JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Selasa, 23 Disember 2014

PAS BATU TIGA CICELY ZIARAH SAUDARA BARU



TELUK INTAN, 22 Disember - PAS bukan sekadar sebuah badan politik malah ia juga merupakan sebuah badan dakwah dan tarbiyah. Menyedari akan tanggungjawab tersebut, PAS Cawangan Batu Tiga Cicely telah menyantuni seorang saudara baru dengan menziarahi di rumahnya di Taman Cicely dekat sini.

Rombongan ziarah tersebut telah diketuai oleh Ketua Cawangan Sdr. Ahmad Kabir Mahdin. Turut serta ialah Naib Ketua Cawangan Sdr. Rahmat Maliki, Ketua Jawatankuasa Muslimat Cawangan Pn. Hjh Rokiah Azian serta Ketua Penerangan Cawangan Sdr. Najib Masuri. Saudara baru tersebut merupakan seorang pemuda yang bernama Muhammad Adam bin Abdullah, 26 tahun.



Menurut Sdr. Ahmad Kabir, usaha menyantuni saudara baru ini adalah merupakan satu langkah pihak parti untuk mengeratkan silaturahim serta berhasrat membimbing dan membantu Sdr. Muhammad Adam dalam hal kebajikan dan memastikan mendapat bimbingan ilmu agama secukupnya.

Bagi Sdr. Muhammad Adam atau nama lamanya Logeswaran a/l Ganesan, kehadiran wakil PAS cawangan tersebut amat dialu-alukan apatah lagi dalam keadaan diri beliau yang masih baru dalam Islam pasti memerlukan sahabat-sahabat yang dapat membimbing beliau terutama di dalam memahami agama Islam itu sendiri.

Kini beliau tinggal bersama keluarga yang terdiri daripada bapa, ibu dan adik perempuan yang masih lagiu beragama Hindu. Namun begitu menurut beliau, beliau langsung tidak bermasalah untuk melakukan ibadat seperti solat.

"Kadang-kadang, apabila saya solat di rumah keluarga saya akan memperlahankan bunyi televisyen. Pernah juga saya digerak oleh ibu saya untuk solat Subuh," ujar beliau.

Apabila ditanya mengapa memilih agama Islam, Muhammad Adam berkata bahawa sejak kecil lagi beliau telah berkawan dengan orang Melayu. Namun, yang menyebabkan beliau tertarik dengan Islam ialah persaudaraan yang wujud dalam kalangan penganutnya.

"Saya lihat,  kawan-kawan saya apabila bergaduh tetapi selepas mereka mengerjakan solat mereka kembali bersalaman dan berkawan semula," tambah beliau lagi.

Kini beliau rajin solat berjemaah di surau sambil mengikuti pengajian ilmu. Beliau amat berharap mendapat bimbingan daripada saudara-saudara seislam. Beliau juga berazam akan menjadi seorang muslim yang baik.

intanhijau.blogspot.com

Khamis, 18 Disember 2014

NILAI RINGGIT TURUN : Apa Najib Buat ?



HARGA minyak mentah dunia jatuh begitu ketara. Harga WTI telah jatuh kebawah USD55 dan Brent telah jatuh sehingga USD60 semalam. Setiap negara dan kerajaan telah mengambil tindakan yang pantas dan setiap negara telah mengumumkan cara dan kaedah tindakan mereka dalam menghadapi masalah yang terbesar yang dihadapi dunia dalam isu ini.

Australia telah membuat ‘adjustments’ terhadap angka-angka belanjawannya mengikut situasi sekarang ini. Begitu juga Britain dan banyak negara lain yang juga bertindak pantas menghadapi masalah ekonomi yang begitu mendesak bagi dunia hari ini. Pendeknya banyak negara mengambil initiatif yang agresif untuk mengekang masalah yang mungkin dihadapi oleh negara masing-masing.

Menteri Kewangan masing-masing bersama dengan Gabenor Bank Pusat mereka telah mengumumkan berbagai-bagai initiatif untuk menghadapi ‘consequence’ buruk yang mempengaruhi ekonomi negara  mereka.

Malaysia tidak terlepas daripada menghadapi masalah ini dan yang jelas kita mempunyai masalah yang ‘compounding’ dengan kejatuhan nilai ringgit berbanding dengan matawang negara asing termasuk dengan dollar Singapura dan Brunei. Beberapa hari yang lepas dalam pasaran wang antarabangsa harga ‘spot prices’ ringgit telah jatuh ke tahap melepasi 3.50 dollar bagi setiap ringgit kita.

Ringgit jatuh begitu mendadak berbanding dengan dollar Singapura dan ini amat menjejaskan ekonomi negara lebih-lebih lagi dalam perdagangan. Sebagai sebuah ‘trading nation’ Malaysia bakal menghadapi atau telah pun menghadapi masalah besar jika keadaan sebegini berterusan dalam beberapa bulan lagi.

Tetapi apa yang agak membimbangkan kita belum lagi mendengar atau diberitahu apakah perancangan kerajaan bagi menghadapi masalah yang begitu ‘imminent’ yang akan kita hadapi itu. Sama ada daripada Tan Sri Zetti, Gabenor Bank Negara mahu pun daripada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, tiada apa-apa yang telah diumumkan kaedah menghadapi masalah besar negara kini.

Kita mahu mendengar apakah tindakan secara ‘organic’ dan ‘real’ serta praktikal dalam menghadapi masalah ekonomi sekarang ini. Ini merupakan cabaran kepada PM Najib yang selama ini begitu mengambil mudah dalam menguruskan kewangan dan ekonomi negara. “Najib is going through the mills now” kata seorang ahli akademik dari universiti tempatan dan beberapa pandangan daripada pemimpin ekonomi dunia yang kita baca akhir-akhir ini.

Yang kita dengar sekarang ini adalah kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan yang tidak dihiraukan oleh orang ramai. Kenyataannya bukan kenyataan yang menyenangkan melainkan kenyataan yang berunsurkan politik semata-mata. Kita tahu Ahmad Maslan bukan ahlinya untuk bercakap tentang isu ekonomi kerana beliau hanyalah dianggap ramai sebagai ‘conduit’ kepada pemimpin politik yang berkuasa sahaja.

PM Najib sepatutnya jangan membiarkan Ahmad Maslan bercakap tentang isu ekonomi kerana ia akan hanya membuatkan rakyat ramai bertambah berkurang keyakinan mereka terhadap kerajaan yang sudah tersedia dengan krisis keyakinan yang amat ketara itu.

Kita tunggu dan tunggu apakah perancangan yang sedang hendak dilakukan oleh pemimpin kita. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Khamis, 11 Disember 2014

MUSLIMAT PAS TELUK INTAN HANTAR MEMORANDUM AUTO 21



TELUK INTAN, 11 Disember - Menyedari akan masih ramai lagi rakyat negara ini khususnya yang telah mencapai umur 21 tahun masih belum mendaftar sebagai pengundi maka Dewan Muslimat PAS Kawasan Teluk Intan telah mengorak langkah proaktif dengan menghantar memorandum menyokong akan saranan pendaftaran pengundi secara automatik.

Memorandum Auto21 tersebut telah diserahkan kepada ahli parlimen Teluk Intan Datuk Mah Siew Keong di Pejabat Parti Gerakan dekat sini. Turut mengiringi ialah beberapa orang ahli jawatankuasa Dewan Pemuda Kawasan Teluk Intan.






Menurut ketuanya, Puan Robiatun Mohd. Abas, gerakan menghantar memorandum itu merupakan satu arahan Dewan Muslimat Negeri Perak. Setiap dewan muslimat kawasan akan menghantar memorandum kepada setiap ahli parlimen di kawasan masing-masing.


Beliau berkata, antara isi memorandum tersebut ialah Auto 21 merupakan cara mengatasi masalah kalangan rakyat Malaysia yang layak yang tidak mendaftar. Ia juga merupakan satu langkah praktikal pendidikan celik politik dalam kalangan anak-anak muda negara ini.

"Lagipun, sistem pendaftaran pengundi secara automatik itu telah dberjaya dilaksanakan di beberapa buah negara seperti Argentina, Australia, Kanada dan Perancis, " tambah beliau.






"Kita juga berpendapat antara rasional Gerakan Auto 21 ini ialah dapat mengurangkan tugas pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang selama ini masih menemui jalan buntu untuk memastikan rakyat negara ini mendaftar sebagai pengundi apabila mencapai umur 21 tahun, " ujar beliau.


Pihak Dewan Muslimat Kawasan katanya, amat konsisten dengan saranan tersebut dan berharap agar Gerakan Auto 21 tersebut dapat menyedarkan rakyat.

Dalam pertemuan dengan ahli parlimen Teluk Intan Datuk Mah Siew Keong di pejabatnya, pihak Dewan Muslimat telah menyatakan hasrat memorandum tersebut dan telah diterima dengan baik. Malah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga memberikan respon positif dengan bersetuju bahawa usaha ini adalah demi kebaikan rakyat dan sistem demokrasi di negara ini.

intanhijau.blogspot.com

Sabtu, 6 Disember 2014

Nakhoda lebih tahu kenapa henti kapal di tengah lautan



PERMATANG PAUH: Nakhoda kapal lebih tahu kenapa memberhentikan kapal di tengah lautan tanpa bertindak memberhentikan enjinya, kata Setiausaha Majlis Syura Uamak PAS, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Beliau menyatakan demikian ketika menyampaikan ucapan bertajuk Memahami Konsep Syura Dan Aplikasinya Dalam Perjuangan Islam dan seterusnya merasmikan Ijtimak Tarbawi 4.0 di Yayasan An-Nahdhoh, dekat sini malam tadi.

Katanya, sebagai seorang nakhoda yang diamanahkan membawa kapal tentunya berilmu dalam pelayaran dan anak kapal jangan pula memandai-mandai meninggikan suara kononnya mahu membetulkan keadaan.

"Nakhoda lebih arif tentang pelayaran. Dia bertindak mengikut ilmu yang ada padanya, bukan disebabkan merasa bangga apabila dilantik menakhodakan kapal tetapi berpandukan ilmu yang dipelajari. Maklumlah mungkin ada batu besar yang menunggu di hadapan," jelasnya.

Menurutnya, semasa nakhoda bertindak begitu maka ada dalam kalangan anak kapal bertindak pula menebuk lubang kononnya kecewa hasil kelakuan nakhoda yang dianggap sudah 'pening' dan tidak layak menakhodakan kapal besar.

Tambahan pula, apabila di hadapan ada ribut besar yang menanti mungkin bagi anak kapal peluang untuk menempuhnya terlalu sukar.

Nakhoda katanya, berhak memberhentikan kapal sambil mematikan enjin, adakalanya menghentikan kapal sahaja tanpa mematikan enjin.

"Jangan ditanya adakah tindakan nakhoda itu betul atau salah sebab kepandaian ada padanya. Kita sebagai anak kapal laksanakan kerja saja," ujarnya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Hadir sama dalam program anjuran Lajnah Tarbiyah Pemuda PAS Malaysia ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, timbalan dan naibnya, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ir Khairil Nizam Khirudin dan Pengetua An-Nahdhoh, Ustaz Mutalib Maarof. - HARAKAHDAILY 6/12/2014

Khamis, 4 Disember 2014

PAS desak Najib bertindak pertahan nilai ringgit



KUALA LUMPUR: Kejatuhan harga minyak mentah dunia turut menyumbang kepada kejatuhan nilai ringgit berdasarkan konsep permintaan dan penawaran, selain faktor sentimen dan persepsi di kalangan pelabur.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad, menegaskan sebagai negara tunggal dalam mengeksport minyak di seluruh Asia Tenggara, sentimen dan persepsi terhadap Malaysia akan jatuh, ditambah dengan hutang negara yang semakin membengkak.

"Apabila harga minyak mentah menjunam, hasil negara akan berkurangan selain hutang kerajaan yang bertambah. Maka ia akan menyebabkan persepsi dan sentimen terhadap negara jatuh apabila mereka mula menolak untuk berurusniaga dalam nilai ringgit," tegas beliau pada satu sidang media di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Begitu juga penggantungan nilai mata wang itu, katanya berdasarkan konsep permintaan dan penawaran yang jelas akan terjejas apabila tiada pihak yang mahu berurusniaga dengan Malaysia.

Katanya, sekiranya permintaan terhadap Ringgit Malaysia tinggi, maka nilai mata tinggi, dan begitu juga sebaliknya.

Sehubungan itu, beliau mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbuat sesuatu bagi memastikan nilai mata wang dipertahankan, selain mengawal perbelanjaan dan hutang negara agar tidak terus culas dan membarah.

Dalam pada itu, beliau berkata biarpun harga minyak mentah dunia terus menjunam, ia bukanlah satu petanda baik bagi Malaysia yang merupakan negara pengeluar minyak di Asia Tenggara.

Malah, kejatuhan harga minyak mentah dunia itu menyebabkan negara berisiko untuk kehilangan hasil negara, yang kini sudah mencecah RM25 bilion.

Dzulkefly menegaskan keadaan itu bertambah rumit dengan hutang kerajaan yang terus membengkak, di samping pelbagai keberantakan sosio-politik di garis etnik dan agama muktahir ini.

"Ketika orang ramai gembira dengan penurunan harga minyak mentah dunia itu, ia berbeza dengan Malaysia yang disifatkan sebagai negara pengeksport minyak, yang sudah tentunya akan memberi kesan rantaian ke atas hasil negara," kata beliau.

Sekalipun RON95 dan RON97 telah diturunkan, katanya rakyat tidak teruja dengan keadaan itu kerana harga diesel dinaikkan 3 sen ekoran kejatuhan minyak mentah dunia ke paras $68 se tong.

"Ramai sangsi bagaimana kira-kira dibuat tentang harga runcit, di mana pada penurunan minyak mentah 40 peratus sejak September lalu, dari $115 kepada $70, penurunan hanya pada takuk 1.7 peratus sahaja. Apakah dan bagaimanakah  apungan terkawal dilakukan kerajaan?" soal beliau.

Jelas Dzulkefly, harga runcit ditentukan oleh Mean of Platt Singapore (MOPS) yang memasukkan kos operasi sebanyak 9.54 sen, 5 sen keuntungan syarikat minyak, 12.19 sen keuntungan stesyen minyak dan 5 sen Alpha yang berperanan sebagai penimbal, yang kesemuanya berjumlah 31.77 sen.

Tambah Dzulkefly, jika dilihat kepada mekanisme MOPS ini, kerajaan dilihat memberi jaminan keuntungan kepada syarikat-syarikat dan stesyen-stesyen minyak, bagaimanapun tidak memberi jaminan kepada rakyat.

Sehubungan itu, tegas Dzulkefly sebagai sebuah negara pengeluar minyak, Malaysia disarankan agar mewujudkan aras tanda tersendiri yang menandingi MOPS seperti Brunei dan Saudi.

Sudah sampai masanya, kata beliau Malaysia yang berkeupayaan untuk menapis sendiri minyak memikirkan tanda aras tersendiri bagi mengelak ketidaktelusan tentang hitungan MOPS itu sendiri.

"Kita telah lama menggunakan MOPS, sedangkan keupayaan negara menapis minyak dan gas sudah melebihi 30 tahun, dengan stesyen penapisan di Port Dickson, Melaka, dan Terengganu," tegas beliau.

Ekoran itu, beliau turut mencadangkan kerajaan untuk menetapkan harga siling bagi minyak, bersesuaian dengan harga pasaran semasa.

Kerajaan juga, tambah Dzulkefly diminta memberi keizinan kepada syarikat-syarikat minyak yang beroperasi hingga ke rantaian runcit supaya boleh bersaing antara satu sama lain.

"Pengusaha stesyen minyak boleh menawarkan harga yang lebih rendah dari harga siling, yang mana boleh dilihat diamalkan di negara maju lain. Dengan cara ini, ia membolehkan satu persaingan di antara penguasaha minyak, selain memberi banyak pilihan kepada pengguna," kata beliau.

Malah, Dzulkefly berkata langkah tersebut dilihat tidak menyalahi undang-undang dan boleh diamalkan di negara ini. - HARAKAHDAILY 4/12/2014

Rabu, 3 Disember 2014

Artis masuk PAS bukan mahu jadi ustaz - Leman


 

KUALA LUMPUR: Leman Raja Lawak atau nama sebenarnya Sulaiman Ibrahim menjelaskan golongan artis menyertai PAS bukan kerana untuk menjadi ustaz atau ustazah sebaliknya ingin mendekati golongan ulama mendekati ajaran Islam.

Beliau ketika program CHit Chat anjuran MyHarakah Bazaar berkata, penglibatan golongan artis dalam PAS adalah kerana ini turut sama untuk berdakwah dan menyampaikan ilmu kepada orang lain.

"Walaupun artis ini bukan golongan ustaz atau ustazah tetapi ia mampu menarik orang ramai untuk mendekati dan mendengar apa yang kita sampaikan, ini merupakan satu dakwah.

"Apabila kita tidak daya untuk menbawa dakwah berat kita boleh bawa dakwah yang ringan, jadi usah dikecam apabila ada golongan artis yang berhijrah yang turut sama menyebarkan ilmu," katanya di pada sambutan ulang tahun PAS ke-63 di Kuala Kangsar.

Beliau menyatakan demikian sebagai menjawab gesaan Perwakilan Wanita Umno Kedah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang berucap pada Persidangan Wanita Umno yang lalu meminta kerajaan memantau kewujudan golongan 'ustaz' dan 'ustazah ekspres' terutama di dalam PAS.

"Saya tidak bersetuju dengan kenyataan Mashitah, kenyataan yang dikeluarkan tidak berasas langsung, perlu ditarbiyah semula.

"Kita sebelum ini bersetuju dengan beliau iaitu ketika belum menyertai Umno, tetapi sekarang tidak lagi kerana ia lari daripada konsep dakwah yang sebenar.

"Untuk berdakwah tidak semestinya seseorang itu mempunyai bergulung-gulung ijazah tetapi dengan sepotong ayat al-Quran pun sudah dikiran berdakwah," katanya.

Beliau yang meminta agar semua pihak memberi galakan kepada golongan artis yang telah meninggalkan dunia hiburan serta mendekati Islam dan bukannya menghentam tanpa asas yang kukuh.

Isnin, 1 Disember 2014

Bangang: Kepimpinan Najib sudah sampai tahap terendah



KUALA LUMPUR: Perkataan 'bangang' yang disebutkan oleh Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno, Sabtu lalu meletakkan kepimpinannya sudah sampai ke tahap terendah.

"Tandanya beliau sanggup menggunakan perkataan seperti 'bangang' dan sebagainya terhadap bloggers yang menyokong Umno sendiri kerana memberikan pandangan kritikan baik dan berguna untuk Umno," tulis Aspan Alias dalam blognya.

Menurutnya, jika sudah sampai ke tahap itu ia dengan jelas menunjukan Najib adalah dalam situasi 'desperation' yang sangat nyata.

"Najib akhirnya menembak ke kaki sendiri," tulisnya lagi.

Tulisan penuh Aspan sebagaimana di bawah.

Kali ini hendak sentuh tentang isu perubahan yang disebut dengan lantang oleh pimpinan UMNO terutamanya yang selalu disebut oleh Presidennya Najib Razak. Kita sudah sentuh cebisan apa yang perlu diubah dalam posting yang lepas tetapi jika Najib dan pimpinan UMNO itu serius hendak berubah, persoalan yang selanjutnya ialah siapa yang hendak melakukan perubahan itu.

Tidak siapa yang menentang pandangan Timbalan Presidennya yang perubahan itu mesti dilakukan, kerana jika tidak dilakukan rakyat akan mengubah UMNO itu. UMNO akan duduk di petak pembangkang dan jika itu berlaku UMNO tidak akan bangun lagi sampai bila-bila.

UMNO tidak akan bangun lagi, sekali gus mereka yang melaung dan berucap bergegar-gegar itu akan duduk di tepian sambil menjilat luka mereka sendiri. Semasa itu tiada siapa yang memandang UMNO lagi dan kita semua telah lihat apa yang terjadi kepada UMNO Selangor yang kini hanya tinggal seperti melukut di tepi gantang.

UMNO di Selangor 'diibaratkan jika ia datang tidak nampak mukanya dan jika ia pergi tidak nampak belakangnya'. 'Datangnya tidak dijemput perginya tidak disuruh'. Tiada siapa yang peduli walaupun telah pernah diminta supaya UMNO Selangor itu berubah. Tetapi tiada siapa yang percaya UMNO akan tumbang seperti itu dan sekarang baru masing-masing sedar yang mereka sudah dianggap tidak wujud lagi di bumi Selangor itu.

Sesungguhnya pimpinan UMNO sedar keadaan ini maka kita mendengar suara perubahan dan transformasi dan berbagai-bagai lagi istilah dan slogan besar-besar yang kita dengar diungkapkan oleh pimpinan UMNO itu.

Tetapi ia tetap dengan tahap lama, tiada perubahan dan tiada membawa apa-apa ‘consequence’ terhadap retorik besar itu. Rakyat telah memekakkan telinga mereka apabila mendengar ucapan dan kata-kata pemimpin UMNO dan membutakan mata dengan segala tindakan UMNO yang mereka sendiri mengaku sebagai tindakan yang baik untuk rakyat. Segala apa yang dilakukan oleh pimpinan UMNO hanya dianggap seperti angin yang lalu sahaja.

Pucuk pimpinan UMNO terutamanya sedang menghadapi krisis keyakinan yang tidak pernah dialami oleh parti itu selama ini. Dari segi moral dan teknikalnya UMNO sudah hilang segala-galanya. “UMNO is finished and done with” kata seorang perwakilan UMNO ke perhimpunan parti itu yang tamat pada Sabtu lepas. Katanya lagi UMNO hanya tinggal tubuh yang besar dan gemuk tetapi rohnya sudah mati. UMNO itu sudah tidak ada rohnya lagi. UMNO itu sudah tidak UMNO lagi pada hakikatnya. Ia wujud hanya pada zahirnya sahaja.

Parti ini sudah mengenepikan semua pimpinan yang berpotensi dan yang baik dan sekarang ia sedang sarat dengan mereka yang telah bersama-sama bertanggungjawab membawanya ke tahap yang kita rasakan hari ini. Tetapi kumpulan ini jugalah yang sedang melakukan segala-galanya untuk memperbaiki keadaan tetapi sentiasa menemui kegagalan.

Kita tidak tahu bagaimanakah cara kumpulan pimpinan yang sedang menghadapi krisis keyakinan ini boleh memperbaiki hasil perbuatan mereka sendiri. Mereka adalah kumpulan perosak parti dan jika kita masih mahukan mereka melakukan perubahan, ia hanya akan menjadikan keadaan dan situasi lebih buruk lagi. Memberikan mereka tanggungjawab untuk memperbaiki keadaan serupalah seperti tikus memperbaiki labu.
Mengekalkan tanggungjawab ini kepada mereka akan hanya mengekalkan persepsi yang kali ini merupakan penggal terakhir UMNO itu mentadbir negara. Jika ini kemahuan UMNO, pimpinan hari ini mesti berhenti menyalahkan sesiapa atau pihak-pihak lain jika UMNO sampai ke penghujung usianya dalam masa yang singkat ini. Yang pentingnya pimpinan parti ini jangan sekali-kali menyalahkan mana-mana pihak jika ia terjadi dan hanya mengambil dan mengakui yang kesalahan itu letaknya kepada mereka.

Selagi imej dan persepsi rasuah serta politik rasis dan extremis agama masih terlekat kepada parti ini, selagi itulah pimpinan hari ini tidak akan kekal lebih lama dari sekarang. UMNO mahukan imej baru dan imej baru ini hanya akan boleh diperolehi dari pimpinan baru, ‘and nothing less’.

Pimpinan Najib mesti mengambil kefahaman yang dimarahi rakyat sekarang ini ialah sifat menyalahkan ahli-ahli mereka sendiri dan pihak-pihak lain apabila menghadapi krisis keyakinan ini. Mereka tidak mahu menerima hakikat yang kesalahan-kesalahan itu terbit dari kekosongan roh pimpinan dan kelemahan daya pemikiran mereka sendiri.

Mereka tidak mahu menerima kenyataan yang mereka sudah tidak patut memimpin parti dan negara lagi. Jika mereka menerima hakikat kelemahan itu datang dari mereka sendiri dan membawa parti itu menghadapi zaman malapnya nanti, maka kita tidak payah bertanggungjawab terhadap segala yang buruk menimpa kita semua.

Kini yang nyata kepimpinan Najib sudah sampai ke tahap terendah. Tandanya beliau sanggup menggunakan perkataan seperti 'bangang' dan sebagainya terhadap bloggers yang menyokong UMNO sendiri kerana memberikan pandangan kritikan baik dan berguna untuk UMNO. Jika sudah sampai ke tahap itu ia dengan jelas menunjukan Najib adalah dalam situasi 'desperation' yang sangat nyata. Najib akhirnya menembak ke kaki sendiri.

Kita akan lebih bersedia untuk menerima hakikat yang akan menerima bencananya ialah orang-orang dan rakyat biasa seperti kita semua ini. - HARAKAHDAILY 1/12/2014