JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Isnin, 11 Mac 2013

ZIARAH RAKYAT ADUN CHANGKAT JONG KE PULAU GANDA SULI


TELUK INTAN, 10 Mac - Misi merealisasikan DUN Changkat Jong, DUN Sejahtera terus dilakukan oleh ADUN Changkat Jong, YB Anuar Sudin dengan menziarahi rakyat di kawasan beliau. Program Ziarah Rakyat tersebut telah dilakukan sejak beliau memenangi PRU 12 2008 lepas.

Rombongan Ziarah Rakyat turut disertai AJK PAS Kawasan Teluk Intan, Dewan Muslimat, Dewan Pemuda serta PAS Cawangan Sungai Samak. Kedudukan lokasi Pulau Ganda Suli agak jauh juga dari Teluk Intan di mana ia mengambil masa hampir satu perjalanan. Namun, demi melunasi tanggungjawab terhadap rakyat maka YB Anuar berserta rombongan mengunjungi ke kawasan tersebut yang sememangnya telah dilawati beberapa kali sebelum ini.
Wakil Muslimat yang juga isteri YB turut serta dalam program Ziarah Rakyat.

Rombongan YB telah disambut oleh bekas sidang PR dan beberapa orang lagi penduduk di situ. YB Anuar telah berpeluang menziarahi beberapa orang penduduk yang serba kedaifan serta pimpinan masyarakat seperti imam dan Ketua Kampung.
Menyantuni orang muda.


Kedaifan jalan kampung yang telah rosak telah membuatkan YB Anuar bersetuju untuk mengeluarkan perbelanjaan untuk membaiki sebatang jalan yang berlubang-lubang. Setiap penduduk yang diziarahi telah diberi sedikit sumbangan dan cenderamata. YB Anuar juga sempat menyantuni orang muda di sebuah kedai kopi.

Program Ziarah Rakyat akan diteruskan di tempat-tempat lain di dalam kawasan DUN Changkat Jong.

intanhijau.blogspot.com

ROSMAH MARAH NAJIB MENARI...?


Rabu, 6 Mac 2013

ADUN CHANGKAT JONG RASMI FUTSAL PEMUDA


TELUK INTAN, 24 Februari - ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah merasmikan Pertandingan Futsal Pemuda yang telah diadakan di Gelanggang Futsal, Taman Panglima dekat sini. Ia adalah anjuran Fitness Fun Club, sebuah NGO belia di Teluk Intan.
YB Anuar menyampaikan ucapan perasmian.

Menyantuni orang muda.

Pertandingan tersebut telah menarik hampir 40 pasukan di sekitar bandar ini. Ia menawarkan hadiah yang lumayan. Di dalam ucapan perasmian, YB Anuar telah menekankan betapa perlunya manusia patuh kepada peraturan agama yang dipanggil syariat yang dapat memandu manusia ke arah kebaikan.
Wakil penganjur menyerahkan jersi kepada YB Anuar sebagai cenderamata kenangan.

Gimmick perasmian dengan menanda tangani bola.

"Kalau di dalam perlawanan bola sepak, para pemain mesti mematuhi peraturan permainan agar mencapai kemenangan yang diingini maka begitulah juga kepada kita, sebagai manusia mestilah juga mematuhi setiap suruhanndan larangan Allah agar hidup kita ini sentiasa di dalam landasan yang betul yang akhirnya membawa kepada kesejahteraan dunia dan akhirat," tambah beliau.

Selepas itu, beliau telah melakukan sepakan mula sebagai tanda bermulanya pertandingan futsal pemuda.

intanhijau.blogspot.com

Selasa, 5 Mac 2013

PENYANYI YASIN KESAL TERIMA UGUTAN BUNUH DI YOUTUBE

Yasin (kiri) dan Yusmadi menunjukkan bukti ugutan bunuh yang diterima menerusi laman YouTube. 
 
PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman memberi amaran kepada pengunjung laman sosial agar tidak sewenang-wenangnya meninggalkan komen berunsur ugutan dan fitnah terhadapnya sebelum dia mengambil tindakan undang-undang.

Yasin, 39, berkata, ugutan bunuh yang diterimanya menerusi laman YouTube selepas memuat naik lagu nyanyiannya berjudul Reformasi adalah bukti ada pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan medium sosial tersebut untuk mengugut.

"Perselisihan pendapat adalah perkara biasa malah saya sebelum ini pernah menerima pelbagai pandangan negatif. Namun ugutan bunuh adalah perkara serius.

"Saya tidak pasti sejauh mana seriusnya ugutan yang dibuat tetapi saya tidak akan berdiam diri jika ia berterusan selepas ini," jelasnya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Damansara di sini pada Selasa.

Antara komen yang diterima oleh Yasin daripada pengunjung laman sosial itu.
 
Yasin menerima mesej ugutan menerusi akaun YouTube miliknya selepas dia memuat naik lagu Reformasi nyanyiannya yang dicipta khas bersempena Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 yang berlangsung pada 25 Februari lalu.

Mesej berkenaan yang ditulis oleh individu bernama ‘Azzali Abdul Aziz’ antara lain mengugut untuk memijak-mijak penyanyi itu sehingga lumat manakala 'Pencinta Muzik’ pula bekata Yasin patut dibunuh.

Dalam pada itu, Yasin berkata, buat sementara waktu dia tidak bercadang untuk membuat sebarang laporan polis terhadap dua individu tersebut sebaliknya mahu menyampaikan mesej supaya mereka dan sesiapa sahaja menghentikan budaya tidak sihat itu daripada terus berleluasa.

Turut hadir peguamnya, Yusmadi Yusoff.

Tambah Yasin, sebagai seorang rakyat Malaysia, dia tidak membuat sebarang kesalahan sehingga dikecam sedemikian rupa sebaliknya hanya meluahkan perasaan menerusi lagu.

"Tidak kira daripada parti mana sekali pun budaya mencaci, menghina dan mengugut tidak sepatutnya berlaku dan keadaan ini jika dibiarkan akan berterusan.

"Saya tidak berhasrat untuk mengambil tindakan buat masa ini cuma ingin memberi kesedaran kepada masyarakat di luar sana supaya berhenti daripada melakukan perkara yang tidak sihat seperti itu," jelasnya.

Penyanyi itu turut menegaskan dia tidak terlibat dalam mana-mana parti politik sebaliknya hanya dilantik sebagai duta Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada 18 Februari lalu.

Jelas Yasin, dia bersetuju menjadi duta AMK kerana menyokong perjuangan parti itu namun memberitahu tidak berminat untuk bergiat aktif dalam dunia politik.(mstaronline)

Isnin, 18 Februari 2013

ADUN CHANGKAT JONG TURUT SERTA GOTONG-ROYONG BAIKI JALAN KAMPUNG


TELUK INTAN, 18 Februari - Prihatin atas keselamatan penduduk menggunakan jalan kampung yang telah rosak dan berlubang, maka penduduk Kg. Sungai Kerawai telah berpakat mengadakan gotong-royong membaiki jalan tersebut.

Menurut Hj. Jumali Sadeli, yang mengetuai program tersebut, kemalangan kecil sering berlaku ke atas penduduk kampung yang menggunakan jalan tersebut yang telah pecah dan berlubang. Jalan tersebut begitu berbahaya kepada pengguna jalan tersebut terutamanya penunggang motosikal.

Hj. Jumali Sadeli, mengetuai gotong-royong.

Beliau yang juga merupakan Ketua Cawangan PAS Sg. Kerawai dan bekas Ketua Kampung PR, telah berpakat dengan para penduduk kampung mengadakan program gotong-royong tersebut. Beliau juga berasa berbesar hati kerana ADUN Changkat Jong turut hadir malah bersama-sama penduduk kampung membaiki jalan.

Kebanyakan jalan yang berlubang itu telah dibaiki dengan menutupnya dengan simen.



Menurut YB Anuar Sudin pula, usaha gotong-royong sebegini merupakan satu contoh terbaik kepada kampung-kampung bagi menyelesaikan sesuatu masalah.
YB Anuar bergambar bersama sebahagian penduduk.

Berehat di kedai minum.

"Kadang-kadang bantuan sukar didapati daripada pihak tertentu. Malah pihak JKKK terlepas pandang akan masalah sebegini. Maka dengan cara berpakat sesama penduduk akan dapat menyelesaikan masalah. Saya mengucapkan tahniah kepada penduduk Kg. Sungai Kerawai yang telah berjaya mengadakan gotong-royong membaiki jalan yang memberikan keselesaan kepada penduduk lain menggunakan jalan tersebut," tambah beliau lagi.

intanhijau.blogspot.com

Khamis, 14 Februari 2013

Lelaki dipenjara, denda RM8,000 tunjuk isyarat lucah


BALIK PULAU, 13 Feb – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sebulan dan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dan anggota polis, Isnin lepas. 

Leong Pei Koe, 29, seorang juruukur bahan, didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah ketika kenderaan rasmi baginda melalui balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, dekat sini, pada pukul 11.50 pagi, 11 Feb lepas.

Bagi pertuduhan kedua, Leong didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada anggota polis ASP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum menurut Seksyen 294 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pertama Majistret Muhamad Hidayat Wahab menjatuhi hukuman penjara 30 hari dan denda RM6,000 atau penjara dua bulan jika gagal membayar denda itu.

Bagi pertuduhan kedua Leong dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM2,000 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda itu.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman dijalankan serentak dari tarikh tangkapan iaitu 11 Feb.

Leong membayar denda itu.

Muhamad Hidayat menjatuhi hukuman itu berdasarkan pengakuan salah dan rayuan Leong bahawa dia memohon maaf atas kesalahan itu selain kepentingan awam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – Bernama

Rabu, 13 Februari 2013

Ibu Catriona Ross Maut Nahas Kereta - Bas

Ibu Catriona Ross Maut Nahas Kereta - Bas

Catriona Ross.
PETALING JAYA: Ibu kepada pelakon Catriona Ross iaitu Siti Zawiyah Ab Rahman meninggal dunia apabila kereta yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah bas di Kilometer 61.8 Lebuh Raya Timur-Barat di Gerik, Perak awal pagi Rabu.

Catriona atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 33, berkata, dia amat sedih dengan kejadian itu dan akan sentiasa merindui Allahyarham.

"Pemergian seorang ibu tidak akan ada galang gantinya. Walaupun pemergian Allahyarham kerana nahas jalan raya tetapi arwah kelihatan seperti insan yang lena dibuai mimpi.

Antara status Cat di laman Facebook tentang kejadian yang menimpa ibunya. 
 
"Saya akan sentiasa merinduinya," katanya seperti dipetik dalam laman sosial Facebook miliknya pada Rabu.

Catriona turut meminta semua umat Islam agar menghadiahkan Al-Fatihah kepada roh ibunya itu.

Dalam status Facebook miliknya itu juga Catriona turut memaklumkan jenazah ibunya dikebumikan di kampung halamannya di Kota Baharu, Kelantan pada Rabu.

Pihak mStar Online gagal mendapatkan Catriona kerana panggilan telefon tidak dijawab mungkin kerana masih sibuk dengan urusan pengebumian jenazah.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Manab Baharum memberitahu tiga mangsa termasuk Siti Zawiyah yang terlibat dalam kemalangan kira-kira pukul 12.40 pagi Rabu itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu kereta pula katanya cedera parah dan dirawat di Hospital Taiping.

mstaronline