KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak dilihat terlupa untuk menyelidik pemilik sebenar projek
kondominium 29 tingkat di Batu Caves sebelum membuat pengumuman untuk
membatalkan projek tersebut sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya
menawan Selangor.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang dihubungi
memberitahu adalah satu perkara yang melucukan apabila pihak yang
meluluskan projek tersebut ingin membatalkannya semula bagi mendapatkan
sokongan undi.
"Dia (BN) yang lulus lepas dia pulak hendak batalkan, ini tindakan yang amat melucukan.
"Saya rasa Najib tidak membuat penyelidikan sepenuhnya siapa pemilik
projek tersebut sebelum beliau mengumumkan pembatalan sekiranya BN
menawan Selangor," jelasnya.
Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut menyatakan
tindakan Najib itu dilihat amat terdesak apabila sokongan dari orang
Cina dan India terhadap BN mula merosot.
"Beliau ingin mendapat kembali undi dari kaum India sebab itulah terpaksa membuat pengumuman yang memalukan.
"Walhal semua rakyat sudah mengetahui siapa sebenarnya pemilik projek
kondominium tersebut, sudah lima tahun tanpa ada pengumuman tiba-tiba
bila hampir pilihan raya pengumuman tersebut dilakukan," sambung beliau
lagi.
Semalam, Najib telah mengumumkan akan membatalkan projek kondominium
29 tingkat di Batu Caves sekiranya BN berjaya menawan Selangor.
Beliau membuat pengumuman itu ketika berucap di majlis rumah terbuka Deepavali anjuran MIC di pekarangan kompleks Batu Caves.
Namun sebelum itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim telah mengumumkan akan menubuhkan pasukan petugas bebas
untuk menyiasat isu kondominium yang berdekatan kuil Subramaniar itu.
Exco Kerajaan negeri, Ronnie Liu dalam kenyataan pada 7 November
memberitahu kerajaan Selangor mungkin membatalkan kelulusan projek
tersebut bagi mengabaikan bantahan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri.(harakahdaily)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan