JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Ahad, 25 November 2012

PEJUANG ISLAM JANGAN CIPTA ALASAN


TELUK INTAN, 24 November - Nabi Muhammad SAW telah mentarbiyyah para sahabat baginda agar tidak mencipta alasan apabila diajak pergi berjihad. Maka adalah amat wajar para ahli PAS agar turut tidak mencipta pelbagai alasan apabila diajak berjuang. Demikian dinyatakan oleh Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Mohd. Lutfi Ariffin semasa memberikan pengisian di dalam majlis Liqa Fikri peringkat PAS Kawasan Teluk Intan. Majlis telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kampung Padang Tembak dekat sini.

"Kita ni, belum lagi diajak berjuang di medan perang seperti para sahabat Nabi. Apabila diajak pergi ke program usrah atau liqa pun sudah memberi banyak alasan, " tambah beliau lagi.


Beliau yang juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Kedah turut menyatakan akan pentingnya turut sama berjuang tanpa sebarang alasan syarie sebagaimana yang berlaku kepada tiga orang sahabat Nabi yang tidak turut menyertai peperangan Tabuk.

"Cuba kita bayangkan, dengan hanya tidak mengikut arahan pergi berperang sahaja, tiga orang sahabat Nabi telah dipulau selama 50 hari. Tidak dibenarkan bercakap, Nabi tidak menjawab salam mereka, isteri dipisahkan daripada mereka sehinggalah Allah turunkan ayat menerima taubat mereka. Jadi sirah membuktikan bahawa betapa pentingnya para pejuang Islam mengutamakan Allah, Rasul dan jihad daripada perkara-perkara lain."

Berbuka puasa sunat berjemaah.

Beliau juga menambah bahawa setiap Nabi yang dilantik oleh Allah akan mempunyai pembantu-pembantu dalam perjuangan kebenaran sehinggalah hari akhirat kelak. Maka sewajarnya para ahli PAS menjadi pembantu-pembantu kepada Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad SAW dalam menegakkan agama Allah. 

Kehadiran para ahli dan penyokong ke program bulanan tersebut begitu menggalakkan. Sebelum itu, majlis bermula dengan berbuka puasa sunat 10 Muharram  dan diikuti dengan solat Maghrib serta zikir munajat.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan