JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Ahad, 9 September 2012

ISU PISTOL : TERSERAH KEPADA POLIS -




KUALA LUMPUR, 9 Sept — Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan pengawal peribadinya mengacu pistol kepada penyokong Barisan Nasional di Kampung Baru Rim, Melaka, semalam.
 
Ketua pembangkang itu berkata, polis perlu faham tentang keselamatan dan mempertahankan diri mengikut prosedur standard operasi (SOP).

“Sama ada dia lakukan untuk pertahankan diri mengikut SOP, polis boleh siasat. Mereka (pengawal peribadi) semuanya mempunyai permit,” beliau memberitahu wartawan di majlis rumah terbuka ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini.
Anwar mendakwa bas yang dinaiki dalam program Jelajah Merdeka Rakyat itu diserang oleh sekumpulan lelaki yang dikatakan beliau sebagai ahli Pemuda Umno.

Polis berpakaian biasa menahan pengawal peribadi beliau di tempat kejadian pada jam 3.15 petang. Polis dari Cawangan Khas juga turut berada di tempat kejadian.

Media tempatan melaporkan bas yang dinaiki Anwar sedang berhenti apabila sekumpulan lelaki cuba menghalangnya dari memasuki tempat anjuran dalam Jelajah Merdeka Rakyat. Pengawal peribadi itu kemudian keluar dari kereta dan mengacukan pistol ke arah kumpulan lelaki tersebut.

Anwar berkata tidak ada kumpulan lelaki yang menyerang basnya ditahan.

“Tidak ada dari mereka yang menyerang bas saya ditangkap,” katanya lagi.

“Ini menunjukkan betapa tidak bertanggungjawabnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menteri dalam negeri (Datuk Seri Hishamuddin Hussein),” katanya lagi.

“Mereka ini gangster yang disokong oleh Najib dan Hishamuddin,” dakwa beliau.

Anwar berkata, beliau mempunyai video dan gambar sebagai bukti bahawa kumpulan itu menyerang jelajahnya.

Sekurang-kurangnya empat laporan polis telah dibuat oleh pemuda Umno Jasin dan gerakan Belia 4B selepas kejadian tersebut.

Ketua polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, pengawal itu sedang ditahan untuk soal siasat.

“Biar kami menyiasat perkara ini, dan menentukan dia menunjukkan senjata kepada orang awam, atau mahu melindungi orang. Dia mungkin terkeluar senjatanya dan tidak sengaja menunjukkan kepada orang ramai,” katanya yang dipetik dari News Sunday Times.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan