JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Sabtu, 18 Oktober 2014

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN MERIAH



TELUK INTAN, 12 Oktober - Pusat Asuhan Tunas Islam atau ringkasnya PASTI merupakan sebuah institusi pendidikan pra sekolah Islam yang semakin mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat. Antara daya tarikan PASTI ialah keseimbangan dalam mentarbiyah pelajarnya termasuklah aspek tarbiyah jasmani.

Baru-baru ini, PAS Kawasan Teluk Intan telah mengadakan sukaneka tahunannya. Majlis telah diadakan di Padang Taman Melor dekat sini. Ia melibatkan lebih 200 orang murid PASTI dari tujuh buah cawangan.
Guru-guru PASTI.
Majlis telah yangbermula seawal 8.00 pagi telah dimulai dengan perarakan para peserta mewakili ketujuh-tujuh pasukan ke tengah padang. Kemudian, bacaan doa telah dibacakan Adik Mohd. Harith Aqil dari PASTI Al Falah Desa Aman disusuli dengan nyanyian Lagu Rasmi PASTI.

Adik Mohd. Harith memimpin bacaan doa.
Selepas itu, majlis telah dirasmikan oleh Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Hj. Mohd. Azhar Rafiei. Dalam ucapan, beliau menyatakan bahawa PASTI merupakan sebuah sistem pendidikan prasekolah yang berteraskan kepada kurikulum pendidikan Islam. Penganjuran sukaneka menunjukkan bahawa  PASTI tidak mengenepikan aspek pendidikan jasmani sebagai Islam itu sendiri yang syumul. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada para ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan kepada PASTI. Sebelum itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Teluk Intan Ustaz Rijal Abu Bakar turut menyampaikan ucapan aluan.
Azhar Rafiei berucap merasmikan sukaneka.

Banyak acara telah diadakan untuk murid-murid. Antara yang menarik ialah lari bawa pelampung, kasut gergasi, golek tayar dan puteri bawa bunga. Aksi para peserta semasa mengambil bahagian telah menarik perhatian semua hadirin. Para guru PASTI tidak jemu-jemu memberikan bimbingan dan semangat kepada anak didik masing-masing.
Acara golek tayar.
Acara bawa pelampung.
Hj. Azhar menyampaikan hadiah.
Pengerusi PASTI kawasan menyampaikan hadiah kepada guru PASTI Ibnu Sina yang menjadi juara.
Akhirnya, PASTI Ibnu Sina Padang Tembak telah diisytihar sebagai pemenang keseluruhan sukaneka bagi tahun 2014.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan