JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Ahad, 20 Julai 2014

SUMBANGAN AIDIL FITRI PAS TELUK INTAN


TELUK INTAN, 20 Julai - Aidil Fitri bakal menjelang tidak lama lagi. Namun begitu, nasib golongan yang tidak mampu dan anak yatim tidak dilupakan. Maka, dalam rangka memasyarakatkan PAS, beberapa aktiviti berupa kebajikan telah diadakan sempena menyambut Syawal.

Di Taman Cicely, PAS Cawangan Batu 3 Cicely bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan telah menyampaikan sumbangan raya kepada beberapa orang penduduk di sekitar Taman Cicely, Taman Panglima dan Taman Ikhlas. 
Ustaz Rijal sedang menyampaikan sumbangan.

Sumbangan rumah ke rumah telah diserta Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan, Ustaz Rijal Abu Bakar, Naib Ketua Cawangan Sdr. Rahmat Maliki serta beberapa orang ahli jawatankuasa Pemuda Kawasan dan cawangan. Kebanyakan penerima adalah ibu tunggal tunggal, miskin dan anak yatim. Sumbangan terdiri daripada beras, gula, minyak masak dan susu serta duit raya.

Di Kg. Bahagia pula, PAS Cawangannya telah mengadakan majlis penyampaian sumbangan kepada golongan kurang mampu dan anak yatim di sekitar kampung tersebut. Menurut Ketua PAS Cawangan Kg. Bahagia, Sdr. Samsudin Mahmood, seramai 58 orang fakir miskin dan 42 orang anak yatim menerima sumbangan hari raya berbentuk barangan keperluan harian. 

Mohd. Azhar Rafiei menyampaikan sumbangan kepad seorang anak yatim.


Majlis telah diadakan di Dewan Terbuka Markaz PAS Kg. Bahagia telah dihadiri Naib Yang DiPertua PAS Kawasan, Hj. Mohd. Azhar Mohd. Rafiei. Beliau juga berpeluang menyampaikan ucapan serta menyampaikan sumbangan.
Sdr. Anuar Yahya menyampaikan ucapan.
Hj. Mohd. Azhar menyampaikan ucapan mewakili PAS Kawasan Teluk Intan.

Sementara itu, di Taman Desa Aman, majlis penyampaian sumbangan raya turut diadakan oleh PAS Cawangan Desa Aman. Menurut Ketua PAS Cawangan, Sdr. Anuar Yahya, majlis telah diadakan di Surau Ubudiah di mana yang mana seramai 34 ibu tunggal dan 31 anak yatim menerima sumbangan raya serta duit raya. Di dalam ucapan, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang yang menjayakan majlis buat tahun kelima berturut-turut.

Sementara itu, Naib Yang DiPertua PAS Kawasan, Hj. Mohd. Azhar Mohd. Rafiei telah mengingatkan semua hadirin supaya di dalam kegembiraan menyambut Syawal nanti agar tidak lupa kepada saudara seIslam di Gaza yang telah berhadapan kekejaman tentera Israel.
Ustaz Ismail menyampaikan sumbangan kepada anak yatim.
Seorang wanita menerima sumbangan daripada Ustaz Abdul Fatah.

"Bersyukurlah kepada Allah kerana kita masih lama dalam suasana aman dengan kita tidak melupakan rakyat Palestin khususnya Gaza sentiasa dalam keadaan bahaya. Doakanlah kesejahteraan dan kekuatan agar mereka," jelas beliau.

Turut hadir ialah Yang DiPertua PAS Kawasan, Ustaz Ismail Che Nik yang telah diberi peluang menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim. Selepas itu, ahli jawatankuasa PAS Kawasan Ustaz Abdul Fatah Awang turut menyampaikan sumbangan kepada golongan fakir miskin

Kemudian, Ustaz Ismail telah memimpin majlis tahlil sebelum berbuka puasa.

intanhijau.blogspot.com

Ahad, 13 Julai 2014

STREET DAKWAH DAN IFTAR DI DATARAN MENARA CONDONG TELUK INTAN



TELUK INTAN, 12 Julai - Menyedari akan tanggungjawab menyampaikan dakwah kepada masyarakat memerlukan pendekatan yang kontemporari maka Lujnah Dakwah PAS Kawasan Teluk Intan dengan kerjasana Lujnah Dakwah Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan telah menganjurkan Street Dakwah dan Iftar di Menara Condong Teluk Intan bersempena bulan Ramadhan.
Berbuka puasa.
Mengambil wudhu.
Menurut Ketua Pemuda, Ustaz Rijal Abu Bakar, program berkonsepkan dakwah dan santai tersebut telah dimulai dengan majlis berbuka puasa di tepi menara yang menjadi mercu tanda bandar Teluk Intan. Masing-masing membawa juadah dan berbuka bersama-sama sambil bersantai.

"Ia merupakan satu cara bagi pihak Pemuda khususnya untuk mempamerkan berbuka dan solat itu amat mudah yang tidak memerlukan persiapan yang berlebihan," kata beliau.

"Sekiranya mendapat permintaan, program street dakwah ini akan kami teruskan pada bulan-bulan selepas Ramdhan," tambah beliau lagi.

Solat Maghrib telah dilaksanakan dengan menunjukkan cara berwudhu yang hanya menggunakan sebotol air.

Program tersebut diteruskan lagi dengan mengerjakan solat Isya berjemaah. Ketika itu, bilangan yang menyertai solat berjemaah semakin ramai terutamanya di kalangan aanak-anak muda.

Kemudian, solat tarawih sebanyak lapan rakat serta solat witir telah dilaksanakan yang dipimpin oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Perak. Semasa solat, para jemaah solat hanya menggunakan kertas surat khabar, kertas kotak dan tikar bagi menggantikan tikar sejadah.

intanhijau.blogspot,com

WARGA TELUK INTAN SUARA BANTAHAN KEGANASAN ISRAEL KE ATAS GAZA



TELUK INTAN, 12 Julai - Serangan terbaru oleh pihak regim Israel ke atas Gaza telah menimbulkan reaksi kemarahan di kalangan umat Islam seluruh dunia. Rasa simpati tersebut turut dirasai oleh umat Islam di Teluk Intan.

Oleh itu, pada hari Jumaat lalu, satu himpunan aman tanda solidariti Gaza telah diadakan selepas solat Jumaat. Himpunan solidariti tersebut telah diadakan di perkarangan Masjid As Saadah, Kg. Bahagia dekat sini.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS kawasna, Sdr. Esma menyampaikan ucapan.
Ustaz Abdul Fatah memimpin bacaan doa.

HImpunan telah diisi dengan beberapa ucapan penuh bersemangat oleh beberapa orang pemimpin. Kesemuanya mengutuk dengan keras akan tindakan tiada berperikemanusiaan tentera regim Israel ke atas Gaza yang mengakibatkan puluhan jiwa terkorban termasuk kanak-kanak dan wanita. Himpunan juga mendesak pihak kerajaan Malaysia supaya mengenakan tindakan diplomatik atas kerajaan Israel.

Doa qunut nazilah telah dibacakan dengan penuh perasaan oleh Ketua Lujnah Dakwah PAS Kawasan Teluk Intan, Ustaz Abdul Fatah Awang. Himpunan di akhiri dengan Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Teluk Intan, Sdr. Rahmat Maliki membaca resolusi himpunan antaranya himpunan mengutuk sekeras-kerasnya penindasan regim Israel ke atas rakyat Palestin serta menyatakan rasa kecewa akan sikap membisu OIC terhadap isu tersebut.

intanhijau.blogspot.com.

PAKATAN RAKYAT TELUK INTAN MENJAYAKAN PROGRAM KEBAJIKAN SEMPENA RAMADHAN



TELUK INTAN, 12 Julai - Bulan Ramadhan merupakan bulan penuh keberkatan kepada umat Islam. Oleh itu, bulan ini diambil kesempatan oleh Pakatan Rakyat Teluk Intan menyantuni masyarakat di sekitar Teluk Intan serta meraikan umat Islam yang melakukan ibadah puasa.

Empat lokasi bazar Ramadhan telah menjadi lokasi yang diziarahi untuk mengedar kurma serta risalah. Antaranya ialah bazar Ramadhan di Kg. Bahagia, Selabak Luar, Padang Tembak dan di bandar Teluk Intan.
Di Bazar Ramadhan Kg. Bahagia.
Di Bazar Ramadhan Selabak Luar.

Di Bazar Ramadhan Padang Tembak.

Ziarah tersebut telah diserta oleh beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat seperti ADUN Pasir Bedamar YB Terence Naidu, bekas calon PRK Teluk Intan Sdri. Dyana Sofya serta pimpinan PAS dan PKR Teluk Intan.
Berbuka puasa di Masjid Nurul Hijrah.

ADUN Pasir Bedamar, Terence Naidu dan Dyana berbuka puasa di Masjid As Saadah Kg. Bahagia.
Apa yang menarik ialah setiap lokasi bazar yang dilawati akan disudahi dengan menyertai majlis berbuka puasa bersama orang ramai di masjid berhampiran. Antaranya, YB Terence Naidu dan Dyana Sofya sendiri berbuka puasa di Masjid As Saadah Kg. Bahagia dan Masjid Nurul Hijrah Taman Intan Mas.

Di sepanjang ke bazar ramadhan, orang ramai telah menerima dengan baik kehadiran pimpinan PR terutamanya dengan Dyana Sofya yang sentiasa menjadi tumpuan dan sentiasa memenuhi permintaan pengunjung bazar untuk bergambar bersama.

Turut bersama menjayakan ziarah tersebut ialah Dewan Pemuda PAS Kawasan, Unit Nisa' dan Ameerah Teluk Intan.

Bagi Sdri. Dyana sendiri apabila ditanya mengapa masih menemui pengundi, beliau dengan senang menyatakan bahawa walaupun telah kalah dalam PRK Teluk Intan yang lalu, beliau tetap meneruskan khidmat beliau di parlimen tersebut terutama menyantuni pengundi.
Naib Yang DiPertua PAS Kawasan, Hj Mohd Azhar bersama YB Terence dan Dyana menziarahi sebauh rumah di Kg. Tersusun Padang Tembak.
Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan menyampaikan sumbangan kepada seorang penduduk di Perumahan Awam.
Selain itu, PR Teluk Intan juga telah menyampaikan sumbangan sempena menyambut Aidil Fitri kepada golongan yang kurang mampu. Sumbangan telah disampaikan oleh Sdri Dyana Sofya, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Teluk Hj. Mohd. Azhar Rafiei dan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Pn. Robiatun Abas.

Rabu, 9 Julai 2014

RAMADHAN MAMPU MELAHIRKAN MUJAHID



TELUK INTAN, 9 Julai - Ramadhan merupakan bulan jihad. Seharusnya Ramadhan mampu melahirkan mujahid apabila bulan penuh berkat itu dilalui dengan penuh ketaqwaan. Demikian dinyatakan oleh ADUN Titi Serong, YB Ustaz Abu Bakar Husin semasa menyampaikan tazkirah sempena Program Ihya Ramadhan PAS Kawasan Teluk Intan baru-baru ini. Majlis telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak dekat sini.

Beliau yang juga merupakan mantan Pesuruhjaya PAS Perak telah menyampaikan tazkirah yang bertajuk 'Reformasi Ramadhan Dalam Kerangka Melahirkan Rijal Muttaqin'. Menurut beliau, puasa merupakan kombinasi daripada himpunan jasmani, emosi, sosial dan terapi. Selain itu, bulan itu juga merupakan satu madrasah yang mampu memberikan kekuatan kepada umat Islam khususnya kepada pejuang harakah Islamiyyah bagi membina rijal muttaqin.

"Salah satu strategi yang perlu difikirkan bagai Ramadhan itu ialah melahirkan mujahid dengan menafsirkan makna jihad dalam kerangka keutamaan yang kondusif dengan persekitaran. Ibrah daripada Perang Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan, tarbiyyah jamaah memberi keutamaan ke arah melahirkan rijal melalui pusat-pusat atau institusi tarbiyyah sedia ada.

"Perang Badar sendiri, dan juga puasa dengan segala instrumennya menjadi paksi haraki dalam melatih para mujahid," jelas beliau.

Menurut beliau lagi, di samping melahirkan mujahid, Ramadhan juga dari sudut haraki, mampu membina kekuatan ekonomi, membina kekuatan jati diri ahli serta dapat menggerakkan jentera politik dan pilihan raya dengan instrumen puasa, qiam dan perang Badar.

Program Ihya Ramadhan kawasan telah dihadiri pimpinan, ahli serta penyokong dari setiap cawangan seluruh Teluk Intan. Majlis telah bermula dengan tahlil, iftar jamai, serta bersolat sunat tarawih berjemaah. Ia diadakan setiap minggu di sepanjang bulan Ramadhan al Mubarak ini.

intanhijau.blogspot.com