JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Khamis, 24 Oktober 2013

SENTIASA RASAKAN KEHADIRAN ALLAH DALAM GERAK KERJA



TELUK INTAN, 23 Oktober - Petugas PAS perlu sentiasa merasa akan kehadiran Allah dalam setiap gerak kerja yang dilakukan. Di samping itu, tingkah laku mestilah selari dengan sunnah Nabi agar setiap gerak kerja sentiasa mendapat pimpinan dan redha Allah SWT.

Demikian dinyatakan oleh ADUN Sungai Rapat, YB Radzi Zainon semasa menyampaikan pengisian di dalam Liqa Fikri PAS Kawasan Teluk Intan. Beliau menjadi naqib jemputan majlis Liqa Fikri  bagi bulan Oktober. Majlis telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak dekat sini.

"Jangan pisahkan iman, Islam dan ihsan dalam gerak kerja kita. InsyaAllah, ia akan menggamit perhatian Allah kepada kita yang akan memberi pertolongan kepada kita. Apatah lagi apabila kita sedang berpolitik yang merupakan ibadah umum yang sentiasa berhadapan dengan masyarakat. Nipiskan rasa kebencian terhadap musuh kita kerana ia akan dapat meluaskan medan dakwah semasa kita berpolitik," tegas beliau.

Beliau juga mengambil peluang menerangkan tentang aspek cara memajukan ekonomi berdasarkan kaedah yang dilakukan Rasulullah semasa berada di Madinah sehingga orang Islam mampu menguasai ekonomi Madinah.
YB Radzi Zainon bersama Ustaz Ismail Che Nik.

Kehadiran pada malam itu amat menggalakkan dengan kehadiran para ahli dan penyokong dari cawangan-cawangan seluruh Teluk Intan. Program bermula dengan solat Maghrib berjemaah dan disusuli dengan bacaan al Ma'thurat.

Turut hadir sama ialah Yang Di Pertua PAS Kawasan, Ustaz Hj. Ismail Che Nik dan pimpinan PAS kawasan dan dewan-dewan.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan