JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Jumaat, 14 September 2012

Arak: Pemuda PAS WP ucap tahniah kepada Ning


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memuji langkah Ning Baizura kerana telah menarik diri dari mengadakan konsert anjuran sebuah syarikat arak, Guinness yang akan diadakan pada 28 September ini.

“Penarikan diri Ning Baizura ini bertepatan dengan syariat Islam yang tidak membenarkan sebarang hubungan dengan arak sama ada secara langsung atau tidak,” kata ketuanya, Kamaruzaman Mohamad.

Jelasnya, Islam tidak melarang umatnya mencari rezeki melalui apa cara sekalipun namun ianya hendaklah bertepatan dengan kehendak syarak.

Beliau memetika hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Diriwayatkan daripada Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak; orang yang memerah arak, orang yang diminta arak diperah untuknya, orang yang meminumnya, orang yang membawanya, orang yang meminta dibawa arak kepadanya, orang yang memberi minum arak kepada orang lain, orang yang menjual arak, orang yang mendapat hasil daripada arak, orang yang membeli arak, orang yang meminta dibelikan arak untuknya".

Kamaruzaman berkata, DPPWP juga menyeru kepada semua artis terutamanya yang beragama Islam supaya mencontohi dan mengikuti jejak langkah Ning Baizura untuk tidak melibatkan diri dalam mana-mana program anjuran mana-mana syarikat arak.

Beliau menambah, para artis seharusnya lebih peka dan sensitif terhadap isu ini apatah lagi bagi mereka yang beragama Islam.

“Pintu rezeki mereka tidak akan tertutup semata-mata kerana menolak tawaran daripada syarikat arak ini selagi mana tidak bercanggah dengan syariat Islam. Apa yang penting adalah keberkatan sebuah rezeki,” ujarnya.(harakahdaily)

Khamis, 13 September 2012

AMBIL PERHATIAN : LOKASI HIMPUNAN BANTAHAN FILEM HINA NABI SAW


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan himpunan munajat dan bantahan di seluruh negara esok berhubung penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang menghina Rasulullah SAW.

Himpunan tersebut akan diadakan sejurus solat Jumaat di setiap negeri di seluruh Malaysia.

Berikut adalah senarai lokasi himpunan setiap negeri yang telah disahkan:

a] Pahang - Masjid Sultan Ahmad Shah Kuantan

b] Selangor dan Wilayah - Masjid Amaniah, Batu Caves

c] Perak - Masjid Negeri Ipoh

d] Sabah - Masjid TM Sepanggar Kota Kinabalu

e] Penang - Masjid Permatang Janggus

f] Sarawak - Masjid Bintulu

g] Terengganu - Masjid Rusila

h] Melaka, Kedah, N9, Johor sedang menentukan lokasi utk himpunan tersebut .

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Pusat menjemput semua umat Islam yang perihatin untuk menyertai himpunantersebut esok.

Rabu, 12 September 2012

PAS hadapi budaya samseng sejak 1960-an


PETALING JAYA: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberitahu parti itu sudah lama menghadapi budaya samseng sejak dari tahun 1960-an lagi. Katanya, tindakan yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) hampir sama dengan apa yang parti Perikatan lakukan sebelum ini.

 "Pada tahun 1969, mereka (Perikatan) telah tubuh pemuda tahan lasak yang akan membuat apa-apa sahaja tindakan sehinggakan parti pembangkang menghadapi kesukaran untuk meneruskan penerangan kepada rakyat. "Mereka bukan sahaja membuat kacau tetapi sanggup meletakkan pokok kayu di tengah-tengah jalan bagi menghalang pergerakan parti pembangkang," ujarnya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini. 

Mustafa juga menyatakan walaupun keganasan itu ditujukan kepada Ketua Pembangkang dan juga PKR, namun ia juga dianggap ancaman kepada Pakatan Rakyat. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata keganasan yang berlaku terus berulang setiap kali adanya program Pakatan Rakyat terutamanya PKR. 

 Namun, katanya walaupun tindakan tersebut sentiasa berlaku dan berulang sehingga kini belum ada kenyataan dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengutuk tindakan tersebut. 

"Kita mempunyai maklumat dan bukti yang menyatakan bukan sekadar penglibatan Perkasa malah turut melibatkan Umno," katanya selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat. 

Malah, katanya keganasan yang berlaku di Lembah Pantai seolah-olah ia mendapat restu daripada Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Menurut beliau lagi, sehingga sekarang tidak ada langsung tindakan diambil oleh pihak polis berhubung insiden tersebut. 

 "Adakah ini menjadi budaya mereka dan jika tidak saya berharap pihak polis dapat menjalankan tugas mereka dengan lebih tegas dan adil. "Malah kenyataan terbaru ada yang memberi amaran kepada saya dari turun ke Johor untuk meneruskan program jelajah merdeka rakyat," sambung Ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi. 

Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut berharap Najib dan juga Hishammuddin dapat tampil mengutuk keganasan yang telah berlaku di Kota Bharu, Alor Setar, Lembah Pantai dan Melaka. Beliau juga minta Perdana Menteri perlu berlaku adil dengan semua pihak dan jangan hanya menyebelahi pihak yang menyokong beliau sahaja.(harakahdaily)

Selasa, 11 September 2012

SEMASA DIA MENARI ...

SAHAM FGV TERUS MERUDUM


Semakan pagi ini menunjukkan harga saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) terus merudum.

Pada jam 11.30 pagi ini, harga saham itu berada pada tahap RM4.58 – turun 10 sen berbanding harga ketika kaunter ditutup semalam.

Setakat ini, saham itu mencatat harga paling rendah di tahap RM4.57, menghampiri harga tawaran pemulaannya pada RM4.55.

Trend ini berterusan walaupun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja terus meningkatkan pegangannya daripada lima peratus kepada 6.8 peratus.

Jun lalu, FGV mengeluarkan IPO kedua paling besar di dunia.

Harga saham itu turun melampaui tahap psikologi RM5 minggu lalu dan trend itu berterusan sejak Julai lalu.

Dagangan saham di Bursa Malaysia jatuh 15 mata daripada 1,618 mata ketika berita ini ditulis.(malaysiakini)

Ahad, 9 September 2012

ISU PISTOL : TERSERAH KEPADA POLIS -




KUALA LUMPUR, 9 Sept — Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan pengawal peribadinya mengacu pistol kepada penyokong Barisan Nasional di Kampung Baru Rim, Melaka, semalam.
 
Ketua pembangkang itu berkata, polis perlu faham tentang keselamatan dan mempertahankan diri mengikut prosedur standard operasi (SOP).

“Sama ada dia lakukan untuk pertahankan diri mengikut SOP, polis boleh siasat. Mereka (pengawal peribadi) semuanya mempunyai permit,” beliau memberitahu wartawan di majlis rumah terbuka ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini.
Anwar mendakwa bas yang dinaiki dalam program Jelajah Merdeka Rakyat itu diserang oleh sekumpulan lelaki yang dikatakan beliau sebagai ahli Pemuda Umno.

Polis berpakaian biasa menahan pengawal peribadi beliau di tempat kejadian pada jam 3.15 petang. Polis dari Cawangan Khas juga turut berada di tempat kejadian.

Media tempatan melaporkan bas yang dinaiki Anwar sedang berhenti apabila sekumpulan lelaki cuba menghalangnya dari memasuki tempat anjuran dalam Jelajah Merdeka Rakyat. Pengawal peribadi itu kemudian keluar dari kereta dan mengacukan pistol ke arah kumpulan lelaki tersebut.

Anwar berkata tidak ada kumpulan lelaki yang menyerang basnya ditahan.

“Tidak ada dari mereka yang menyerang bas saya ditangkap,” katanya lagi.

“Ini menunjukkan betapa tidak bertanggungjawabnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menteri dalam negeri (Datuk Seri Hishamuddin Hussein),” katanya lagi.

“Mereka ini gangster yang disokong oleh Najib dan Hishamuddin,” dakwa beliau.

Anwar berkata, beliau mempunyai video dan gambar sebagai bukti bahawa kumpulan itu menyerang jelajahnya.

Sekurang-kurangnya empat laporan polis telah dibuat oleh pemuda Umno Jasin dan gerakan Belia 4B selepas kejadian tersebut.

Ketua polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, pengawal itu sedang ditahan untuk soal siasat.

“Biar kami menyiasat perkara ini, dan menentukan dia menunjukkan senjata kepada orang awam, atau mahu melindungi orang. Dia mungkin terkeluar senjatanya dan tidak sengaja menunjukkan kepada orang ramai,” katanya yang dipetik dari News Sunday Times.

Sabtu, 8 September 2012

Nik Aziz dianugerah Tokoh Pendidik Nusantara


SHAH ALAM: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dianugerahkan sebagai Tokoh Pendidikan Nusantara di Himpunan Pendidik Islam 2012 yang berlangsung di Dewan Unisel hari ini.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz, antara tokoh agama yang cukup disegani baik peringkat negara mahupun antarabangsa.

Malah beliau di antara 50 tokoh paling berpengaruh di dunia di mana beliau menduduki tangga ke-42 dari keseluruhan senarai 500 muslim yang berpengaruh.

Ianya sebagaimana disebut dalam kajian dari Sebuah institusi penyelidikan The Royal Islamic Strategic Studies Centre dengan kerjasama Institut Pemikiran Islam Antarabangsa DiRaja Aal al-bayt yang beribu pejabat di Amman Jordan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz, juga disebut tokoh muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusiaan dan membawa perubahan dalam kehidupan manusia.

Sebelum mendekati dunia politik, beliau pernah menjadi seorang pendidik di Sekolah Agama Tarbiyyah Mardiah Panchor, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Kelas Dewasa Kemas dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi Kelantan.

Beliau pernah melanjutkan pengajian di India, Pakistan dan Mesir dalam bidang ilmu tafsir, bahasa arab dan perundangan Islam.

Penganugerahan itu disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Negeri Selangor Halimah Ali yang turut disaksikan oleh Mustasyar Pendidik Datuk Abu Bakar Chik dan Presiden Pendidik Normala Sudirman.

Tuan Guru disarungkan jubah warna keemasan dan dihadiahkan sijil pengiktirafan sebagai Tokoh Pendidik Nusantara.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Muasasah Darul Ulum, Ahmad Yahya dan Timbalan Pengerusi Majlis Guru Pasti, Khairiah Muhammad menerima Anugerah Tokoh Pendidik Muda Malaysia.

Himpunan yang berlangsung setengah hari itu turut dihadiri kira-kira 1,000 guru khasnya dari Selangor.(harakahdaily)