JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Isnin, 22 Oktober 2012

BERPUASA PADA HARI WUKUF (25 OKT)

Lajnah Tarbiah Dan Perkaderan PAS Pusat mengarahkan supaya seluruh ahli PAS berpuasa pada Hari Wuquf tanggal 9 Zulhijah 1433 bersamaan 25 Oktober 2012 (Khamis). Pengarah Jabatan Tarbiah PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menjelaskan hari itu yang mempunyai kelebihan bagi mereka yang berpuasa sebagaimana sabda Rasulullah SAW. bermaksud "

Puasa Hari Arafah: Aku berharap
Allah menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun kemudiannya". (Riwayat Muslim)

Justeru, beliau meminta semua Lajnah Tarbiah Kawasan menyusun program dengan baik dan teratur di markaz atau tempat yang difikirkan perlu. Katanya tentatif program bermula sekitar jam 5.30 petang dengan bacaan surah Yaasin dan zikir munajat, diikuti iftar jamaie, solat Maghrib, takbir, tazkirah dan solat Isyak.

“Semoga program ini dapat menjana kekuatan ruhiah dan memohon restu Allah untuk menghadapi PRU13. Semoga Allah memberi kekuatan, kesihatan, keikhlasan, memantapkan ukhwah di kalangan petugas dan memberi hidayah kepada seluruh pengundi insya Allah,” ujarnya. (Hrkh)

Tiada ulasan:

Catat Komen