JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Isnin, 3 September 2012

ADUN CHANGKAT JONG MENYAMPAIKAN HADIAH BOLA SEPAK TUJUH SEBELAH


TELUK INTAN, 2 September - Kebanyakan program anak muda di sekitar kawasan DUN Changkat Jong jarang tidak di hadiri oleh ADUNnya YB Hj. Mohd. Anuar Sudin. Walaupun mempunyai jadual yang ketat, beliau akan tetap cuba menghadirka diri ke program anak muda.

Baru-baru ini, YB Anuar telah menghadiri ke majlis penyampaian hadiah dalam Pertandingan Bola Sepak Tujuh Sebelah para remaja di Lorong Masjid Dalam, Kg. Bahagia dekat sini. Sebelum itu, YB Anuar telah menghadiri ke Majlis Jamuan Raya MTD Kg. Gajah di pekan Kg. Gajah. Oleh itu, beliau hanya sempat hadir ke majlis penyampaian hadiah kepada para pemain.
YB Anuar bersama Hj. Mohamad Akram, PA ADUN.

Para pemain sedang berehat.


Turut hadir sama ialah Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan, Sdr. Rahmat Maliki, Pembantu Khas YB Hj. Mohamad Akram Mohd. Ayub serta Ketua Pemuda PAS Cawangan Kg. Bahagia.

Kehadiran ADUN Changkat Jong telah disambut mesra oleh para pemain dan pegawai pertandingan. Majlis bermula dengan ucapan aluan oleh YB Anuar. Di dalam ucapan, beliau mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur yang telah mengadakan program yang melibatkan anak muda sebagai memenuhi masa lapang yang berfaedah. Tambah beliau, bersukan seperti bermain bola sepak adalah salah satu aktiviti yang berfaedah serta dapat menyihatkan badan.
Sdr. Esma mempengerusikan majlis.

YB Anuar Sudin menyampaikan ucapan.

YB Anuar Sudin menyampaikan sumbangan kepada wakil penganjur.

Kemudian, YB Anuar telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Beliau juga sempat bergambar bersama-sama dengan para pemain. Pihak Pemuda cawangan juga memberikan sumbangan kepada pihak penganjur melalui ketuanya iaitu Sdr. Mohd. Esma Hafiz.




intanhijau2.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan