JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Jumaat, 14 September 2012

Arak: Pemuda PAS WP ucap tahniah kepada Ning


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memuji langkah Ning Baizura kerana telah menarik diri dari mengadakan konsert anjuran sebuah syarikat arak, Guinness yang akan diadakan pada 28 September ini.

“Penarikan diri Ning Baizura ini bertepatan dengan syariat Islam yang tidak membenarkan sebarang hubungan dengan arak sama ada secara langsung atau tidak,” kata ketuanya, Kamaruzaman Mohamad.

Jelasnya, Islam tidak melarang umatnya mencari rezeki melalui apa cara sekalipun namun ianya hendaklah bertepatan dengan kehendak syarak.

Beliau memetika hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Diriwayatkan daripada Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak; orang yang memerah arak, orang yang diminta arak diperah untuknya, orang yang meminumnya, orang yang membawanya, orang yang meminta dibawa arak kepadanya, orang yang memberi minum arak kepada orang lain, orang yang menjual arak, orang yang mendapat hasil daripada arak, orang yang membeli arak, orang yang meminta dibelikan arak untuknya".

Kamaruzaman berkata, DPPWP juga menyeru kepada semua artis terutamanya yang beragama Islam supaya mencontohi dan mengikuti jejak langkah Ning Baizura untuk tidak melibatkan diri dalam mana-mana program anjuran mana-mana syarikat arak.

Beliau menambah, para artis seharusnya lebih peka dan sensitif terhadap isu ini apatah lagi bagi mereka yang beragama Islam.

“Pintu rezeki mereka tidak akan tertutup semata-mata kerana menolak tawaran daripada syarikat arak ini selagi mana tidak bercanggah dengan syariat Islam. Apa yang penting adalah keberkatan sebuah rezeki,” ujarnya.(harakahdaily)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan