JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Ahad, 11 November 2012

PEMIMPIN BERTAQWA, RAKYAT SEJAHTERA


TELUK INTAN, 11 November - Pemimpin yang bertaqwa akan mampu membawa kepada kesejahteraan rakyat dan negara. Ini kerana, pemimpin yang bertaqwa tidak akan mengurus rakyat dan negara bertentangan dengan suruhan Allah. Oleh itu, segala kezaliman dan penyelewengan tidak akan berlaku. Demikian dinyatakan oleh ADUN Changkat Jong, YB Mohd. Anuar Sudin semasa merasmikan Majlis Graduasi PASTI Ibnu Rusyd Taman Cicely dekat sini.

Menurut beliau, itulah antara tujuan pendidikan Islam iaitu untuk melahirkan insan yang bukan sahaja pintar dari segi inteleknya malah kuat imannya.

"Apalah gunanya seorang yang memiliki ijazah bergulung-gulung tetapi tidak malu dan tegar melakukan jenayah seperti rasuah, pelewengan kuasa dan sebagainya," kata beliau.


Oleh itu, beliau memuji usaha pihak PASTI yang sentiasa berusaha melakukan pembaikan demi melahirkan anak-anak PASTI yang berkualiti dari sudut akhlak dan ilmunya. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan PASTI dan guru-guru yang tidak jemu-jemu mendidik pelajar-pelajar.

Di dalam majlis tersebut, ADUN Changkat Jong itu juga telah diberi kesempatan menyampaikan hadiah kepada para pelajar PASTI yang berjaya dengan cemerlang.
Ketua Muslimat kawasan menyampaikan hadiah.

Ketua PAS Cicely menyampaikan cendera mata kepada YB Anuar.

Inilah produk PASTI Ibnu Rusyd.

Bergambar kenangan.

Kehadiran para ibu bapa dan orang ramai begitu manggalakkan. Mereka juga telah berpeluang menyaksikan persembahan para pelajar dengan aksi yang bersahaja.

Turut hadir ialah Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan Puan Robiatun Abas, isteri ADUN Changkat Jong Pn. Hjh. Faridah Rajiah, Pengerusi PASTI Kawasan Teluk Intan dan Ketua PAS Cawangan Cicely Sdr. Ahmad Kabir Mahdin

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan