JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Isnin, 15 Oktober 2012

Dr Hasan Ali hanya sebagai alat Umno


KOTA BHARU: Kenyataan bekas seorang ahli PAS yang dipecat supaya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatan Mursyidul Am menjelaskan keadaan sebenar Datuk Dr Hasan Ali sebagai alat Umno.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, kenyataan bekas anggota Exco Selangor itu selari dengan kehendak Umno.

“Adakah beliau juga sudah menjadi alat Umno. Beliau tidak berhak buat desakan sebab sudah pun ditolak dan dipecat sebagai ahli PAS,” katanya pada satu kenyataan di sini.

Hasan dalam laporan media tajaan Umno semalam dilaporkan mendesak Mursyidul Am PAS berundur dan menyerah jawatan kepada timbalannya, Datuk Dr Harun Din.

Kenyataan itu juga diulas seorang lagi bekas pemimpin PAS, Datuk Nakhaie Ahmad dengan menyatakan sokongan kepada saranan Hasan.

Dr Mohamed Fadzli yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, tindakan Hasan cuba melagakan Mursyidul Am dan timbalannya dianggap sebagai suatu tindakan yang berniat jahat.

“Mursyidul Am PAS mendapat sokongan padu ahli-ahli dan penyokong PAS. Keputusan untuk bersama Pakaran Rakyat adalah keputusan bersama PAS Pusat.

“Kami ingin berterus terang bahawa ahli PAS kesal dan terguris hati dengan tindakan Dr Hasan Ali. Beliau patut ingat budi PAS padanya.

“Baru masuk PAS terus diberi kepercayaan menjadi Naib Presiden, menang dua kerusi Dun dan Parlimen serentak atas tiket PAS, kemudian pegang Exco juga atas tiket PAS, namun hari ini mengambil sikap bermusuh pula dengan PAS,” katanya.(harakahdaily)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan