JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda

JOM SHOPPING ONLINE - Kedai Online Produk Muslim Anda
Sila klik pada imej. Terima kasih. Kenapa kita masih utamakan barangan bukan Muslim ?

CUACA DI TELUK INTAN SEPANJANG MINGGU

Senarai Blog Saya

Khamis, 8 November 2012

MAJLIS KONVOKESYEN PASTI KAWASAN TELUK INTAN MERIAH


TELUK INTAN, 4 November - PASTI Kawasan Teluk Intan telah berjaya mengadakan Majlis Konvokesyen bagi tahun 2012 baru-baru ini. Majlis tersebut telah diadakan di perkarangan Markaz PAS Kawasan, Kg. Padang Tembak dekat sini. Majlis tersebut telah menggabungkan tujuh PASTI unit di seluruhTeluk Intan.

Majlis yang mengiktiraf  kejayaan anak-anak didik PASTI itu telah dirasmikan oleh ADUN Changkat Jong, YB Mohd. Anuar Sudin. Di dalam ucapan,beliau telah menegaskan betapa perlunya anak-anak dididik dengan didikan baik dan berkualiti apabila suasana baik. Untuk itu, tambah beliau, perlunya rakyat memilih pemimpin yang berkualiti dari sudut sahsiah dan akhlak kerana hanya pemimpin yang baik sahaja dapat mewujudkan suasana pendidikan yang subur.
YB Anuar menyampaikan ucapan perasmian.

Para pimpinan PAS kawasan bersama-sama para ibu bapa berdiri menyanyikan lagu kebangsaan.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru PASTI dan pihak pengurusan PASTI kawasan dan cawangan yang telah berjaya menghasil pelajar PASTI yang berkualiti dan diiktiraf oleh pelbagai pihak termasuk pihak pemerintah.



Selepas itu, beliau telah menyampaikan hadiah kepada para pelajar PASTI. Sebelum itu, para hadirin telah dihiburkan dengan beberapa persembahan pelajar-pelajar PASTI seperti nasyid, laungan azan,  deklamasi sajak dan sebagainya.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan