JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Sabtu, 22 Jun 2013

UMNO HIDUP ATAS KEJAHILAN DAN KEMISKINAN ORANG MELAYU



TELUK INTAN, 21 Jun - Sejak dahulu lagi UMNO terus hidup atas kejahilan dan kemiskinan orang Melayu. UMNO amat takut jika orang Melayu tahu tentang agama kerana dengan ilmu yang ada orang Melayu Islam sudah pasti akan meninggalkan parti tersebut. Demikian dinyatakan oleh ADUN Changkat Jering, YB DS Nizar Jamaluddin semasa menyampaikan ceramah di Markaz PAS Kg. Bahagia dekat sini.

Menurut beliau lagi, kajian selepas PRU13, jelas membuktikan bahawa kawasan di mana PAS kalah teruk ialah di kawasan di mana masjid-masjidnya yang kurang aktiviti majlis ilmu. Sebaliknya, kawasan yang masjidnya diimarahkan dengan majlis-majlis ilmu maka para pengundi di kawasan itu telah mengundi dan memenangkan PAS.

DS Nizar bersama YB Terence Naidu.

Ustaz Zulkifli menyampaikan ceramah beliau.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak itu turut menyatakan bahawa kemenangan pada PRU kali ini tidak menggembirakan UMNO/BN.

"Ini kerana mereka sendiri tahu bahawa kemenangan yang mereka peroleh itu adalah kemenangan atas dasar penipuan. Ibarat pelajar yang berjaya mendapat 9A dalam peperiksaan atas usahanya sendiri dengan pelajar 9A yang meniru. Sudah tentu kegembiraan pelajar 9A yang meniru tidak sama dengan yang berjaya atas usaha sendiri'" tambahnya lagi.

Menurut beliau lagi, UMNO/BN sebenarnya telah merampas kemenangan daripada PR dengan cara penipuan. Ini juga merupakan satu kezaliman yang patut dihapuskan. Oleh kerana itu, Himpunan Blackout 505 merupakan satu usaha rakyat menuntut dua perkara yang perlu disegerakan iaitu, yang pertama menuntut Pengerusi SPR dan jawatankuasanya meletak jawatan serta merta dan keduanya, meminta satu suruhanjaya penyiasatan penipuan di dalam PRU13. Di samping itu, lapan tuntutan Bersih tidak dilupakan.

Turut sama menyampaikan ceramah ialah ADUN DAP Pasir Bedamar YB Terence Naidu, mantan ADUN Changkat Jong Hj. Mohd. Anuar Sudin dan Ketua Penerangan PKR negeri, Ustaz Zulkifli Ibrahim.

intanhijau.blogspot.com

2 ulasan:

  1. Masaalahnya YB; orang2 Melayu kita sendiri mahu dan suka diperbodohkan oleh Umno. Mentaliti orang melayu kampung dan puak2 totok umno ini memang selesa jadi hamba dan barua umno hingga ke akhir hayat mereka.Dalam diri orang2 Melayu jenis ini ada penyakit serius iaitu "Kalau tak ada Umno kita susah". Nauzubillah. Ramai yang berkopiah putih tapi mereka amat jahil mengenai hukum hakam agama; dan yang lebih parah mereka merelakan maksiat2 seperti rasuah dan sebagainya.

    BalasPadam
  2. Wah Pas perasan mereka orang agama dan dan gerenti masuk syurga? Orang Melayu bodoh yang sokong UMNO? sekurang-kurangnya Melayu "bodoh" UMNO ada penigkatan kemajuan hidup dan mereka lebih maju dan berjaya membantu orang Melayu lain! Orang pandai Pas Kelantan kenapa negeri tetap miskin dan umat papa kedana dan rakyatnya lari kenegeri negeri Melay bodoh ni?? pandai sangatlah tu! yang Yang Islam PKR tak habis-habis salahkan orang Melayu UMNO kerana tak kaya! Standard otak Melayu "tak pandai menari kata tanah tinggi rendah! aku orang UMNO miskin yang berjaya atas dasar kerajaan UMNO. Aku tak ada kroni, dapt biasiswa kerana pandai belajar, dan berniage tanpa pinjaman kerajaan. Aku berjaya dengan kehendak Allah SWT. Orang kelantan setiap minggu tagih derma dengan aku, InsyAllah rezeki Allah beri aku kongsi! Bodohkah aku menjadi penyokong UMNO??? Orang Melayu jangan ludah ke langit! Itulah sebenarnya perbuatan bodoh!!!

    BalasPadam