JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Sabtu, 14 September 2013

(VIDEO) 13 PEJUANG DIHUKUM PENJARA

13 DIHUKUM PENJARA 2 TAHUN DAN DENDA RM5 RIBU - ISU RAMPASAN KUASA DI PERAK



Tiga belas orang yang dijatuhkan hukuman maksimum penjara dua tahun dan denda RM5,000 dihantar ke Penjara Tapah selepas Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar menolak permohonan untuk menangguhkan hukuman yang bermula hari ini.

Semua mereka dijatuhkan hukuman itu di bawah Seksyen 145 Kanun Keseksaan selepas didapati bersalah kerana meneruskan perhimpunan haram walaupun diarahkan supaya bersurai pada 6 Februari 2009 di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Perak empat tahun lalu.

Ia adalah hari sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah sebagai menteri besar baru selepas tiga ADUN Pakatan Rakyat beralih menyokong BN.

Menurut peguam Augustin Anthony, pihaknya akan memfailkan rayuan untuk menangguhkan hukuman di Mahkamah Tinggi Taiping seawal-awalnya Selasa minggu depan selepas Hakim Norsalha Hamzah menolak permohonan mereka pagi tadi.

"Ada di antara OKT (orang kena tuduh) merupakan penghidap kanser dan ibu tunggal," katanya kepada Malaysiakini.
Kenangan Februari 2009 : Bantahan Rampasan Kuasa di Perak.


Turut sama bertindak sebagai peguambela adalah Aminuddin Zulkifli dan Zamri Ibrahim.

Sementara itu, Bernama melaporkan Hakim Norsalha Hamzah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah manakala pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka setelah meneliti serta menimbang kesemua keterangan termasuk hujahan kedua-dua pihak.
    

  1. Bad Latif Mansor, 47
  2. Suhana Abdullah, 49, 
  3. Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 38
  4. Mohd Faiz Mohd Arshad, 26
  5. Zulhaizam Zulkifli, 29  
  6. Isha Riduan Ishak, 59
  7. Adi Hilmee Mohd Nasir
  8. 44; Yusoff Jaafar, 48
  9. Idris Mohd Thaib, 48 
  10. Mohamad Nazeer Hameed, 48
  11. Khairul Azmi Hassan Basri, 48
  12. Mohd Hasri Ismail, 48 
  13. dan Mohamed Ismail S.M Abdul Kadir, 47


Mereka didapati bersalah menyertai perhimpunan haram itu pada pukul 3.30 petang, 6 Feb 2009 semasa istiadat pelantikan dan angkat sumpah jawatan menteri besar Perak.
    
Hakim Norsalha memerintahkan hukuman penjara itu berkuat kuasa hari ini selepas menolak permohonan peguam Augustine Anthony yang mengetuai pasukan lapan peguam mewakili kesemua tertuduh, bagi penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan menetapkan penjara lima bulan jika gagal membayar denda itu.
    
Mereka didakwa mengikut Seksyen 145 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
    
Dalam penghakimannya, Hakim Norsalha beliau berkata hukuman yang dijatuhkan mahkamah adalah demi kepentingan dan ketenteraman awam serta institusi diraja selepas turut mengambil kira rayuan kedua-dua pihak.
    
"Ini sebagai satu pengajaran dan keinsafan kepada semua pihak dan mahkamah mendapati ia satu kesalahan serius," katanya.
    
Terdahulu, Augustine memohon mahkamah menggunakan budi bicara seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 294, Kanun Prosedur Jenayah dengan mengambil kira fakta sebelum menjatuhkan hukuman kerana ini merupakan kesalahan pertama mereka.
    
Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud berkata hukuman setimpal perlu dikenakan kerana kes itu telah mengambil tempoh hampir lima tahun yang melibatkan perbelanjaan serta masa mahkamah.

"Apa yang berlaku semasa kejadian adalah keadaan huru-hara kerana menentang satu proses perundangan, menimbulkan keadaan tidak aman dan banyak kerosakan.

Seksyen 145 dilihat lebih serius sebab itu ayat yang digunakan dalamnya adalah "...shall be punish...", oleh yang demikian tidak timbul Seksyen 294 wajar diguna pakai," katanya.
    
Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang juga Menteri Besar Perak semasa pakatan pembangkang menerajui pentadbiran negeri selama 11 bulan selepas pilihan raya
umum ke-12 turut hadir di mahkamah bagi mengikuti kes itu.
    
Beberapa pemimpin pembangkang termasuk Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham dan Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Hussain serta sejumlah penyokong PAS turut hadir di perkarangan mahkamah.-Mk
 
 Sumber berita : http://orangni.blogspot.com

PEMILIK FB TANDA PUTRA MINTA MAAF KEPADA LIM KIT SIANG



PETALING JAYA: Pemilik rasmi laman Facebook Tanda Putera, Pesona Pictures Sdn Bhd, telah memohon maaf kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang kerana mengaitkan beliau dengan adegan membuang air kecil dalam filem berkenaan.

"Kami, Pesona Pictures Sdn Bhd, secara sepenuhnya memohon maaf kepada Encik Lim Kit Siang berhubung perkara memalukan yang disebabkan oleh penerbitan yang disebut di atas, yang tidak mempunyai kebenaran," menurut kenyataan yang dikeluarkan, Jumaat.

Baca selanjutnya di sini ...

Khamis, 12 September 2013

KERAJAAN JAMIN HARGA GULA DAN TEPUNG TIDAK NAIK SELEPAS PETROL NAIK : BOLEH PERCAYA KE ?



SEREMBAN: Kerajaan memberi jaminan harga tepung dan gula tidak akan naik di sebalik pengurangan subsidi petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen diumumkan kerajaan, 3 Sept lepas.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek berkata, jaminan itu berdasarkan persetujuan antara kementerian dengan beberapa pengeluar dan pengilang utama dua komoditi makanan itu, semasa pertemuan pada Selasa.

Baca selanjutnya di sini ...

Rabu, 11 September 2013

"TANDA PUTERA" TAK LARIS ?


Walau dengan publisiti meluas, filem 'Tanda Putera' masih gagal menarik penonton ke pawagam.
Senarai terkini dari 5 September hingga 11 September yang diterbitkan cinemaonline.com.my semalam menunjukkan bahawa 'Tanda Putera' terkeluar terus daripada senarai sepuluh filem paling laris.
Filem arahan Datuk Shuhaimi Baba itu sebelum ini hanya berjaya merangkul tempat keenam dalam senarai 10 filem paling laris sepanjang minggu pertama tayangannya.

Filem biopik dua pemimpin negara yang turut memaparkan tragedi berdarah 13 Mei 1969 itu akhirnya ditayangkan pada 29 Ogos lalu selepas tertangguh selama lebih setahun.

Satu lagi filem tempatan yang mempertaruhkan bintang komedi Zizan Raja Lawak bagaimanapun terus memikat hati rakyat Malaysia apabila kini berada pada kedudukan ketiga, mengikut senarai .
 
malaysiakini.

Selasa, 10 September 2013

WANITA UMNO SAMBUT MERDEKA RAYA DENGAN BERJOGET - KETENTUAN ALLAH JUGA ?

Wanita UMNO Menyambut Merdeka Raya : Yang ni takkan Ulama Muda UMNO tak boleh larang semata2 inipun dipanggil ketentuan Allah ?

Ahad, 1 September 2013

SYABAS PENGUNDI BN...SELEPAS METALICA...LAMB OF GOD PULA DATANG KL..BERTAMBAH SAHAM



Pada 28 September ini, pengundi2 BN dalam PRU13 akan mendapat satu lagi saham apabila akan diadakan konsert kumpulan Heavy Metal Lamb of God di Kuala Lumpur. Sebagai maklumat :

"Mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke-72 bahawa amalan dan perbuatan kumpulan heavy metal adalah sesat serta bercanggah dengan ajaran Islam."

"Lamb of God is an American metal band from Richmond, Virginia. Formed in 1990, the group consists of vocalist Randy Blythe, guitarists Mark Morton and Willie Adler, bassist John Campbell, and drummer Chris Adler. The band is considered part of the New Wave of American Heavy Metal movement." (Wikipedia).

Sebagai makluman, kumpulan heavy metal ini pernah mengadakan persembahan dengan mencampuradukkan lagu metal dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

 intanhijau.blogspot.com