JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Isnin, 15 Julai 2013

PAS CICELY EDAR BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADHAN



TELUK INTAN, 15 Julai - Bersedekah dalam bulan Ramadhan merupakan salah satu amalan terpuji dan balasan pahalanya berganda-ganda. Demi merealisasikan usaha-usaha kebajikan maka PAS Cawangan Batu 3/Cicely telah mengorak langkah proaktif mengedarkan bubur lambuk sempena bulan Ramadhan yang penuh berkat.

Sebanyak 100 bungkus yang mengandungi bubur lambuk dan kurma telah diagihkan kepada orang ramai. Pengagihan telah dilakukan di perkarangan Stesen Minyak Petronas Cicely. Jadual berbuka puasa juga telah diedarkan.



Seawal jam 5.30 petang, khemah telah dibuka dan para AJK PAS cawangan telah mengagihkan bungkusan kepada orang ramai yang sememangnya begitu teruja apabila menerima bubur lambuk. Dalam tempoh setengah jam, kesemua bubur lambuk tersebut telah berjaya diagihkan kepada orang ramai.

PAS cawangan bercadang akan mengagihkan bubur lambuk dan oleh-oleh Hari Raya Aidilfitri pada minggu seterusnya.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan