JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Rabu, 19 September 2012

HARI TERBUKA AIDILFITRI PAKATAN RAKYAT TELUK INTAN BERJAYA DAN MERIAH


TELUK INTAN, 17 September - Pakatan Rakyat Parlimen Teluk Intan yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP telah berjaya mengadakan Majlis Hari Terbuka Aidilfitri baru-baru ini.  Program telah diadakan di Padang Awam Taman Karentina, Batak Rabit dekat sini.


Ini adalah julung kalinya, majlis sebegini diadakan dan sambutannya begitu meriah sekali dengan kehadiran warga Teluk Intan pada hari tersebut. Majlis yang bermula jam 10 pagi hingga 2.00 petang telah menerima kunjungan tidak putus-putus dalam kalangan orang ramai yang hadir.

Pelbagai juadah istimewa seperti lontong, nasi impit, capati, roti canai, aiskrim dan lain-lain telah disediakan untuk para orang ramai yang hadir dalam pelbagai bangsa dan keturunan. Tidak kira sama ada tua atau muda, Melayu, India dan Cina telah hadir.
Ustaz Ismail menyampaikan ucapan.

Ketua Cabang PKR, Hj. Mohamad Hashim menyampaikan ucapan.
Majlis dimulai dengan ucapan para tetamu jemputan khas. Ia dimulai dengan ucapan oleh Yang Di Pertua PAS Kawasan Teluk Intan Ustaz Haji Ismail Che Nik dan diikuti Ketua Cabang PKR Teluk Intan, Tn. Hj. Mohamad Hashim. Kedua-dua pemimpin parti PR tersebut telah mengalu-alukan kehadiran orang ramai serta mengucapkan terima kasih tas segala kerja sama yang diberikan oleh para ahli dan penyokong sehingga majlis tersebut telah diadakan dengan jayanya.
Ahli Parlimen Teluk Intan menyampaikan ucapan.

ADUN Changkat Jong turut menyampaikan ucapan.


Kemudian disusuli pula oleh ucapan wakil-wakil rakyat iaitu Ahli Parlimen Teluk Intan YB Manogaran dan ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin. Turut hadir ialah ADUN Hutan Melintang YB S. Kesavan, Setiausaha BPPN Perak Dr. Muhaimin Sulam dan Ketua DHPP Teluk Intan Sdr. Hacharan Singh.


Band Budak Sembahyang ...


Di samping dihidangi dengan pelbagai jenis juadah, para pengunjung juga turut dihiburkan dengan persembahan 'live band' yang digelar Band Budak Sembahyang (2BS). Persembahan mereka telah menarik perhatian orang ramai dengan lagu-lagu berunsur ketuhanan dan lagu raya.
Pakcik Ismail Karipap berceloteh...masih menyengat lagi

Selain itu, para pengunjung dihiburkan denga celoteh seorang bekas peserta Bakat TV 1979, Pakcik Ismail Karipap. Beliau turut mengalunkan sebuah lagu yang penuh dengan unsur jenaka dan sindiran.

Akhir sekali, tetamu jemputan khas Naib Presiden PAS, YB Dato' Mahfuz Omar telah menyampaikan ucapan yang menyebabkan orang ramai tidak berganjak mendengar ucapan beliau yang penuh maklumat serta isu-isu semasa negara.




Di samping itu, para tetamu khas juga telah mengambil kesempatan menunjukkan bakat masing-masing dalam acara menguli capati dan menebar roti canai. Acara tersebut telah menarik perhatian para pengunjung hari terbuka.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan