Ibu Catriona Ross Maut Nahas Kereta - Bas
          
PETALING JAYA: Ibu kepada pelakon Catriona Ross iaitu Siti 
Zawiyah Ab Rahman meninggal dunia apabila kereta yang dinaikinya 
terbabit dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah bas di Kilometer 
61.8 Lebuh Raya Timur-Barat di Gerik, Perak awal pagi Rabu.
Catriona atau nama sebenarnya  Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 
33, berkata, dia amat sedih dengan kejadian itu dan akan sentiasa 
merindui Allahyarham.
"Pemergian seorang ibu tidak akan ada galang gantinya. Walaupun 
pemergian Allahyarham kerana nahas jalan raya tetapi arwah kelihatan 
seperti insan yang lena dibuai mimpi.
"Saya akan sentiasa merinduinya," katanya seperti dipetik dalam laman sosial Facebook miliknya pada Rabu.
Catriona turut meminta semua umat Islam agar menghadiahkan Al-Fatihah kepada roh ibunya itu.
Dalam status Facebook miliknya itu juga  Catriona turut memaklumkan 
jenazah ibunya dikebumikan di kampung halamannya di Kota Baharu, 
Kelantan pada Rabu.
Pihak mStar Online gagal mendapatkan Catriona kerana panggilan telefon tidak dijawab mungkin kerana masih sibuk dengan urusan pengebumian jenazah.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Manab 
Baharum memberitahu tiga mangsa termasuk Siti Zawiyah yang terlibat 
dalam  kemalangan kira-kira pukul 12.40 pagi Rabu itu meninggal dunia  
di tempat kejadian.
Pemandu kereta pula katanya cedera parah dan dirawat di Hospital Taiping.
mstaronline 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan