet kali ini kerajaan menyentuh senario antarabangsa kerana sebagai sebuah negara dagang sepatutnya Najib tahu perancangan ekonomi terikat dengan perkara sedemikian.

Namun perkara tersebut tidak disentuh langsung oleh kerajaan pada bajet 2013 kali ini.

"Saya melihat apa yang diberitahu pada bajet tersebut hanyalah gimik politik semata-mata dan untuk memenangi hati rakyat," jelas beliau.

Anwar memberitahu, mungkin Najib beranggapan rakyat itu tidak mengetahui bahawa keuntungan berbilion ringgit diambil oleh kroni mahupun keluarga pemimpin menyebabkan Najib tidak menyentuh langsung soal tersebut.

"Contohnya peruntukan untuk Tun Razak Exchange (TRX), itu hanyalah insentif untuk mereka yang kaya sahaja bukannya golongan yang berpendapatan rendah.

"Keuntungan Penjana Tenaga Bebas (IPP) langsung tidak diceritakan tetapi bagi peruntukan RM200 kepada rakyat di bawah telah diperbesarkan," sambungnya.

Tambah beliau lagi, kerajaan juga tidak menjelaskan langsung tentang monopoli gula yang diberikan kepada individu tertentu tetapi berkaitan penarikan subsidi gula serta harga pula disentuh.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga turut melahirkan kekecewaan apabila kerajaan hanya memikirkan tentang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mendesak pembayaran balik dari pelajar.

Namun kerajaan tidak pula menjelaskan perancangan pembayaran balik pinjaman berbilion ringgit oleh syarikat-syarikat besar.

Menyentuh tentang hasrat kerajaan ingin melaksanakan program rumah pertama, beliau tidak yakin ada kesungguhan dalam perlaksanaan tersebut.

"Kita kemukakan cadangan dalam belanjawan Pakatan Rakyat bahawa perumahan itu tidak boleh dilaksanakan jika syarikat yang mengendalikannya mementingkan keuntungan.

"Syarikat perumahan rakyat tidak tidak mungkin berhasil kalau motifnya keuntungan sepertimana yang dilakukan sekarang," kata beliau.

Anwar menyatakan jika ingin menjayakan program rumah pertamaku ini mesti ada badan kerajaan yang tidak semestinya rugi besar tetap mesti menjana projek yang boleh memenuhi permintaan rakyat.(harakahdaily)

Jumaat, 28 September 2012

NAJIB HENTAM ANWAR TAPI TAKUT BERDEBAT...


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil peluang ketika membentangkan belanjawan terakhirnya dalam penggal pentadbiran kali ini untuk menyerang pemimpin pembangkang.

Tanpa menyebut nama Anwar, beliau berkata ketua pembangkang itu "tidak melaksanakan apa yang dikokokkan" ketika berada di dalam kerajaan.

NONE"Kalau hari ini mereka menjanji itu dan ini, rakyat Malaysia harus bertanya, apabila pemimpin berkenaan, ketika masih berjawatan dulu, kenapa tidak melaksanakan apa yang dikokokkan.

"Hakikatnya, jika ketika berpeluang, tidak melaksanakan segala yang dijanji, apatah pula jaminan mereka akan melunaskannya jika diberi kuasa sekarang?," katanya.

"Bukankah apabila berhadapan dengan krisis kewangan Asia, hampir ranap negara ini dibuatkanya?," katanya dalam ucapan di Dewan Rakyat.
Walau tidak menyebut mana-mana individu, serangan itu dilihat ditujukan kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan menteri kewangan ketika krisis kewangan Asia melanda.
Najib juga mendakwa, Pakatan Rakyat masih belum menunaikan janji di negeri yang dikuasai mereka.

"Jika kini, di negeri yang ditadbir mereka, apa yang terkandung dalam manifesto mereka sendiri pun masih tinggal janji, mana mungkin mereka boleh dipercayai dengan amanah dan kuasa?," katanya.

Beliau turut menyelar pembangkang apabila mengumumkan bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia yang menurutnya "tidak membahayakan masa depan orang ramai".

"Bukan seperti sesetengah pihak, yang sanggup mengatakan apa sahaja, ini percuma, itupun percuma, hutang pun tak perlu bayar," kata Najib.
Katanya, bayaran bantuan yang diumumkan kerajaan hari ini bukanlah pemberian subsidi secara pukal tetapi disasarkan kepada kelompok yang memerlukan.(malaysiakini)

PILIHAN RAYA TAHUN DEPAN ? NAJIB DAH BAGI ISYARAT

Perdana menteri melontarkan satu lagi isyarat bahawa pilihan raya umum hanya akan diadakan pada tahun depan apabila mengumumkan bahawa bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia akan mula disalurkan pada awal 2013.

"Ia akan dibayar mulai awal tahun 2013," kata Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.

NONEPembayaran itu melibatkan bantuan tunai sebanyak RM500 kepada isirumah berpendapatan bawah RM3,000 dan bayaran RM250 kepada individu bujang berpendapatan bawah RM2,000.

Najib berkata individu bujang berusia 21 tahun ke atas layak menerima bantuan tersebut.

Katanya, bantuan berkenaan akan memberi manfaat kepada sebanyak RM4.3 juta isirumah dan juga seramai 2.7 juta warga bujang – melibatkan peruntukan RM3 bilion.

"Hakikatnya, bantuan kepada isi rumah dan individu bujang ini bukanlah satu langkah populis malah manifestasi sebuah kerajaan bertanggungjawab dan mampu mengurus kewangan negara dengan berhemah," katanya lagi dalam ucapannya.

Selain bayaran BR1M, Najib turut mengumumkan bahawa kerajaan akan membayar bonus sebanyak setengah bulan gaji lagi kepada penjawat awam pada bulan Januari depan.

Bayaran berkenaan adalah sebahagian daripada pakej bayaran sebanyak sebulan setengah gaji yang diumumkannya dalam belanjawan tersebut.

Najib menyifatkan pembentangan belanjawannya bertemakan "Memakmur  Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati" hari ini sebagai penghargaan kepada rakyat Malaysia kerana terus meletakkan kepercayaan kepada kerajaan.

Pada keseluruhannya, Najib mengumumkan subsidi berjumlah RM37.6 bilion, berkurangan daripada jumlah RM42.4 bilion dalam belanjawan 2012 yang berjumlah RM251.6 bilion itu.(malaysiakini)

Khamis, 27 September 2012

FILEM 'HANTU KAPCAI' TIADA NIAT PERSENDA ISLAM ?

Ghaz Abu Bakar

PETALING JAYA: Elemen roh dan alam barzakh yang dipaparkan dalam bentuk jenaka menerusi filem komedi terbaru Hantu Kapcai tidak berniat untuk mempersendakan agama Islam.

Pengarah dan penulis skripnya Ghaz Abu Bakar berkata, sebagai seorang muslim, dia masih peka dan menyedari batas-batas dan kesucian agama Islam dan sama sekali tidak bermaksud untuk mempermainkan perkara itu.

“Saya muslim yang masih lagi peka dan tahu mengenai perkara sensitif berkaitan agama Islam. Tiada langsung berniat untuk mempersendakan atau mempermainkan agama saya sendiri dalam bentuk komedi dan hiburan.

“Elemen-elemen roh, alam barzakh atau apa sahaja tafsiran orang yang dipaparkan dalam Hantu Kapcai adalah himpunan memori pada watak Akim lakonan Hairul Azreen dan Ajib (Zizan Razak).

“Ia bukan tafsiran atau gambaran saya mengenai alam ghaib, syurga, neraka atau apa sekali pun. Terpulanglah kepada penerimaan penonton untuk membuat tafsiran masing-masing,” katanya.
Zizan sebagai bintang utama yang menggalas watak Ajib.


Ghaz berkata, dia juga tidak berhasrat untuk mengundang sebarang kontroversi atau pertikaian dengan memaparkan elemen sensasi atau sensitif dalam karya arahannya.

“Saya tidak mahu mengundang kontroversi dalam filem saya. Apa juga pandangan orang yang boleh menimbulkan kontroversi adalah sesuatu yang tidak disengajakan.

“Terus-terang, pendekatan yang saya gunakan dalam filem ini adalah cara saya menyampaikan mesej positif dan berdakwah kepada penonton sasaran iaitu remaja dan peminat motosikal.

“Saya tidak mahu mesej disampaikan secara berat dan serius, lantas memberikan tekanan kepada penonton. Atas sebab itu, setiap paparan filem ini diketengahkan dalam bentuk komedi,” katanya. (mstaronline)

Selasa, 25 September 2012

KAJIAN UM : 42 PERATUS CINA YAKIN HUDUD ADIL UNTUK SEMUA


Ketika masyarakat Cina dikatakan fobia dengan cadangan pelaksanaan hudud oleh PAS, tinjauan Universiti Malaya (UM) mendapati sebanyak 42 peratus responden etnik itu percaya undang-undang Islam itu mampu menjanjikan keadilan kepada semua.

Hasil tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) itu juga mendapati sebanyak 26 peratus responden India dan 62 peratus responden Melayu berkongsi pandangan sama.

"Terdapat keyakinan terhadap pelaksanaan hukum hudud dalam kalangan orang Melayu, namun masih terdapat keraguan terhadap cadangan pelaksanaannya dalam kalangan orang bukan Melayu," ringkasan kajian itu dipetik.

Dapatan mengejutkan itu dijalankan baru-baru ini melibatkan 25 peratus (385 orang) responden Melayu, sebanyak 68 peratus (1,041) Melayu dan 7 peratus (110) India.

Sebanyak 41 peratus responden masyarakat Cina pula menjawab "ya" apabila ditanya adakah perlaksanaan hudud mampu menghalang jenayah daripada berleluasa.

Bagaimanapun, sebanyak 51 peratus masyarakat itu merasakan hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini kerana masyarakatnya yang berbilang bangsa dan agama.(malaysiakini)

KAJIAN UM : KEYAKINAN KEPADA PR NAIK, POPULARITI NAJIB TURUN


(Kajian sokongan peringkat pusat menunjukkan peningkatan sokongan kepada Pakatan)


KUALA LUMPUR: Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya menunjukkan sokongan ke atas Pakatan Rakyat meningkat sekarang berbanding dengan kajian yang dibuat pada awal tahun ini.

Sokongan juga meningkat ke atas kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan juga Kedah namun sedikit penurunan di Kelantan.

Kajian itu juga menunjukkan penurunan terhadap keyakinan rakyat bahawa BN akan terus menguasai Putrajaya dalam pilihan raya umum nanti.

Kajian itu dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya  Universiti Malaya (UMCEDEL) yang bertajuk Pola Pengundian Menjelang Pilihanraya Umum ke-13.

Kajian terbaru yang dibuat adalah pada 1 -16 September 2012  di seluruh Semenanjung Malaysia.

Kajian sebelum ini dibuat dalam tempoh 31 Mac 2012 - 15 April 2012.
Bilangan responden ialah 1536. Kajian dilakukan secara bersemuka dengan melibatkan etnik Melayu, etnik Cina dan etnik India.

Pemilihan responden dipilih secara rawak dengan soalan kaji selidik berstruktur.

Apabila ditanya, parti mana akan menang dalam PRU-13, kajian Mac - April menunjukkan keyakian kepada BN akan menang adalah 49% sedangkan kajian terbaru menunjukkan ianya menurun kepada 44% sahaja.

Keyakinan kepada Pakatan pula meningkat dari hanya 21% kepada 30%.

Keyakinan kepada kerajaan Pakatan di Selangor juga meningkat dengan ketara dari 38% kepada 50% manakala untuk BN dari 28% jatuh kepada 16%.

Begitu juga di Kedah. Keyakinan kepada Pakatan naik dari 37% kepada 48% dan kepada BN turun dari 40% kepada 32%.

Namun untuk negeri Kelantan, keyakinan kepada Pakatan jatuh sedikit dari 44% kepada 41% manakala BN naik dari 27% kepada 32%. Namun, kecondongan pengundi tetap kepada Pakatan Rakyat.

Debat

(Populariti Najib jatuh merudum)

Kajian itu juga mendapati, harapan rakyat amat tinggi agar berlaku perdebatan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

72% berharap ianya diadakan manakala hanya 17% tidak bersetuju dan 11% tidak pasti.

Menurut kajian itu, populariti Najib juga menurun dari 61% pada bulan Mac lalu kepada 58% pada September 2012 ini.(harakahdaily)

Isnin, 24 September 2012

Aishah akan teliti jika ditawarkan bertanding


BUKIT MERTAJAM: Selebriti tanahair, Wan Aisyah Wan Ariffin atau Aishah berkata beliau akan meneliti, mengkaji serta solat istiqarah terlebih dahulu sekira kepimpinan PAS menawarkan secara rasmi untuk dirinya bertanding atas tiket PAS pada pilihanraya umum akan datang.

Menurutnya, setakat ini memang ada suara menggajak untuk dirinya bertanding tetapi terpaksa menolak dengan alasan belum bersedia kerana banyak lagi perkara yang perlu dipelajari daripada kepimpinan PAS terutamanya dari kepimpinan Dewan Muslimat tentang dunia politik.

"Saya tidak melakukan tindakan terburu-buru untuk memberikan jawapan selagi ilmu belum penuh dalam bidang politik.

"Masih banyak saya kena belajar sebab berpolitik bukan mudah sepertimana yang disangkakan.

"Justeru itu, jika ada tawaran secara rasmi pun saya tetap akan mengkaji, meneliti dan solat istiqarah kerana bimbang tanggungjawabnya amat berat, " terangnya ketika menjawab persoalan peserta dan peminatnya dalam program Hi-Tea bersama Aisyah di Padang Awam, Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam semalam.

Aishah, bekas pelajar Sains Politik dari Universiti Auckland, New Zealand disebut-sebut akan bertanding atas tiket PAS di sebuah kawasan Parlimen di Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, sehingga kini tidak ada sebarang kata putus dari pihaknya atau PAS walaupun beliau mempunyai peluang besar di sana.

Menurut Aishah, tekadnya hanya satu  ketika mengisi borang keahlian PAS, iaitu untuk menjadi jentera PAS untuk memastikan PAS melangkah ke Putrajaya.

Sebagai golongan artis jelasnya, kemasukan ke dalam PAS sekadar menjadi daya tarikan
supaya masyarakat yang selama ini merupakan peminatnya turut serta ke program yang PAS anjurkan.

"Bila mereka (peminat) datang bertemu di majlis anjuran PAS sekaligus memberi 'point' pada PAS itu sendiri.

"Tambahan lagi bila saya ceritakan pengalaman pahit yang pernah dilalui setelah aduan kepada Menteri yang terlibat dengan Hal Ehwal Wanita tidak diendahkan pasti ada yang simpati dan mengangap Barisan Nasional  (BN) bukan tempatnya bergantung harap sebab orang yang ada nama pun tidak diberikan perhatian apatah lagi masyarakat biasa," ceritanya pada ratusan hadirin.(harakahdaily)

Ahad, 23 September 2012

PELBAGAI KAUM HADIR JAMUAN RAYA DESA AMAN


TELUK INTAN, 22 September - Walaupun Syawal telah berlalu namun atas semangat mengeratkan silaturrahim sesama penduduk maka PAS Cawangan Desa Aman telah menganjurkan majlis jamuan raya di peringkat cawangan. Majlis telah diadakan di perkarangan PASTI Desa Aman dekat sini.

Menurut Ketua Cawangan Sdr. Anuar Yahya, beliau berasa teruja akan sambutan yang diberikan oleh masyarakat setempat di mana mereka telah hadir beramai-ramai. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua para penyumbang untuk menjayakan majlis tersebut.
YB Anuar diberi peluang menyampaikan ucapan.

Ketua PAS Cawangan, Sdr. Anuar Yahya (baju hijau) menyantuni seorang penduduk.

Antara hadirin bukan Melayu yang hadir.

Pelbagai lapisan masyarakat telah hadir ke majlis tersebut yang terdiri dari pelbagai peringkat usia, agama dan kaum untuk menikmati pelbagai hidangan istimewa seperti capati, roti canai dan lain-lain lagi.

Kehadiran ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin serta para pimpinan PAS Kawasan dan DHPP kawasan telah menyerikan lagi majlis tersebut.
YB Anuar bergambar kenangan bersama AJK majlis.


intanhijau2.blogspot.com

Sabtu, 22 September 2012

ADUN CHANGKAT JONG RAIKAN BAKAL HAJI


TELUK INTAN, 21 September - ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah meluang masa meraikan satu majlis kenduri seorang penduduk yang bakal mengerjakan ibadah fardu haji. Majlis telah diadakan di kediaman Saudara Saifuddin Abd. Hamid yang di Kg. Sungai Samak dekat sini.

Sdr. Saifuddin yang juga merupakan Ketua PAS Cawangan Kg. Sungai Samak akan menjadi tetamu Allah bersama isteri beliau. Majlis telah dimulai dengan tazkirah yang telah disampaikan oleh Ketua Urusan Ulama PAS Kawasan Teluk Intan. Kemudian disusuli dengan ucapan daripada YB Anuar. Beliau berharap para bakal haji akan dapat mengerjakan fardhu haji dengan sempurna dan seterusnya mendapat haji yang mabrur.




Kemudian diteruskan dengan majlis tahlil yang diketuai oleh Ketua Urusan Ulama kawasan. Turut hadir ialah Timbalan Yang Di Pertua PAS kawasan, Sdr. Rahmat Maliki dan Pengarah Pilihan Raya kawasan Tn. Hj. Mohd. Azhar Rafiei. Mereka sempat beramah mesra dengan penduduk kampung yang hadir pada malam itu sambil menikmati jamuan oleh pihak tuan rumah.


intanhijau2.blogspot.com

MAJALAH DI PERANCHIS PULA HINA NABI...


Dalam tumpuan umat Islam marahkan filem pendek innocence of muslim sam basley, kita terlupa pada 19 Sept lepas, majalah mingguan kartun satira Perancis Charlie Hebdo telah mengeluarkan sebuah komik najis yang melukis gambaran Nabi Muhammad
SAW yang penuh dengan unsur seks...mari KITA BANTAH.....
Terjemahan : The shooting of the scandalous Mohammed film:
‘Are you sure Mohammed had sexual relations with a pork head?’
‘I don’t have the means to pay a 9-year old slut, buddy!’

- The publishing director Charb (Stephane Charbonnier) said: “What? We can’t lampoon Mohammed in France? Yes we can. We can caricature everyone in France. I don’t hold it against a Muslim for not laughing at our drawings, but he’s not going to tell us what law we have to follow. I live under French law. I don’t live under the law of the Koran.”-

Rabu, 19 September 2012

HARI TERBUKA AIDILFITRI PAKATAN RAKYAT TELUK INTAN BERJAYA DAN MERIAH


TELUK INTAN, 17 September - Pakatan Rakyat Parlimen Teluk Intan yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP telah berjaya mengadakan Majlis Hari Terbuka Aidilfitri baru-baru ini.  Program telah diadakan di Padang Awam Taman Karentina, Batak Rabit dekat sini.


Ini adalah julung kalinya, majlis sebegini diadakan dan sambutannya begitu meriah sekali dengan kehadiran warga Teluk Intan pada hari tersebut. Majlis yang bermula jam 10 pagi hingga 2.00 petang telah menerima kunjungan tidak putus-putus dalam kalangan orang ramai yang hadir.

Pelbagai juadah istimewa seperti lontong, nasi impit, capati, roti canai, aiskrim dan lain-lain telah disediakan untuk para orang ramai yang hadir dalam pelbagai bangsa dan keturunan. Tidak kira sama ada tua atau muda, Melayu, India dan Cina telah hadir.
Ustaz Ismail menyampaikan ucapan.

Ketua Cabang PKR, Hj. Mohamad Hashim menyampaikan ucapan.
Majlis dimulai dengan ucapan para tetamu jemputan khas. Ia dimulai dengan ucapan oleh Yang Di Pertua PAS Kawasan Teluk Intan Ustaz Haji Ismail Che Nik dan diikuti Ketua Cabang PKR Teluk Intan, Tn. Hj. Mohamad Hashim. Kedua-dua pemimpin parti PR tersebut telah mengalu-alukan kehadiran orang ramai serta mengucapkan terima kasih tas segala kerja sama yang diberikan oleh para ahli dan penyokong sehingga majlis tersebut telah diadakan dengan jayanya.
Ahli Parlimen Teluk Intan menyampaikan ucapan.

ADUN Changkat Jong turut menyampaikan ucapan.


Kemudian disusuli pula oleh ucapan wakil-wakil rakyat iaitu Ahli Parlimen Teluk Intan YB Manogaran dan ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin. Turut hadir ialah ADUN Hutan Melintang YB S. Kesavan, Setiausaha BPPN Perak Dr. Muhaimin Sulam dan Ketua DHPP Teluk Intan Sdr. Hacharan Singh.


Band Budak Sembahyang ...


Di samping dihidangi dengan pelbagai jenis juadah, para pengunjung juga turut dihiburkan dengan persembahan 'live band' yang digelar Band Budak Sembahyang (2BS). Persembahan mereka telah menarik perhatian orang ramai dengan lagu-lagu berunsur ketuhanan dan lagu raya.
Pakcik Ismail Karipap berceloteh...masih menyengat lagi

Selain itu, para pengunjung dihiburkan denga celoteh seorang bekas peserta Bakat TV 1979, Pakcik Ismail Karipap. Beliau turut mengalunkan sebuah lagu yang penuh dengan unsur jenaka dan sindiran.

Akhir sekali, tetamu jemputan khas Naib Presiden PAS, YB Dato' Mahfuz Omar telah menyampaikan ucapan yang menyebabkan orang ramai tidak berganjak mendengar ucapan beliau yang penuh maklumat serta isu-isu semasa negara.




Di samping itu, para tetamu khas juga telah mengambil kesempatan menunjukkan bakat masing-masing dalam acara menguli capati dan menebar roti canai. Acara tersebut telah menarik perhatian para pengunjung hari terbuka.

intanhijau.blogspot.com

Ahad, 16 September 2012

BIAR PAS JAGA MELAYU JIKA UMNO KALAH


KUALA LUMPUR: “PAS jaga Melayu jika Umno kalah di dalam PRU13, inilah jawapan untuk Datuk Seri Najib,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, Najib selaku Presiden Umno jangan duduk perasan Umno sahaja boleh menjaga Melayu.

“Sudah 55 tahun Umno diberi peluang bukan satu masa yang pendek tetapi terbukti Umno gagal menjaga Melayu. Melayu bukan diangkat martabat, sebaliknya bertambah merempat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, bukti PAS boleh menggantikan Umno untuk menjaga orang Melayu boleh dilihat rekod pemerintahan di Kelantan yang berjaya menjelaskan hutang lapuk BN sebanyak RM220 juta daripada  hutang peninggalan BN sebanyak RM718 juta.

Idris menambah, Negeri Kelantan berjaya diturunkan kadar kemiskinan daripada nombor 2 kepada 6.

“Sebelum Umno hendak mendabik dada mereka yang jaga Melayu, Umno tolong jawab terlebih dahulu tuduhan ini.

“Bukankah Umno yang menghilangkan 1.3 juta hektar tanah rezab Melayu selepas merdeka?” katanya.

Katanya lagi, Umno yang menyekat 118 projek ke Kelantan sejak 1991 (RMK6).

“Kenapa Umno yang berkuasa tidak menambah kerusi di Kelantan dan Terengganu pada PRU 2004?” tanya beliau lagi.

Beliau berkata, Umno mesti bertanggungjawab terhadap kehilangan saham bumiputera sebanyak RM52 bilion.

“Najib janganlah duduk ulang pita rakaman lama bila berhadapan pengundi Melayu, kononnya DAP yang akan dominan dalam PR manakala Soi Lek, Presiden MCA bila bercakap dengan orang Cina,  kata Pas  yang akan menguasai PR. Mana satu yang benar, atau kedua-dua pembohong besar” ujarnya.

Katanya, Umno hanya memainkan isu Melayu apabila sokongan politik semakin terhakis dengan meniupkan sentimen kononnya umno pembela Melayu.

Baginya, DAP dijadikan kambing hitam kononnya menindas Melayu dan Islam walaupun hakikatnya telah dibuktikan dengan fakta di Pulau Pinang, banyak projek diperolehi oleh kontraktor Melayu sedangkan yang menangis ialah kontraktor Umno  yang menjadi broker dan makan komisyen.

Faktanya, kata Idris kontraktor Melayu dapat 100% daripada nilai projek JPS dan 98% daripada nilai projek JKR yang di bawah kendalian kerajaan negeri.

Jeklas Idris lagi, ertinya Melayu mampu, yang tidak mampu hanya Melayu Umno.

“Peruntukan untuk Jabatan Agama Islam Pulau Pinang semasa zaman Umno hanya  RM12.5 juta telah meningkat zaman YAB Lim Guan Eng sebanyak RM64 juta (2012),” katanya.

Beliau menambah, hampir lima tahun DAP yang memerintah Pulau Pinang, tidak ada sebuah masjid dan surau diroboh sebaliknya ketika Umno memerintah Selangor, Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi, Surau al-Rahmah Seksyen 8, Surau Puchong Perdana ditutup manakala Masjid Bujal, Kemaman dan Surau Kampung Berembang Ampang diruntuh.(harakahdaily)

SELAMAT HARI MALAYSIA...SELAMATKAN MALAYSIA..JOM UBAH


RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PADANG TEMBAK MERIAH


TELUK INTAN, 15 September - Dua cawangan telah bergabung menjayakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri. Cawangan-cawangan tersebut ialah PAS Cawangan Kg. Padang Tembak dan PAS Cawangan Kg. Padang Tembak Dalam. Majlis telah diadakan di Markaz PAS Cawangan Kg. Padang Tembak dekat sini.


Kehadiran orang ramai ke majlis tersebut begitu menggalakkan di mana penduduk kampung telah datang beramai-ramai. Turut hadir ialah para ahli dan penyokong PAS serta beberapa orang tokoh agama di sekitar Teluk Intan. 

Menurut Ketua PAS Cawangan Kg. Padang Tembak, Ustaz Ismail Che Nik, pelbagai juadah telah disediakan secara gotong-royong oleh kedua-dua cawangan sejak semalam. Beliau yang juga merupakan Yang DiPertua PAS Kawasan Teluk Intan mengucapkan terima kasih atas sokongan para ahli dan orang ramai yang telah hadir ke majlis tersebut.

Di samping menyediakan pelbagai juadah menarik, kanak-kanak yang hadir juga turut diberi duit raya. Majlis rumah terbuka tersebut telah bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

Turut hadir ialah para pimpinan PAS Kawasan, DHPP serta pimpinan PAS cawangan-cawangan seluruh Teluk Intan.

intanhijau2.blogspot.com