JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Ahad, 7 Oktober 2012

BN JADI PENGELUAR BARANGAN ELEKTRIK ?



KABINET BAYANGAN REKAAN BLOGGER DAN UTUSAN - MUSTAFA


PAS menafikan senarai kabinet bayangan Pakatan Rakyat yang disiarkan Utusan Malaysia dan sebuah blog baru-baru ini.
Ketika menafikan demikian, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, senarai itu sengaja direka akhbar atau blog berkenaan dengan niat meruntuhkan persefahaman parti itu dengan PKR dan DAP.

"Tak boleh, PKR atau Pakatan Rakyat tak pernah buat senarai kabinet bayangan. Takkan sama apa yang orang itu fikir dengan apa kita fikir.

"Perancangan (susunan kabinet) ada tapi kita tak boleh bagi tahu lagi sekarang, tunggu lepas kita menang pilihan raya umum kita umum," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Perhimpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno disempurnakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Jabi di Besut.

Perhimpunan dua hari itu bermula kelmarin.

Turut hadir Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama lebih 10,000 orang ramai.

Isnin lepas, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kabinet bayangan hanya sesuai diamalkan di United Kingdom dan Australia, bukan di Malaysia.

- Bernama

Sabtu, 6 Oktober 2012

MAHFUZ CADANG SAMAN AES TUKAR KEPADA ST1M


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan supaya saman kenderaan melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dinamakan Saman Rakyat 1Malaysia (ST1M).

Beliau juga meminta rakyat supaya memahami bahawa AES hakikatnya direka untuk memberi manfaat kepada MCA yang menjadi kroni Umno di dalam Barisan Nasional (BN).

"AES direka khusus untuk berdasarkan konsep 'kongsitium' yang diamalkan di dalam BN- lu tolong gua, gua tolong lu.

"Itu perkara asas yang mesti difahami oleh semua rakyat," katanya.

Bagi Ahli Parlimen Pokok Sena itu, isunya bukan saja ketelusan sistem tender AES, tetapi yang pertama sekali yang mesti dipersoalkan adalah model perniagaannya.

"Mengapa sistem penguatkuasaan kerajaan boleh diswastakan?

"Dalam kata lain, bagaimana saman pun boleh diswastakan?" Mahfuz memnpersoalkan.

Beliau menyifatkan apa yang berlaku di sebalik AES yang direka khusus berdasarkan konsep 'lu tolong gua, gua tolong lu' BN itu sebagai perkara baru .

"Saya diberitahu bahawa ini perkara baru dalam ilmu pentadbiran dunia yang tidak diajar dalam mana-mana universiti terulung dunia," katanya.

Menurut Mahfuz, ilmu ini hanya terdapat dalam kurikulum subjek kronisme dalam universiti Umno BN di mana MCA ternyata semakin menjadi tukang kutip untung di dalam BN.

"Tahniah Umno," sindir beliau.

Memandangkan AES dibuat bertujuan utk memeras rakyat, sebab itulah Mahfuz mencadangkan agar nama sistem itu digantikan dengan ST1M.

Baginya, cara terbaik untuk menghentikan penindasan ST1M ialah membuang Umno BN dari tampuk pemerintahan.

"Ini kerana merekalah yang merosakkan negara dengan rasuah dan tamak haloba mereka hingga ST1M pun boleh ada," katanya.

Syarikat berkaitan MCA sebelum ini dilaporkan telah mendapat kontrak saman pengangkutan AES.

Syarikat-syarikat tersebut adalah Ates Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd.

Menurut portal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pula, 831 tempat yang disebut sebagai kawasan blackspot telah disenaraikan sebagai lokasi pemasangan kamera AES di seluruh negara.(harakahdaily)

RAKYAT MALAYSIA KENA TAHU PERKARA NI ....

  AES: Apa Sistem Penguatkuasaan Automatik

Zulhazmi Shariff, 05 Okt 2012
Automated Enforcement System – AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik)
a) Apa AES

AES ialah suatu sistem penguatkuasaan yang dijalankan secara automatik 24 jam tanpa henti.

b) Bagaimana AES berfungsi?

i) Kamera akan dipasang di lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti (hot spot) dan beroperasi 24 jam tanpa henti.

ii) Kamera disambungkan ke pengkalan data JPJ.

iii) Apabila sesebuah kenderaan melalui kawasan tersebut, jika melebihi had laju yang ditetapkan, maka gambar kenderaan akan diambil dan dihantar ke pusat pemprosesan gambar serta pengkalan data JPJ.

iv) Jika disahkan melakukan kesalahan, maka saman akan terus dikeluarkan kepada pemilik kenderaan.

c) Siapa mengendalikan Kamera AES? Kamera AES akan dikendalikan oleh dua (2) Syarikat swasta iaitu:

i) Beta Tegap Sdn Bhd. yang menggunakan sistem Redflex daripada Australai; dan

ii) ATES Sdn Bhd. yang menggunakan sistem Jenoptik Robot daripada Jerman

d) Pendapatan daripada AES. Kadar pendapatan telah dipersetujui sejak 22/4/2009 dan telah dibentangkan kepada Kabinet pada 16/9/2009. Suatu Model Kewangan Tiga Langkah telah dipersetujui iaitu:

i) Setiap syarikat layak mengambil RM16 daripada bilangan set saman sah yang dikeluarkan daripada hasil bayaran saman yang telah dijelaskan tertakluk kepada 5 juta saman.

ii) Setiap syarikat mengambil 50% baki hasil bayaran yang telah dijelaskan (selepas ditolak jumlah di bawah langkah i) tetapi terhad kepada RM270 juta setahun. Kerajan ambil jumlah yang sama.

iii) Setiap syarikat mengambil 7.5% baki bayaran saman yang telah dijelaskan selepas tolak langkah (i) dan (ii). Kerajaan juga sama.

e) Peruntukkan dalam Akta berkaitan AES

i) Seksyen 2 – memasukkan takrif “imej yang dirakam”,

ii) Seksyen 2 – memasukkan takrif”kesalahan berjadual”

iii) Seksyen 2 – memasukkan takrif “kesalahan yang dirakam melalui kamera”

iv) Seksyen 53 (1A) – Saman dianggap serah walaupun enggan terima

v) Seksyen 53A – Notis Kesalahan yang dirakam melalui kamera vi) Seksyen 53B – Kewajipan mengemukakan nama dan alamat

vii) Seksyen 53C – Kewajipan untuk tidak memberikan, menyiarkan atau mendedahkan maklumat mengenai kesalahan yang dirakam melalui kamera.

viii) Seksyen 117 (11) – imej yang dirakam boleh diterima sebagai keterangan prima facie

ix) Seksyen 46 – Jadual Kesalahan

Jadual Pertama

(i) Memandu melebihi hadlaju
(ii) Tidak mematuhi isyarat lalu
(iii) Memotong garisan berkembar
(iv)Memandu di lorong kecemasan
(v) Memotong & menghalang daripada memotong
(vi) Memotong barisan
(vii)Menggunakan telefon bimbit semasa memandu

Jadual Kedua – Kesalahan yang dirakam melalui kamera

(I) Memandu di lorong bas
(ii) Memandu melebihi hadlaju
(iii) Tidak mematuhi lampu isyarat


Penulis ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE).

Rabu, 3 Oktober 2012

Mahfuz dakwa kenduri mega 'ditaja' agensi kerajaan Melaka

Dokumen yang bocor dari Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) menunjukkan bahawa agensi kerajaan negeri itu menaja majlis perkahwinan anak sulung Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam Ahad lalu, dakwa Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) ketika membahaskan bajet di Parlimen hari ini.

NONEMahfuz mendakwa, dokumen tersebut menunjukkan bahawa mesyuarat
PKNM diadakan khas untuk membincangkan tentang "logistik majlis tersebut" pada 30 September.

Menurutnya, pegawai khas ketua menteri mengaku hari ini bahawa majlis tersebut ditaja sebanyak RM10 bagi setiap tetamu dan menurut Mahfuz lagi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasatnya kerana ia majlis peribadi.

Minit mesyuarat tersebut, dakwa Mahfuz lagi, menyebut jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat dan ia juga menyatakan tiada bil perlu dituntut daripada ketua menteri dan semuanya percuma.

Menurut salinan minit mesyuarat tersebut yang diperolehi pihak media kemudiannya, Ketua Pegawai Eksekutif PKNM, Datuk Yusof Jantan memaklumkan satu mesyuarat akan diadakan mengenai majlis persiapan hiasan luaran, kebersihan dan logistik sempena majlis perkahwinan anak ketua menteri pada 30 September 2012.

Beliau seterusnya menekankan bahawa semua persiapan yang dikendalikan atas budi bicara jabatan tersebut serta tiada sebarang bil tuntutan kepada ketua menteri atau kerajaan negeri.(malaysiakini)

Selasa, 2 Oktober 2012

MENTERI WANITA DAN PERDANA MENTERI


Menteri Wanita sedang bersalaman dengan Tokoh Wanita, Puan Sri Sukumari Sekhar ketika menghadiri Sambutan Hari Wanita hari Selasa lepas sambil diperhatikan oleh Perdana Menteri Malaysia.

Isnin, 1 Oktober 2012

MEMANG DASAR PENAKUT ....


KUALA LUMPUR: Seperti dijangka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiada dalam Dewan Rakyat ketika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil tempat membahaskan Bajet 2013 pagi ini.

Anwar yang bangun membahaskan bajet itu hampir 90 minit pada sesi pagi ini hanya berdepan dengan celahan oleh pemimpin dan back-benchers BN lain.

Sepanjang membahaskan Bajet 2013 itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut melontar beberapa persoalan kepada kerajaan khususnya kepada Najib.

Bagaimanapun lontaran persoalan itu cuba dijawab oleh back-benchers BN dengan angka dari jabatan statistik.

Antara yang bangkit mencelah semasa Anwar membahaskan bajet itu adalah Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) serta Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak).

Anwar yang nyata kecewa dengan keadaan berlaku itu sempat membidasnya di hujung perbahasannya.

"Sebab itu dalam belanjawan, tradisinya bila kita hujah menteri kewangan (Najib) kena ada. Ini kita ajak debat tak berani, nak bahas di parlimen pun tak sanggup, kemudian suruh back-benchers sahaja pertahan.

"Dia tak pernah duduk dalam kabinet, dia tak tahu apa dasar. Dia hanya baca angka ikut jabatan statistik" katanya merujuk kepada back benchers.

Anwar akan menyambung perbahasannya selepas sesi rehat parlimen jam 2.30 petang ini.

Semalam, Anwar turut melontarkan cabaran kepada Najib agar hadir ke Dewan Rakyat hari ini ketika beliau membahaskan bajet.

“Saya cabar Najib hadir bagi mendengar ulasan saya mengenai Bajet 2013. Dia nak cakap (mencelah), saya bagi peluang untuk dia berhujah, barulah boleh jadi pemimpin.

"Ini huha huha depan geng dia, depan aku hang tak berani,” katanya ketika berucap di program Jelajah Merdeka Rakyat di Taman Medan semalam.

Beliau juga turut mencabar Presiden Umno itu untuk berdebat berkenaan ekonomi negara.(harakahdaily)