JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Jumaat, 23 November 2012

PAS KAWASAN TELUK INTAN ANJUR DEMONSTRASI BANTAH ISRAEL


TELUK INTAN, 23 November - Prihatin akan kesengsaran rakyat Palestin akibat serangan kejam Israel maka PAS Kawasan bersama beberapa NGO menganjurkan himpunan Membantah Kekejaman Israel. Himpunan aman tersebut telah diadakan selepas solat Jumaat di perkarangan Masjid As Saadah, Kg. Bahagia dekat sini.
NYDP PAS kawasan Ahmad Kabir Mahdin berucap.

Ustaz Wahab Dawam membaca doa wehdah.

Ketua Muslimat kawasan, Robiatun Abas turut berucap.

Himpunan tersebut telah berjaya mengumpulkan para jemaah masjid dengan mendengar ucapan-ucapan yang disampaikan. Antara yang menyampaikan ucapan ialah wakil NGO Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK) Sdr. Rahmat Maliki, Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Teluk Intan Sdr. Ahmad Kabir Mahdin, Ketua Penerangan PAS kawasan Sdr. Mohamad Hamzah, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Puan Robiatun Abas dan Ustaz Abdul Wahab Dawam. Sebenarnya lebih ramai lagi yang akan menyampaikan ucapan namun ia tidak dapat dilakukan kerana hujan lebat.
YB Anuar Sudin turut hadir beri sokongan.

Antara sepanduk dan plakad yang ditunjukkan.

Bendera Israel dibakar.
Di dalam perhimpunan itu, beberapa sepanduk dan plakad telah dinaikkan bagi menunjukkan rasa prihatin warga Teluk Intan akan kesengsaraan rakyat Palestin.  Di pemghujung himpunan, bendera negara Israel telah dibakar sebagai menunjukkan rasa marahnya umat Islam kepada Israel.

Turut hadir ialah Yang Di Pertua PAS Kawasan Teluk Intan Ustaz Ismail Che Nik, ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin dan wakil NGO Aqsa Syarif. Di samping itu, kutipan untuk tabung kemanusiaan Palestin juga diadakan.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan