JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Isnin, 25 Mac 2013

MENGAPA NAMA UMNO LEBIH MENONJOL DARIPADA PEKEMBAR


TELUK INTAN, 20 Mac - UMNO adalah singkatan bagi 'United Malay National Organisation' adalah lebih meninjol daripada nama singkatan bahasa Melayu, PEKEMBAR. Persoalannya mengapa nama UMNO lebih ditonjolkan daripada nama Melayu, PEKEMBAR ? Begitulah persoalan yang dilontarkan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Dato Seri Nizar Jamaludddin semasa menyampaikan ceramah di Taman Desa Bakti dekat sini.

"Jika PAS bermaksud Parti Islam Semalaysia dalam jawinya, DAP bermaksud Democratic Action Party dan PKR bermaksud Parti Keadilan Rakyat; tetapi mengapa bagi UMNO tidak menonjolkan nama Melayunya iaitu PEKEMBAR kalau betul mereka memperjuangan Melayu ? "


"Ini adalah kerana PEKEMBAR bermaksud Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang secara jelas menunjukkan dasar perjuangan UMNO ialah perjuangan bersifat kebangsaan semata-mata yang ini sekali lagi jelas bertentangan dengan hadis Nabi Muhammad yang tidak mengiktiraf perjuangan bersifat perkauman atau bangsa."

"Namun, kebanyakan orang Melayu tidak tahu hal ini. Kalaulah orang Melayu Islam tahu maksud PEKEMBAR tadi, sudah pasti ramai lagi orang Islam meninggal parti UMNO yang dasarnya memperjuangan perkauman," tambah beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Gantang dan ADUN Pasir Panjang.

Beliau berharap orang Melayu sedar akan hal tersebut di mana lebih 50 tahun UMNO BN memerintah mereka gagal membela orang Melayu apatah lagi agama Islam.
YB Anuar menyampaikan ceramah.

YB Sivanesan menyampaikan ceramah penuh bersemangat.

DS Nizar bersalaman dengan orang ramai usai ceramah.

Selain Nizar, turut menyampaikan ceramah ialah ADUN Sungkai (DAP) YB A. Sivanesan dan ADUN Changkat Jong, YB Mohd. Anuar Sudin.

Kehadiran orang ramai adalah di luar jangkaan. Mereka memenuhi ruang padang walaupun petang itu hujan telah turun. Ceramah tersebut juga telah menarik ramai kaum Tionghua dan India hadir bersama mendengar penjelasan daripada pimpinan Pakatan Rakyat.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan