JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Sabtu, 28 September 2013

PAS CAWANGAN KG. BAHAGIA ANJUR BACAAN YASIN SEMPENA PEPERIKSAAN



TELUK INTAN, 27 September - Atas dasar keprihatinan terhadap kejayaan pendidikan anak-anak, PAS Cawangan Kg. Bahagia telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan solat hajat bersempena musim peperiksaan PMR, SPM, STPM dan STAM. Majlis telah diadakan di Markaz PAS Kg. Bahagia, Lorong Menteri dekat sini.

Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah dan seterusnya bacaan Yasin yang dipimpin oleh Ustaz Mohd. Lotfi Samsudin yang juga merupakan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan. Selepas itu, para jemaah bersolat Isya' dan diikuti solat sunat hajat serta munajat.













Kehadiran para ibu bapa dan penjaga kepada calon-calon peperiksaan ke majlis tersebut begitu menggalakkan. Kebanyakannya datang dari kawasan di sekitar Kg. Bahagia dan kampung berhampiran.

Turut hadir juga ialah pimpinan PAS kawasan, Yang Di Pertua PAS Kawasan Ustaz Ismail Che Nik,  mantan ADUN Changkat Jong Hj. Mohd. Anuar Sudin serta ahli jawatankuasa PAS kawasan dan Dewan Pemuda PAS kawasan.

Ketua PAS Cawangan Kg. Bahagia, Sdr. Samsudeen Mahmood mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan berasa gembira kerana kehadiran adalah seperti dijangkakan. Beliau juga berharap semoga usaha sedikit begini akan dapat memberikan suntikan semangat kepada semua calon peperiksaan. Beliau juga mengucapkan selamat menempuh peperiksaan dan berharap kesemua calon akan mendapat kejayaan yang cemerlang.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan