JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Selasa, 1 Oktober 2013

PAS DESA BAKTI BERI SUMBANGAN KEPADA GOLONGAN KURANG MAMPU


TELUK INTAN, 29 September - Demi laksanakan gagasan Negara Berkebajikan, PAS Cawangan Desa Bakti telah menyampaikan sumbangan kepada golongan yang kurang mampu di sekitar kawasan tersebut. Majlis telah diadakan di kediaman Ketua Cawangannya, Ustaz Abdul Wahab Dawam di Taman Intan Mutiara dekat sini.
Menurut Ustaz Abdul Wahab, seramai 34 orang telah menerima sumbangan berupa hamper barangan keperluan harian seperti beras, gula dan sebagainya. Menurut beliau lagi sumbangan diberikan kepada golongan yang kurang berkemampuan di sekitar kawasan taman perumahan tersebut yang terdiri daripada kaum Melayu, India dan Cina.
Sebahagian penerima sumbangan yang hadir.
Ustaz Abdul Wahab menyampaikan ucapan.
"Ia merupakan salah satu usaha kebajikan yang dilakukan terhadap masyarakat setempat demi merealisasikan Konsep Negara Berkebajikan yang disarankan oleh pimpinan kita. Program kebajikan akan kami teruskan dari semasa ke semasa di peringkat cawangan ini apatah lagi kawasan ini didiami oleh penduduk pelbagai kaum," tambah beliau lagi.
Sebahagian pimpinan yang turut hadir.
Antara yang turut hadir ialah pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan seperti Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Sdr. Rahmat Maliki, mantan ADUN Changkat Jong Hj. Mohd. Anuar Sudin, Pengarah Pilihan Raya Hj. Mohd. Akram Mohd. Yusuf, Timbalan Ketua Dewan Muslimat kawasan Hjh. Faridah Rajiah, Timbalan Ketua DHPP Sdr. Sarguna dan beberapa orang ahli jawatankuasa PAS kawasan.
Sumbangan telah disampaikan oleh Timbalan YDP Sdr. Rahmat Maliki, Hj. Mohd. Anuar Sudin, Hjh. Faridah Rajiah dan Ketua Jawatankuasa Muslimat Cawangan Pn. Zanariah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan