ALOR SETAR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak 
menegaskan tiada sebab untuk sesiapa mempertikaikan tema sambutan Hari 
Kebangsaan 'Janji Ditepati' kerana ia merupakan asas yang mulia.
Beliau berkata 'Janji Ditepati' merupakan prinsip dalam agama Islam, 
sesuatu yang universal dan sebagai orang Islam, perlu untuk mengikat 
janji.
"Tiada sebab untuk pertikai tema ini melainkan orang itu tak biasa 
tunaikan janji. Saya akan pertahan prinsip ini sebagai teras asas yang 
mulia.
"Janji dengan Allah adalah yang terbesar. Janji sesama manusia, orang
 akan percayakan kita kalau janji itu ditunaikan," katanya ketika 
berucap pada Majlis Aidilfitri 1Malaysia Bersama Perdana Menteri di 
perkarangan Stadium Darul Aman di sini Khamis.
Perdana Menteri berkata soal janji juga bukanlah terhad kepada 
kerajaan atau wakil rakyat semata-mata, malah rakyat biasa turut perlu 
berjanji.
Najib berkata sekiranya mahukan negara aman, stabil dan bertambah 
makmur, rakyat mesti berjanji untuk menyumbang kepada keamanan dan 
kemakmuran.
"Semua pihak ada janji masing-masing, pada Allah, manusia dan 
kerajaan, maka manusia akan bertambah maju dan berjaya. Sebagai kerajaan
 kalau berjanji, perlu ditunaikan," katanya.(mstaronline)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan