JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Rabu, 9 Julai 2014

RAMADHAN MAMPU MELAHIRKAN MUJAHID



TELUK INTAN, 9 Julai - Ramadhan merupakan bulan jihad. Seharusnya Ramadhan mampu melahirkan mujahid apabila bulan penuh berkat itu dilalui dengan penuh ketaqwaan. Demikian dinyatakan oleh ADUN Titi Serong, YB Ustaz Abu Bakar Husin semasa menyampaikan tazkirah sempena Program Ihya Ramadhan PAS Kawasan Teluk Intan baru-baru ini. Majlis telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak dekat sini.

Beliau yang juga merupakan mantan Pesuruhjaya PAS Perak telah menyampaikan tazkirah yang bertajuk 'Reformasi Ramadhan Dalam Kerangka Melahirkan Rijal Muttaqin'. Menurut beliau, puasa merupakan kombinasi daripada himpunan jasmani, emosi, sosial dan terapi. Selain itu, bulan itu juga merupakan satu madrasah yang mampu memberikan kekuatan kepada umat Islam khususnya kepada pejuang harakah Islamiyyah bagi membina rijal muttaqin.

"Salah satu strategi yang perlu difikirkan bagai Ramadhan itu ialah melahirkan mujahid dengan menafsirkan makna jihad dalam kerangka keutamaan yang kondusif dengan persekitaran. Ibrah daripada Perang Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan, tarbiyyah jamaah memberi keutamaan ke arah melahirkan rijal melalui pusat-pusat atau institusi tarbiyyah sedia ada.

"Perang Badar sendiri, dan juga puasa dengan segala instrumennya menjadi paksi haraki dalam melatih para mujahid," jelas beliau.

Menurut beliau lagi, di samping melahirkan mujahid, Ramadhan juga dari sudut haraki, mampu membina kekuatan ekonomi, membina kekuatan jati diri ahli serta dapat menggerakkan jentera politik dan pilihan raya dengan instrumen puasa, qiam dan perang Badar.

Program Ihya Ramadhan kawasan telah dihadiri pimpinan, ahli serta penyokong dari setiap cawangan seluruh Teluk Intan. Majlis telah bermula dengan tahlil, iftar jamai, serta bersolat sunat tarawih berjemaah. Ia diadakan setiap minggu di sepanjang bulan Ramadhan al Mubarak ini.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan