JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Ahad, 28 Julai 2013

BEKAS PESERTA RATU CANTIK MINTA 4 ORANG PESERTA RATU CANTIK AKUR LARANGAN



PETALING JAYA: Penyanyi Erra Fazira menasihatkan gadis beragama Islam di negara ini supaya akur dengan perundangan negara yang melarang mereka daripada menyertai pertandingan ratu cantik.
Erra yang merupakan peserta beragama Islam terakhir menyertai pertandingan ratu cantik tersebut pada 1992 berkata, dia percaya undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan itu bertujuan melindungi maruah wanita Islam.

"Ketika menyertai pertandingan berkenaan, saya juga berdarah muda yang ingin mencuba sesuatu yang baharu tanpa berfikir kesannya jangka panjang.

"Tambah pula waktu itu, undang-undang tidak diperketat lagi, jadi saya pun sertainya atas kemahuan sendiri.

Empat gadis Islam yang telah dibatalkan penyertaan menyertai pertandingan akhir MMW2013.
 
"Tetapi apabila pertandingan itu melarang gadis Islam untuk menyertainya, kita terpaksa akur. Siapalah kita untuk melawan undang-undang," katanya.

Tambah Erra, ketika ini terdapat banyak saluran lain yang membolehkan penyertaan gadis beragama Islam menyertai pertandingan seumpama itu dengan garis panduan yang dibenarkan.

Erra diminta mengulas mengenai pembatalan penyertaan empat peserta akhir pertandingan MMW2013 yang beragama Islam pada Selasa lalu.

Empat yang berkenaan ialah Sara Amelia Muhammad Bernard, 20, Wafa Johanna De Korte, 19, Miera Sheikh, 19 dan Kathrina Ridzuan, 20.

Keempat-empat gadis berkenaan bagaimanapun mempertikai larangan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan tersebut.

Fatwa mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik yang diwartakan pada 8 Februari 1996 mengikut Akta Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan 1993 yang memutuskan bahawa menyertai atau menganjurkan atau menyumbang apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik adalah haram dan berdosa bagi orang Islam.

Sementara itu, Erra berpendapat, penganjur pertandingan ratu cantik antarabangsa dapat memberi kelonggaran terutamanya dari segi pemakaian membabitkan wanita Islam.

"Mungkin sudah tiba masanya masyarakat luar melihat wanita Islam dalam perspektif yang berbeza dengan melonggarkan syarat-syarat penyertaan terutamanya daripada segi pemakaian.

"Ini kerana, pertandingan ratu cantik bukan dilihat hanya pada wajah dan fizikal semata-mata, tetapi juga cara pemikiran seseorang dalam melontarkan pendapat.

"Jadi, jika gadis Islam menyertainya, apa salahnya pihak penganjur menghormati mereka dengan memberi kelonggaran pemakaian yang lebih sopan. Kerana kecantikan bukan sahaja daripada luaran semata-mata, tetapi juga pemikiran kita," tegasnya.(mstaronline)

Sabtu, 27 Julai 2013

Mesir: Diserang menjelang sahur, 10 terkorban

Mesir: Diserang menjelang sahur, 10 terkorban

Harakahdaily, 27 Jul 2013

(Tembakan gas pemedih mata sebelum penembak tepat menembak peserta himpunan awal pagi tadi)

MESIR: Himpunan aman besar-besaran "Jumaat Furqan" oleh penyokong Morsi yang berlangsung bermula selepas solat Jumaat semalam menyaksikan sekali lagi berdepan tindakan kejam polis dan tentera Mesir yang melancarkan serangan berdarah kepada mereka.

Menjelang sahur pagi tadi, kumpulan penyokong Morsi di hadapan Universiti Azhar, Jalan Austorad, berhampiran Kubur Anwar Sadat diserang dengan peluru hidup tanpa perikemanusian.

Ikhwanonline melaporkan, pasukan penempak tepat polis Mesir mengambil posisi di atas bangunan Fakulti Dakwah, Universiti Al-Azhar Madinah Nasr bagi menembak rakyat dalam situasi kelam-kabut selepas ditembak gas pemedih mata sebelum itu.

(Kereta perisai polis menyusuri jalan menyuraikan peserta himpunan)

Polis juga menggunakan kereta perisai mereka membelah lautan peserta yang berhimpun.

Sehingga kini, dilaporkan 10 orang termasuk wanita dan kanak-kanak terkorban manakala lebih 300 lagi cedera.

Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke hospital awam Raba'ah.

Menjelang azan Subuh pagi tadi, suasana di kawasan kubur Anwar Sadat berhampiran Raba'ah masih lagi kelam kabut.

Peserta saling membantu mengumpulkan jenazah yang terkorban dan pada masa yang sama membawa rakan mereka yang cedera ditembak ke hospital.

Serangan ini sekali lagi mengingatkan kejadian "Subuh berdarah" di hadapan Bangunan Pengawal Republik awal bulan ini yang menyaksikan lebih 50 terkorban diserang ketika sedang menunaikan solat Subuh.

(Perarakan penyokong Morsi selepas solat Jumaat semalam)

Biarpun serangan berdarah ini sememangnya dijangka, namun peserta himpunan menyokong Morsi tetap tidak berganjak, malah makin ramai memenuhi Dataran Raba'ah sehingga ianya tidak mampu lagi menampung kebanjiran orang ramai.

Himpunan Jumaat Furqan ini juga adalah sebagai tindak balas terhadap seruan pihak tentera yang diketuai Jeneral Abdul Fatah Al-Sisi yang mahu rakyat turun ke Medan Tahrir bagi menyatakan sokongan kepada perampas kuasa yang didalanginya.

Al-Sisi mahu menjadikan himpunan di Tahrir semalam sebagai alasan sokongan kepadanya untuk bertindak menggunakan kekerasan terhadap penyokong Morsi yang berhimpun seluruh Mesir khususnya di Kaherah sejak awal bulan lalu.(harakahdaily)

Isnin, 22 Julai 2013

PEMUDA PAS GESA MALAYSIA HARAMKAN RATU CANTIK



KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Majlis Fatwa Kebangsaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta para mufti di negeri-negeri agar mengambil pendirian tegas dengan mengharamkan pertandingan ratu cantik di negara ini.

Ia berikutan terdapat satu penganjuran Pertandingan Miss Malaysia World 2013 bagi mencari bakat untuk diketengahkan bagi mewakili Malaysia dalam Pertandingan Ratu Cantik Miss World 2013 akan datang.

Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, apa yang menyedihkan adalah penglibatan daripada wanita beragama Islam dalam pertandingan tersebut dan mereka mendapat tempat yang tinggi dalam ranking pertandingan tersebut.

Beliau berkata, isunya bukan kerana pertandingan itu diadakan dalam bulan Ramadhan maka penganjur tidak membenarkan empat orang gadis beragama Islam menyertainya, lebih dari itu adalah ia sama sekali menjatuhkan maruah umat Islam dan agama Islam di negara ini.

Tegasnya, pengharaman penglibatan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik bukan terhad hanya pada bulan Ramadhan, tetapi pengharamannya kekal di mana-mana bulan sekalipun.

Menurutnya, melibatkan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik telah menyebabkan peserta tersebut serta umat Islam yang melihat mereka menanggung dosa besar.

Katanya, dengan pakaian yang memberahikan termasuk berbikini, maruah gadis beragama Islam diinjak sedemikian rupa sehingga aurat mereka boleh dipertontonkan untuk tatapan nafsu kaum lelaki.

“Wanita sebenarnya dijadikan untuk dihormati, disanjung dan diletakkan pada kedudukan yang istimewa, bukan sebagai bahan pemuas nafsu lelaki sehingga dijadikan barang dagangan dan dipertontonkan sesuka hati,” ujarnya.

Dalam kenyataan itu, beliau menegaskan bahawa amat wajar Malaysia mengambil pendirian mengharamkan terus penganjuran pertandingan ratu cantik di negara ini.

Sebagai sebuah negara Islam, katanya Malaysia seharusnya mengamalkan ajaran Islam dan mesti memperlihatkan keindahan Islam di mata dunia.

Katanya, negara-negara barat akan menghormati Malaysia atas ketegasannya memelihara maruah wanita di samping negara-negara Islam menyanjung tinggi pendirian berani pemimpin negara ini.

“Tonjolkan sikap bahawa Malaysia adalah pembela maruah wanita dengan mengangkat darjat mereka sesuai dengan kedudukan mereka,” katanya.(harakahdaily)

Sabtu, 20 Julai 2013

DAKWAT KEKAL DI KUALA BESUT : CALIT ATAU CELUP ?

Hari ini pengundi DUN Kuala Besut yang layak undi awal akan keluar mengundi. Apabila melihat laman Malaysianinsider, foto-foto menunjukkan cara menggunakan dakwat kekal adalah berbeza daripada yang dilakukan pada PRU13 lalu.

Kelihatan para pegawai tentera telah mencelup jari telunjuk kiri mereka terus ke dalam botol. Sedang semasa PRU13, para pengundi dicalitkan oleh pegawai SPR dakwat kekal dengan menggunakan berus.
(Foto PRU Kuala Besut : Malaysianinsider)
Undi Awal di PRK DUN Kuala Besut :

Undi pada PRU13 :



HARI INI UNDI AWAL DI KUALA BESUT - selamat mengundi.



BESUT: Seramai 1,134 anggota tentera dan pasangan serta 14 pegawai polis layak melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi awal bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada Sabtu.

Kedua-dua pasukan keselamatan itu melaksanakan tanggungjawab mereka seawal pukul 8 pagi di Dewan Serba Guna Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak di sini.

Dua saluran disediakan bagi kumpulan pengundi berkenaan.

Pilihan raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN akibat masalah paru-paru pada 26 Jun lalu.

PRK DUN Besut menyaksikan saingan sengit antara dua muka baru iaitu Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman daripada Barisan Nasional (BN) dan Endut @ Azlan Yusof yang mewakili PAS.

Tengku Zaihan, 37, merupakan seorang jurutera awam manakala Azlan, 48, ialah seorang kontraktor kayu di Kota Baru, Kelantan.

Kedua-dua mereka merupakan anak tempatan di Kuala Besut.
(mstaronline)

Jumaat, 19 Julai 2013

SUDAH SAMPAI MASANYA TOL PERCUMA UNTUK RAKYAT

Harakahdaily, 19 Jul 2013
KUALA LUMPUR: Pernahkah kerajaan mahupun syarikat ini terfikir duit rakyat perlu dikembalikan kepada rakyat atas pengorbanan mereka bertahun-tahun di atas lebuh raya?

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia Khairul Faizi Ahmad Kamil melontarkan pertanyaan itu ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof yang mendedahkan suatu laporan bahawa sebanyak 28 buah syarikat konsesi lebuh raya di negara ini telah mengumpul sebanyak RM4.8 bilion pada tahun 2012.

Justeru, beliau dalam satu kenyataan berkata cadangan Pakatan Rakyat (PR) untuk menghapuskan kadar tol dengan kerajaan mengambil alih atau membeli syarikat-syarikat konsesi tol membuktikan bahawa sebenarnya kerajaan mampu melaksanakan cadangan ini, sekiranya mereka mahu.

Kenyataan penuh seperti di bawah.

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof mendedahkan suatu laporan bahawa sebanyak 28 buah syarikat konsesi lebuh raya di negara ini telah mengumpul sebanyak RM4.8 bilion pada tahun 2012 dengan Plus Expressway Bhd mengumpul jumlah tertinggi sebanyak RM2.4 bilion dari Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Seremban-Port Dickson (RM24.62 juta) dan Lebuhraya Sprint (RM111.84 juta).

Perkembangan ini tentunya menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara di samping menguntungkan syarikat tersebut.

Pengguna jalan raya telah memberikan suatu keuntungan yang begitu tinggi tahunan kepada syarikat konsesi lebuhraya, dengan menjadi penyumbang terbesar kepada syarikat-syarikat ini.

Setiap saat wang mengalir keluar dari poket pengguna lebuh raya dan setiap saat itulah wang masuk ke akaun syarikat-syarikat konsesi ini.

Kadar keuntungan dalam masa setahun seperti yang tercatat bagi syarikat-syarikat ini mencecah RM4.8 bilion, dengan angka ini boleh dibayangkan nilai keuntungannya dalam masa sepuluh tahun, mungkin ianya mencecah berpuluh bilion.

Dengan jumlah kenderaan di jalan raya setiap hari semakin meningkat, tidak pernah berkurang dari tahun ke tahun, ada kemungkinan keuntungan yang diperolehi jauh dari jangkaan perkiraan atas kertas.

Kesemua syarikat ini yang bertanggungjawab mengusahakan projek lebuhraya dan mengutip tol dari pengguna jalan raya telah mendapat laba dari projek mereka.

Tiada kerugian tercatat dalam projek yang diusahakan menandakan industri lebuh raya adalah projek yang menguntungkan.

Industri lain yang bergiat aktif dalam perniagaan merasa cemburu kerana syarikat-syarikat konsesi lebuh raya tidak pernah rugi sedangkan industri lain ada pasang surut dalam perniagaan.

Dalam meneliti laporan Menteri Kerja Raya ini, tergambar di fikiran rakyat bahawa pengguna lebuh raya telah memberikan suatu sumbangan yang besar kepada syarikat-syarikat ini setiap tahun.

Apalah salahnya, jika suatu masa syarikat-syarikat tersebut pula terfikir untuk memberikan sumbangan bermakna kepada semua pengguna lebuh raya sebagai suatu tanda ‘terima kasih’ atas sumbangan mereka.

Sudah tentu yang paling dinantikan oleh rakyat adalah usaha menurunkan harga tol secara berperingkat dengan sasaran akhirnya adalah menghapuskan tol di semua lebuh raya.

Pernahkah kerajaan mahupun syarikat ini terfikir duit rakyat perlu dikembalikan kepada rakyat atas pengorbanan mereka bertahun-tahun di atas lebuh raya?

Cadangan Pakatan Rakyat (PR) untuk menghapuskan kadar tol dengan kerajaan mengambil alih atau membeli syarikat-syarikat konsesi tol membuktikan bahawa sebenarnya kerajaan mampu melaksanakan cadangan ini, sekiranya mereka mahu.

Hanya kerajaan dan pihak yang prihatin sahaja memikirkan masalah rakyat, dengan meletakkan rakyat sebagai keutamaan, bukan berniaga dengan rakyat sendiri.

Malanglah bagi rakyat yang terhimpit dengan kemiskinan dan kos sara hidup yang tinggi, sedangkan syarikat-syarikat seperti ini mengaut keuntungan berbilion ringgit setiap tahun dari poket rakyat.(Harakahdaily)